Kisah Pengakhiran Hidup Arwah P. Ramlee Yang Penuh Dengan Kesedihan, Sampai Hati Dilayan Begini

Kisah Pengakhiran Hidup Arwah P. Ramlee Yang Penuh Dengan Kesedihan, Sampai Hati Dilayan Begini



Tan Sri P. Ramlee merupakan legenda anak seni di Malaysia.

Kesemua filemnya masih lagi menjadi tontonan orang ramai dari orang tua sehinggalah kanak-kanak.

Walaupun ramai melihatnya sebagai legenda, tetapi ramai yang tak tahu kisah sedih apabila dia berada di penghujung kariernya.

Memang teruk layanan yang diterima sehingga dia jatuh miskin, sakit dan akhirnya meninggal dunia.

Jom baca kisah P.Ramlee yangramai tak tahu.

Ini kisahnya:

KENA BOO
 
PADA penghujung kariernya, P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk 'Konsert 3 Ramlee' yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie. Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah 'boo' beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.
KONTRAK DITAMATKAN

Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya. Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat kekayaan dari lagu-lagunya.

Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.


TIADA WANG

Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling sedih buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah/ berlakon filem etc sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian. Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk meminjam wang.


ORANG DAH TAK PEDULI

Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat show/ menyanyi...bila arwah pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja. Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu dicalonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan. Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka...akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang Aziz Sattar.

" Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka...saya dah tua. Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa," katanya pada iparnya, Maryam. P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sampai hanya makan nasi dengan telur...

Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan meninggal dunia...Al-Fatihah.


(petikan dari P. Ramlee | History Channel Documentary)

Itulah kisahnya. 

0 comments:

Post a Comment