(Mengejutkan) Anak Gadis Zainal Abidin Luah Isi Hatinya Yang Kecewa, Hentam Sikap Ayahnya

(Mengejutkan) Anak Gadis Zainal Abidin Luah Isi Hatinya, Kecewa Dengan Sikap Ayahnya



Semalam Zainal Abidin ada mendedahkan bahawa dia hanya pasrah dan tidak menyalahkan anaknya iaitu Timur kerana terikut-ikut gaya hidup barat.

Baca kenyataan dari Zainal Abidin tentang anaknya itu DI SINI.

Hari ini, anak gadis Zainal Abidin ini telah tampil memberi respon balas tentang apa yang diperkatakan oleh bapanya itu.

Ini luahan hati dari Timur:

I suddenly received hundreds of Instagram followers yesterday and didn't know why. So, I googled myself and - well - now I do. To the people, many of whom are from the Malay community, who are newcomers to my Instagram profile, please be sure of one thing: I feel that my father did this interview so he can use my social status to attack my mother. Somewhere in this article, Papa says that he has never wronged me - "dia tak pernah salahkan saya". That is incorrect. 

Dia salahkan saya every single time he says a single bad word about my mother to me or to anyone else. Dia salahkan saya when despite all the money he has, he only pays RM200 for nakfah (child support) every month. Dia salahkan saya when he told me "I will drag your mum to court until she has no money left - I will not give her anything for as long as I can control it" (translated from Manglish). Dia salahkan saya when he goes to the media and uses me to gain attention. 

He is a professional at showing the media that he is a good example of an admirable Muslim man. But when the cameras aren't around, I cannot honestly say that he is a good role model - so, how can you expect me to turn out to be an "anak solehah"? My mother is more westernized than my father, yes. But when I look at her, I see a strong woman who has raised me with the little money that she has who has succeeded in raising a happy (and educated) little girl - and I thank her for that. 

When I look at my father, I see a man who has admitted to me that he wants to see my mother, the only person who could have raised me and my mildly autistic brother, suffer for as long as he lives. Would I really want to be this version of a "good Muslim"? Are these values I want to share? No. I don't think so. Thanks for listening and to my Muslim friends, a gentle reminder - gossiping is a sin.

Itulah kenyataan dari Timur. Diharap hubungan mereka berdua baik-baik sahaja.

Pembantu Rumah Terkejut Apabila Ketahui Shuib Sepahtu Nak Kahwin Lagi

Pembantu Rumah Terkejut Apabila Ketahui Shuib Sepahtu Nak Kahwin Lagi



Pembantu rumah kepada pelawaj popular, Shuib Sepahtu terkejut apabila pelawak tersebut menyatakan hasrat untuk berkahwin buat kali kedua.

Shuib sendiri menyatakan perkara berkenaan ketika ditemui pada sidang media sempena ulangtahun ke-enam perkahwinan mereka bertempat.


Ini komennya:

PEMBANTU RUMAH TERKEJUT

“Ketika saya beritahu kepada pembantu rumah yang saya nak kahwin lagi, reaksi dia sangat kelakar. Memang dia terkejut tapi lepas tahu dia ucapkan tahniah.

“Begitu juga dengan Datuk Rosyam Nor. Reaksi dia sangat lucu ketika saya hubunginya untuk jemput dia hadir ke majlis perkahwinan kami.

“Dia terkejut sampai saya kena marah, selepas saya jelaskan perkara sebenar barulah dia okay,” katanya ketawa.

HADIAH BUAT ISTERI

“Enam tahun lepas majlis kahwin kami hanyalah biasa-biasa sahaja. Waktu itu saya tidak cukup wang dan hanya mampu melakukan majlis akad nikah saja.

“Isteri saya tidak dapat merasa bagaimana perasaan untuk bersanding seperti wanita lain di luar sana. Jadi tahun keenam ini sedikit istimewa dan saya juga sudah mampu untuk mengadakan majlis persandingan.

TANDA PENGHARGAAN

“Jadi saya ambil keputusan untuk lakukan majlis ini sebagai tanda penghargaan kepada isteri saya yang sentiasa menerima saya seadaanya.

“Tidak kira waktu saya susah atau pun senang, dia sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada saya.

"Tak kiralah orang nak kata dah lambat ke, dah ada anak tiga ke, saya tak kisah. Bagi saya inilah masanya untuk tunjukkan betapa sayangnya saya kepada Sarah,”.

Untuk pengetahuan, majlis persandingan Shuib dan Sarah akan berlangsung pada 26 Februari ini bertempat di Bora Ombak, Putrajaya.

Zainal Abidin Pasrah, Anak Gadisnya Terikut Gaya Hidup Barat

Zainal Abidin Pasrah, Anak Gadisnya Terikut Gaya Hidup Barat


Penyanyi popular Dato Zainal Abidin akui anaknya bernama Timur teriut gaya barat.

Namun dia tidak pernah menyalahkan anak keduanya itu.

Zainal yang popular menerusi lagu Hijau berkata dia tidak dapat memantau sepenuhnya anaknya itu kerana sejak kecil ditinggalkan bersama bekas isterinya, Natasha Gabriel Abdullah yang merupakan seorang mualaf.

Ini komennya:

"Saya tak salahkan Timur yang kini terlalu mengikut budaya barat kerana dia tinggal bersama ibunya yang merupakan seorang mualaf.

"Namun setiap kali dia berjumpa saya, saya akan mintanya memakai pakaian yang lebih sopan serta menanggalkan pewarna kukunya.

"Kemudian saya akan memintanya solat bersama saya.

"Dia seorang budak yang baik dan mendengar kata. InsyaAllah sedikit demi sedikit dia boleh berubah ke arah kebaikkan,"

Hasil perkahwinan terdahulu, Zainal dan isteri dikurniakan dua orang anak iaitu Mikhail, 24 dan Timur, 22.

Kini Zainal sudah berkahwin baru dan mempunyai dua orang anak lagi.

Ini Yang Dinanti Ramai..Senarai Penuh 15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2017.. Ada Jozan? Sepahtu?

Ini Senarai Penuh 15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2017


Program paling diminati ramai, Maharaja Lawak Mega kini kembali pada tahun 2017.

Tahun lepas Bocey menjadi juara namun siapakah yang menjadi juara pada tahun ini.

Ramai juga tertanya-tanya adakah kumpulan popular seperti Jozan dan Sepahtu akan sertai program ini semula setelah lama tidak menyertainya.

Hari ini satu pengumuman khas telah dibuat mendedahkan kesemua para peserta MLM2017.

Tema yang dipilih ialah Empayar Lawak.

Peserta dipilih daripada Maharaja Lawak Mega, Raja Lawak, Skool Of Lawak dan Lawak Solo.

Ini senarai para peserta:

1. Bocey 


2. Abioso 

3. Danial




4. Dzawin

5. Hobit

6. Joras

7. Mad

8. Mamu

9. Masin


10. Nice

11. Pistol

12. Puteh

13. Shiro


14. XOXO

15. Zero

Nampaknya tiada dua kuasa besar iaitu Jozan dan Sepahtu pda kali ini.

Banyak muka baru dan laman sertai rancangan MLM2017 ini. Paling menonjol sudah tentu kumpulan Bocey, Zero dan juga Shiro.

Selain itu dijangka Puteh dan Joras akan memberi saingan untuk memasuki final.

Pemenang Lawak Solo  iaitu Danial dan Mad Sabah juga akan memberi saingan sengit.

Rancangan ini akan bermula pada 17 Februari ini.

Pelakon Reen Rahim Buat Laporan Polis Terhadap Seorang Wanita

Pelakon Reen Rahim Buat Laporan Polis Terhadap Seorang Wanita



Terancam dengan perbuatan seorang wanita, pelakon Reen Rahim kini telah membuat satu laporan polis Isnin lalu.

Menurut Reen Rahim, wanita berkenaan telah menceroboh telefon bimbitnya dengan mencuri video dan gambar peribadinya.

Ini komennya:

"Pernah mengenalinya lima tahun lalu dan dia pernah membantu dalam menguruskan aktiviti seni dan kelab peminat saya.

"Pun begitu, dalam keakraban kami berdua, ketika itulah dia mengambil kesempatan menyimpan gambar dan video peribadi saya.

"Sehinggalah saya menjauhkan diri daripadanya atas sebab tertentu. 


"Tidak setakat kurang berpuas hati kerana hal itu, dia juga telah memburukkan saya di laman-laman sosial termasuk kenyataan berbaur ugutan mahu viralkan gambar dan video peribadi saya yang telah dicuri,"

"Saya terbuka dan saya pun tak suka bergaduh, saya sayang dia sebagai seorang kakak.  Tetapi saya terpaksa menjauhkan diri kerana sebab peribadi.

"Apa yang saya boleh kongsikan adalah seorang kakak kandung pun juga tak boleh buat apa yang dibuat. Sekiranya dia ingin mohon maaf silakan menghadap dan saya mahu dengar daripada mulutnya sendiri,"


Itulah kes Reen Rahim.

Respon Balas Mengejutkan Que Haidar Apabila Ada Kritiknya Warna Rambut Blonde

Respon Mengejutkan Que Haidar Apabila Ada Kritiknya Warna Rambut Blonde


Pelakon hebat Que Haidar telah mewarnakan rambutnya dengan warna perang baru-baru ini.

Kata pelakon ini, dia mewarnakan rambut menjadi blonde kerana anak-anaknya suka dengan perubahan itu.

Que Haidar telah berkongsi beberapa keping gambar rambut terbarunya itu di laman sosial Instagram.

Seperti biasa, akan ramai yang menegur dan mengkritik jika mereka merasakan perbuatan itu salah di sisi agama.

Ada yang menegurnya mewarnakan rambut akan membuatkan solatnya tidak diterima.

Melihat ada yang mengecam dan menegurnya, Que Haidar tampil memberi respon balas.

Jom baca:


(PENDEDAHAN) Ini Luahan Mengejutkan Dari Seorang Wanita, Mangsa Kekejaman Selva Kumar Subbiah

(PENDEDAHAN) Ini Luahan Mengejutkan Dari Seorang Wanita, Mangsa Kekejaman Selva Kumar Subbiah



Susan Chapelle salah seorang dari seribu wanita dan kanak kanak yang telah menjadi mangsa penjenayah bersiri kejam, Selva Kumar Subbiah

Wanita ini meluahkan rasa kesal apabila mendapat tahu Selva Kumar yang sangat kejam ini akhirnya dibebaskan.

Chapelle adalah salah seorang mangsa jenayah Selva Kumar pada tahun 1989. Dia kini seorang penyelidik BC.

Menerusi pendedahan dari Chapelle, Selva Kumar menghendap dan mencari mangsa wanita di dalam dan sekitar pusat bandar Toronto.

Dia akan bertemu  mereka dengan menyamar sebagai ejen pemodel atau penjual haiwan peliharaan eksotik.

Chapelle menceritakan pengalamannya menjadi mangsa dan ianya terjadi apabila terbaca satu iklan untuk pencarian model pada tahun 1989 ketika itu usianya 20 tahun.

Chapelle kemudian dibawa ke sebuah rumah dan ketika pertemuan itu Chapelle diberikan segelas wain pada jam 5 petang.

Ini komen Susan Chapelle:

“Saya tidak ingat apa apa,saya bangun jam 11 pagi,dan mendapati skirt saya berada dibelakang dan merasakan sakit yang sangat dahsyat diseluruh tubuh”

“Saya tidak tahu apa yang berlaku,saya menganggap ia satu kejadian yang sangat mengerikan, saya pergi kerumah orang yang tidak saya kenali,dan meminum segelas wain itu adalah alasan mengapa saya tidak mengadukan kejadian kepada polis”

‘Saya adalah salah satu dari beratus wanita yang menjadi mangsa, sebagian besar dari kami telah menahan diri untuk bercakap dan melaporkan kejadian tentang pengalaman ngeri itu, kerana kami merasa bersalah malah bertahun tahun selepas semuanya terungkap”

Selain itu Terdapat juga stigma sosial yang berterusan dari rakan,ahli keluarga mungkin akan menyalahkan  mereka karena menyumbangkan peluang untuk di serang.

“Itu adalah salah satu sebab utama saya tidak dapat bercakap pengalaman menjadi mangsa. saya tahu saya akan dipersoalkan,saya pergi keluar dengan orang asing dalam kereta,ketika itu saya tidak bersedia meletakkan diri saya dihadapan pendakwa dan saya benar benar takut jika di soal siasat”.

“Saya boleh mengatakan ketika itu saya benar benar berharap seseorang membantu saya dan meletakkan perkara yang salah di tempatnya”


Chapelle pernah cuba bunuh diri kerana tertekan dengan kejadian yang menimpanya.

Selva Kumar didapati bersalah pada bulan Disember 1992 dan Januari 1997 ,75 jenayah, termasuk 26 tuduhan serangan kepada kanak kanak.

Pada 29 Januari  lalu, selepas menjalani hukuman lebih dari 24 tahun,selva kumar dihantar pulang ke negara asalnya Malaysia.

"Memang saya marah, saya tidak boleh tahan lagi.." - Lee Chong Wei Mengamuk Besar Semalam!!

"Memang saya marah, saya tidak boleh tahan lagi.." - Lee Chong Wei Mengamuk Besar!!  


Pemain badminton legenda Malaysia, Dato Lee Chong Wei akhirnya mengamuk besar semalam

Ini ekoran kenyataan dari pengarah teknikal, Morten Frost yang membuatnya panas hati.

Frost dilihat seakan tidak sabar mahu Lee Chong Wei dan pemain nombor satu negara ini berang dengan kata-katanya.

Chong Wei berkata keputusan untuk bersara hanya datang dari dirinya sendiri dan bukan atas 'arahan' dari Frost.

Kemarahan Chong Wei tercetus apabila beliau mendapat tahu Frost memberitahu individu terdekat dengannya bahawa kecederaan terbaru yang dialaminya ketika latihan baru-baru ini adalah pengkahiran kariernya sebagai pemain.

Chong Wei menghadapi kecederaan semasa berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, Sabtu lepas.

Dikatakan ini bukan kali pertama Frost membuat sedemikian kerana turut mengemukakan pertanyaan sama selepas berakhirnya Sukan Olimipk baru-baru ini.

Apa yang lebih menyakitkan hati Chong Wei adalah kecederaan terbarunya boleh dielak jika Frost dan Pengurus Besar BAM, Lawrence Chew memenuhi permintaannya menukar getah permukaan gelanggang di ABM.

Jelas Chong Wei lagi, beliau masih tetap mewakili negara bukan kerana wang ringgit dan pangkat tetapi minat yang mendalam dalam badminton itu.

Ini komennya:


"Morten Frost tidak ada hak menentukan karier saya,"

"Saya berulang kali meminta mereka menukarkannya... saya bukan minta yang baru tapi hanya pindahkan permukaan lama dari Stadium Juara, tapi ia tetap tidak dihiraukan.

"Namun selepas saya cedera, barulah ia ditukar. Kenapa hanya selepas berlaku pada saya baru nak buat, sedangkan sebelum ini beberapa pemain lain juga terjatuh kerana permukaan yang licin,"

"Memang saya marah, mahu bersara atau tidak adalah keputusan saya bukan dia. Sebelum ini saya hanya diam sahaja tetapi kali ini saya tidak boleh tahan lagi, saya sedia bertanggungjawab.

"Jika saya cedera ketika kejohanan, saya boleh terima. Tetapi saya cedera ketika latihan,"

"Saya masih beraksi lagi sehingga hari ini bukan kerana duit ataupun pangkat, saya pernah berada di atas dan merasai kejatuhan sepanjang karier saya, tetapi saya mahu tetap beraksi kerana minat, saya sayangkan sukan ini.

"YB Khairy (Jamaluddin- Menteri Belia dan Sukan) sendiri tidak pernah suruh saya bersara, kenapa dia? Khairy ada menanyakan tentang keadaan saya selepas kecederaan ini, saya jawab waktu ini memang kondisi saya tidak baik,"


Sumber: Bernama

Astro Gempak Dedah Jep Sepahtu Nafi Bertunang, Tapi Sebenarnya Nak Nikah Hujung Bulan Februari

Jep Sepahtu Nafi Bertunang, Tapi Sebenarnya Nak Nikah Hujung Bulan Februari


Pelawak popular jep Sepahtu dan Sari Yanti kini dikatakan sedang mengenal hati budi.

Hubungan mereka berdua boleh dikatakan sudah dihidu ramai dan bukan lagi satu yang rahsia.

Malah mereka berdua dilihat  sering bersama dan memuatnaik gambar masing masing di laman sosial Instagram.

Rakan rakan terdekat seperti Shuib, Rahim juga sering menyakat mereka berdua.

Malah ada juga peminat yang terserempak Jep Sepahtu dan Sari Yanti sedang bersama-sama menonton wayang.

Dan yang terbaru, mereka dikatakan bakal bertunang. Namun Jep tampil menyatakan mereka tiada perancangan untuk bertunang.

Namun melalui laporan terbari dari portal Astro Gempak, dikatakan pasangan Jep Sepahtu dan Sari Yanti akan bernikah tidak lama lagi.

Betul atau tidak ni? tarikhnya diktakan pada hujung bulan ini iaitu 25 Februari 2017.

Ini laporannya:

Ini Komen Fattah Amin Tentang Hubungan Neelofa Dengan Kerabat Diraja

Ini Komen Fattah Amin Tentang Hubungan Neelofa Dengan Kerabat Diraja 


Pelakon Fattah Amin menerima dengan baik berita persahabatan antara Neelofa dengan seorang kerabat diraja seperti disahkan aktres wanita itu.

Fattah sentiasa mendoakan yang terbaik terhadap apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Neelofa selain mahu melihat pelakon wanita itu menemui kebahagian dalam kehidupannya.

Ini komen Fattah:

"Sebagai kawan dan sahabat, saya mendoakan kebahagiaan dalam apa sahaja keputusan yang dilakukan. 

"Saya juga sentiasa memberi sokongan apa yang baik untuk kehidupan dan masa depan dia,"

"Saya tidak boleh komen kerana ia melibatkan banyak pihak dan saya tidak mahu kenyataan saya akan menimbulkan perkara yang buruk,"

Sebelum ini Neelofa ada akui sedang berkawan dengan seorang kerabat diraja.

Ini komennya:

"Saya tidak menafikan memang saya berkawan dengannya dan apa boleh saya katakan beliau ialah seorang kawan yang baik.

"Saya sebenarnya sudah bersedia dengan situasi ini kerana saya seorang selebriti dan beliau pula seorang kerabat diraja dan kami akan menjadi perhatian.

"Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara ini atau apa juga gosip yang diperkatakan di luar sana,"

Berpisah Dengan Isteri Kedua, Ini Penjelasan Adi Putra

Berpisah Dengan Isteri Kedua, Ini Penjelasan Adi Putra



Adi Putra telah tampil memberi komen apabila rumah tangga dengan isteri kedua dikatakan sedang bergolak.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi  timbul apabila mengatakan hubungan dengan isteri kian retak.

Ini jawapan dari Adi Putra sendiri:

"Kalau rumah tangga saya berantakan atau bermasalah, saya takkan berada di sini sekarang. 

"Saya juga takkan menerima tawaran berlakon jika ingin melarikan diri kerana saya tahu sudah tentu ada pihak akan bertanya"

"Sebagai artis, orang nampak dan mengambil tahu mengenai diri saya. Isteri saya bukan artis, jadi apabila dakwaan sebegini timbul, kesannya adalah pada diri saya. 


"Dalam dunia seni, bukan sesuatu yang mustahil adanya perasaan dengki dan fitnah. Cuma, macam mana kita hendak menghadapinya?

"Hubungan dengan isteri-isteri saya masih baik dan kami menjalani kehidupan seperti biasa,"


"Komunikasi sangat penting dalam perhubungan dan sebagai isteri, mereka perlu tahu kepentingannya bagi mengelakkan sebarang masalah,"

"Kalau sudah ditakdirkan belum rezeki saya untuk memiliki zuriat sendiri, saya kena reda dan tidak boleh menolak ketentuan Tuhan,"



Semoga Adi dan isteri isteri berbahagia hendaknya.

Kisah Pengakhiran Hidup Arwah P. Ramlee Yang Penuh Dengan Kesedihan, Sampai Hati Dilayan Begini

Kisah Pengakhiran Hidup Arwah P. Ramlee Yang Penuh Dengan Kesedihan, Sampai Hati Dilayan Begini



Tan Sri P. Ramlee merupakan legenda anak seni di Malaysia.

Kesemua filemnya masih lagi menjadi tontonan orang ramai dari orang tua sehinggalah kanak-kanak.

Walaupun ramai melihatnya sebagai legenda, tetapi ramai yang tak tahu kisah sedih apabila dia berada di penghujung kariernya.

Memang teruk layanan yang diterima sehingga dia jatuh miskin, sakit dan akhirnya meninggal dunia.

Jom baca kisah P.Ramlee yangramai tak tahu.

Ini kisahnya:

KENA BOO
 
PADA penghujung kariernya, P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk 'Konsert 3 Ramlee' yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie. Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah 'boo' beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.
KONTRAK DITAMATKAN

Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya. Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat kekayaan dari lagu-lagunya.

Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.


TIADA WANG

Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling sedih buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah/ berlakon filem etc sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian. Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk meminjam wang.


ORANG DAH TAK PEDULI

Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat show/ menyanyi...bila arwah pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja. Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu dicalonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan. Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka...akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang Aziz Sattar.

" Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka...saya dah tua. Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa," katanya pada iparnya, Maryam. P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sampai hanya makan nasi dengan telur...

Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan meninggal dunia...Al-Fatihah.


(petikan dari P. Ramlee | History Channel Documentary)

Itulah kisahnya. 

5 Foto: Inilah Pendedahan Harga Kek Neelofa Buat Ramai Terkejut...Sama Gaji Setahun Rakyat Marhaen

5 Foto: Inilah Pendedahan Harga Kek Neelofa Buat Ramai Terkejut...Sama Gaji Setahun Rakyat Marhaen


Tahun lepas, kek hari jadi Neelofa yang bernilai RM6 ribu. memang hangat diperkatakan orang ramai.

Kek harga enam ribu, memang tergamam orang ramai mendengarnya.

Tapi tahun ini, sambutan hari lahir Neelofa sekali lai menjadi tumpuan ramai.

Sudah tentu sekali lagi tumpuan menjurus kepada kek hari jadinya.

Sempena hari jadinya yang ke 28, Swarovski telah menghadiahkan Neelofa kek mewah bernilai RM20 ribu.

Ini menyamai gaji setahun bagi rakyat marhaen yang rata-rata bergaji seribu sehingga dua ribu sebulan.

Memang dahsyat hadiah dari Swarovski ini kepada Neelofa.

Maklumlah selebriti paling popular tahun 2016.

Jom lihat gambar keknya itu...






Ini antara komen di twitter: