"Aku Memang Tak Pernah Suka Kau!!" - Ini Koleksi Kata-Kata Panas Sharnaaz Ahmad Kepada Fattah Amin

Ini Koleksi Komen Panas Sharnaaz Ahmad Kepada Fattah Amin


Sharnaaz Ahmad sekali lagi mencetus kontroversi apabila menghentam lelaki yang sering dikaitkan dengan Neelofa iaitu Fattah Amin.

Sharnaaz yang bakal berkahwin dengan kakak Neelofa, mengkritik Fattah Amin di laman sosial Twitter miliknya baru baru ini.

Memang pedas ayat yang dilemparkan kepada Fattah Amin.

Kisahnya bermula apabila Fattah Amin telah menulis buku dan melancarkan buku tersebut yang menjadi viral.

Buku tersebut mengandungi gambar Fattah Amin dan juga kata kata dari pelakon ini.

Melihat Fattah yang tiada kelayakkan mengeluarkan buku, Sharnaaz Ahmad dilihat berang dan menghentam bekas kekasih Neelofa ut.

Malah Sharnaaz dengan selamba akui tidak menyukai Fattah Amin.

Ini koleksi kata kata panas dari Sharnaaz:




11 Gambar Isteri Kepada Pemain Bola Sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar Yang Cantik Jelita

11 Gambar Isteri Kepada Pemain Bola Sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar Yang Cantik Jelita



Pemain bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar sememangnya antara pemain yang amat hebat pada masa kini.

Untuk pengetahuan, Baddrol Bakhtiar telahpun berkahwin dan mempunyai seorang isteri yang cantik dan seorang anak.

Baddrol telah berkahwin dengan seorang guru Matematik bernama Nur Izyan.

Kata Baddrol, isterinya itu kurang kurang meminati bola sepak, namun tetap menyokongnya sebagai pemain bola sepak.

"Walaupun isteri tidak meminati bola sepak, saya bersyukur dia sangat memahami memandangkan saya sentiasa sibuk dan mempunyai jadual tidak menentu. 

"Dia juga seorang yang sangat menghormati saya dan keluarga selain seorang yang peramah,"

Baddrol berkata mereka mula berkenalan lapan tahun lalu selepas masing-masing dikenalkan seorang kenalan rapat mereka dalam satu majlis makan makan.

Ini gambar isteri Baddrol yang cantik ini:











.....................................
Infomation Of Baddrol

Baddrol was first  noticed by Kedah's scouts and joined Kedah SUKMA 2006 silver medalists starting eleven.

After his excelent performance in SUKMA, Baddrol signed with Kedah in November 2006 as profesional player.

Due to good and consistent performance, Baddrol has been promoted to the senior team.

Starting from the 2006/07 M.League season, he established himself in Kedah's first team squad.

He proved himself as one of the best young talent of the Kedah youth system.

During 2007–08 season, Baddrol became a first eleven for coach Azraai Khor and performed very well.

He is known with his pace and trickery with the ball and can shoot from long range.

He scored 14 goals throughout the season. A proven midfield scorer, during 2011 season, Baddrol became the team top scorer with 10 goals.

Dituduh 'Main' Kekasih Pelajar Form 3, Suami Akhirnya Tampil Beri Kenyataan Balas Yang Mengejutkan

Dituduh 'Main' Kekasih Pelajar Form 3, Suami Akhirnya Tampil Beri Kenyataan Balas Yang Mengejutkan



Baru-baru ini, seorang isteri bernama Hidayu telah berkongsi kisah suaminya yang curang dengan pelajar tinkatan 3.

Baca pendedahan wanita itu beserta beebrapa gambar DI SINI.

Akibat tuduhan dari isterinya itu, si suami bernama Muhamad Kasiren telah membuat satu laporan polis kerana mengatakan ianya adalah fitnah semata.

Menurutnya, dia memang akui mempunyai hubungan cinta denagn seorang remaja tinkatan tiga.

Namun hubungan yang terjalin antara pelajar sekolah itu sejak kira-kira empat bulan lalu hanyalah sekadar ‘suka-suka’ memandangkan dia tertekan ekoran mengalami masalah rumah tangga dengan Hidayu.

Kasiren akui mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya yang dibina pada usia 18 tahun.

Namun, setelah bergelar suami isteri, Muhamad Kasiren mendakwa isterinya telah banyak berlaku derhaka sehinggakan dia tidak pernah merasa nikmat kebahagiaan sebagai suami.

Ini kenyataannya:

Tentang Kekasih Form 3

"Apa yang dia tulis itu tidak betul. Lagi-lagi fitnah mengenai kami sudah menjalinkan hubungan mesra.
 

"Saya akui bercinta dengan dengan dia. Tapi hanyalah sekadar suka-suka selepas saya tertekan mengalami masalah rumah tangga.
 

"Saya berkawan dengan perempuan itu pun, saya jumpa dengan emaknya minta izin. Bukan main angkut bawa ke mana-mana. Saya juga bukan kaki perempuan seperti yang didakwa,”

Perbuatan Isteri

"Sepanjang kahwin, saya jadi babu (orang suruhan) dan selalu kena marah. Dia juga ikat saya hingga menyebabkan saya hilang kawan-kawan dan keluarga. Dia maki emak saya ‘binatang’.
 

"Lama saya tahan dengan kelakuan biadapnya hingga perasaan cinta saya berubah. Saya stres terpaksa hidup dengannya.
 

"Pendek kata, hubungan kami sudah mengalami masalah sejak awal perkahwinan lagi. Banyak lagi aibnya, namun lebih baik saya simpan dan merahsiakan"

Tambah Muhamad Kasiren, mereka kini sedang dalam proses penceraian setelah isterinya menfailkan fasakh pada Isnin lalu.

5 Foto: Isteri Tuduh Suami Curang Dengan Pelajar Form 3

5 Foto: Isteri Tuduh Suami Curang Dengan Pelajar Form 3



Seorang isteri menjadi viral apabila mendedahakan perbuatan curang sang suaminya baru-baru ini.

Dikatakan suaminya curang dengan seorang pelajar tingkatan 3 (form 3).

Perkongsian si isteri menjadi buah mulut orang ramai yang terkejut dengan perbuatan suaminya itu aoatah lagi dituduh bermesra dengan seorang remaja bawah umur.

Kisah ini terus menjadi viral dan mendapat lebih 20 ribu share.

Ini beberapa keping gambar dan perkongsian dari si isteri:

Bismillah. Hampir 5tahun akue pertahankan perkahwinan nie. Akhirnya tkde jodoh jugak. Akue mmg dah tahu kau kaki pempuan, dulu time ada ana. Akue bagi kau peluang. Lepas 4tahun kawen ada anak, akue ingt kau bole berubah. 

Akue dalam pantang, kau bawak balik perempuan nie kt ruma kita, kau main dia atas katil kau dgn akue. 

Kau ada kan semuanya untuk dia. Sedangkan selama nie, akue yang menanggung kau. Kau tk bagi akue nafkah, kau tk beli susu pampers anak. Tapi kau bole belikan perempuan kau iphone, shopping & everything. 

Akue bersyukur allah bagi akue petujuk sapa kau sebenarnya termasuk bukti. Kau sanggup buang akue & anak. Kau hancurkan perkahwinan kau hanya untuk budak sekolah form3. Kau lebih pilih dia daripada hubungan yang kita dah bina selama 8tahun. 

Akue serahkan semuanya pada allah. Semoga allah beri petunjuk & hidayah nya pada kau. Biar allah membalas semuanya. Ini lah reality sebenarnya. Akue dah puas sabar & pendam semua nie. 

Semoga allah memberi akue kekuatan untuk terus melangkah bersama anak tersayang. Mommy sayang Haqq, Haqq kekuatan mommy

Ini gambar yang dikongsinya:






TAHNIAH!! Pelakon Jelita Raja Ilya Ke Hollywood, Bakal Berlakon Filem Marvel

TAHNIAH!! Pelakon Jelita Raja Ilya Ke Hollywood, Bakal Berlakon Filem Marvel


Pelakon tempatan, Raja Ilya mendedahkan dia berjaya mendapat watak dalam filem keluaran Marvel.

Pelakon berumur 31 tahun itu memberitahu, filem berkenaan bakal bermula dalam tahun ini.

Buat masa ini Raja Ilya masih belum dapat memberi banyak maklumat.

Ini komennya:

"Ia sudah disahkan bahawa saya akan menjalani penggambaran untuk sebuah filem Marvel pada hujung bulan ini, tetapi kerana tajuk filem ini masih belum dipastikan, saya tidak boleh memberi maklumat terperinci mengenainya. 

"Tawaran ini datang daripada seseorang yang saya kenali di Indonesia yang sudah berlakon beberapa buah filem Marvel dan Disney. Sekarang saya cuma perlu bersedia untuk detik paling hebat di dalam hidup saya ini. 

"Untuk 6 bulan, saya akan mula latihan di Jakarta sebelum terbang ke Hollywood.
.......................................

Actress Raja Ilya has revealed that she will be involved in a Marvel film (Grad A Hollywood film)

Raja Ilya told a local entertainment portal that filming will start at the end of the year.

However she is not able to reveal much information about the project at the moment.

“I can’t get any accurate shooting location for now. I’ve just been informed to fly to Hollywood by the end of the year for role selection and for which Marvel title (I would be involved in),”

“The offer came from someone I know from Indonesia who has already acted in a few Marvel and Disney movies… Now I just have to get prepared for the moment of my life.”

“For about six months, I will start my training classes at Jakarta with Yayan Ruhian before I fly to Hollywood,”

For your infomation, Yayan is an Indonesian martial artist and actor whose credits include The Raid and Star Wars: The Force Awakens.

Congratulation Raja Ilya!!

Ini Gambar Rumah Banglo Mewah Wak Doyok Buat Khas Untuk Ibu Bapanya

Ini Gambar Rumah Banglo Mewah Wak Doyok Buat Khas Untuk Ibu Bapanya


Siapa yang tak kenal dengan Wak Doyok. Ikon fesyen dan juga usahawan yang semakin mendapat perhatian ramai.

Kini Wak Doyok boleh dikatakan seorang yang berjaya dan amat terkenal.

Namun Wak Doyok tidak mudah lupa diri. Walaupun berjaya Wak Doyok tetap ingat asal usulnya.

Kini Wak Doyok telah membina sebuah rumah banglo mewah khas buat ibu bapanya.

Dulu hanya rumah papan kampung sahaja, kini Wak Doyok berkongsi rumah batu yang dibuat khas itu.

Ini komen Wak Doyok:

Alhamdulilah berkat kerja keras selama ini. Akhir aku dapat juga buat sebuah banglo yang hampir siap 98% untuk kedua orang tua aku untuk keselesaan mereka diusia tua nya. 

Sebagai anak aku hanya mampu menberikan mereka gembira dunia dan di akhirat kelak doa mengeringi mu. Amin

Tahniah buat Wak Doyok.

 ............................................

New Wak Doyok's bungalow house for his parents. Beautiful and elegant. Congratulation to fashion icon, Wak Doyok for his success.

This is the picture:


"I was ignored and left without an explanation.." - Respon Terbaru Dari Anak Gadis Zainal Abidin

"I was ignored and left without an explanation.." - Respon Terbaru Dari Anak Gadis Zainal Abidin


Anak gadis Zainal Abidin bernama Timur baru-baru ini menjadi tumpuan ramai.

Lihat gambar terkini anak gadis Zainal ini DI SINI.

Cara kehidupan Timur yang dikatakan agak kebaratan yang diamalkannya menjadi buah mulut orang ramai.

Bapanya juga telah tampil memberi komen dan menyatakan dia tidak menyalahkan anak gadisnya itu, kerana dia telah tinggal bersama ibunya, seorang mualaf.

Ternyata, kenyataan Zainal Abidin itu membuatkan Timur memberi respon.

Baca respon dari Timur DI SINI.

Kemudian, sekali lagi Timur memberi respon dan memberi beberapa nasihat.

Jom baca respon terbaru dari Timur ini:

Dear friends and followers,

I did not expect to receive such a response from you and am so very thankful for your support. However, there is one thing I'd like to clarify; I did not make my previous post to attack my father.

I only felt that his interview was highly offensive towards myself and my mother and I wrote the post as gracefully and respectfully as I could in our defense. For those who accused me of being impulsive and presumptuous - I asked my father why he did that interview before I made the post. But I was ignored and left without an explanation which is why I took it upon myself to clarify the situation.

As supportive and defensive as you have been of me, I'd like to remind you - just because someone is unkind to you, doesn't mean that you should be unkind to them. It doesn't matter how my father treats me or my family because his sins are not our sins. Be thankful instead that he is good to his new family because from what I see, they are quite happy. He was absent throughout most of my upbringing - but that does not mean that I am not happy for his wife and his children for the life that they have now.

Parents, please be good to your children. They look up to you and look to you for guidance. Be the best example you can be and love them as God loves you. And children - whether you're Muslim, Christian, Jew or non-believers. Be kind to your parents. As difficult as it may be sometimes, always bear in mind that parents are humans too and they are certainly capable of making mistakes. But when you become adults, learn to recognize the difference between a mistake and a "mistake". Look to them as a reference point to independently differentiate what's good and bad, then aim towards becoming the best person you can possibly be.

And for those who are looking for success and fame - grind for the gold. Work hard and work smart for what you want in life, but please do not use and humiliate others for your own benefit. To all my friends and followers, no matter your race, religion or gender; please respect one another. Be graceful when you defend your pride, and be graceful when you defend each other. Thank you 

Itulah kenyataan terbaru dari Timur.

Buat Perkhidmatan Paid Review Dari King Coco Haram - Ustaz

Buat Perkhidmatan Paid Review Dari King Coco Haram - Ustaz



Ini memang satu kenyataan yang amat dinanti ramai.

Seorang ustaz muda bernama Wan Dazrin telah menulis satu kenyataan tentang paid review.

Yang bestnya nama King Coco telah menjadi contoh.

Dia dengan jelas mengatakan tidak membenarkan para peniaga Islam membuat paid review dari King Coco atau public figure yang tidak menutup aurat.

Jom baca kenyataan penuh:

"Perkhidmatan 'Paid Review' haram"

Bismillahirahmanirahim.

Assalammu'alaikum.

Nampaknya saya perlu sampaikan ini.

Hukum menggunakan perkhidmatan 'Paid review' untuk barang perniagaan awak sendiri dari seorang tukang promosi yang tidak tutup auratnya, meskipun Followers dia beratus ribu atau berjuta. Hukumnya ialah haram. Awak dikira berdosa paling banyak nak dicompare daripada 'Public Figure' itu sendiri. Awak yang bayar dia. Awak yang minta dia. Awak yang arah dia. Dia pula promosikan barang awak dengan 'Gambar' dia yang 'Free hair', pakaian dia yang nampak pusat sedangkan dia perempuan, kain dia yang ada belahan peha saat dia bergambar dengan produk awak.

Ini belum dikira dengan 'Selfie video' dia bersama produk awak dalam keadaan dia menggoda pembeli, menggedik manja, dan mengacah Cantik / Flawless sedangkan realitinya ia sebuah 'Penipuan' dibelakang tabir. Produk awak baru shj bagi semalam, hari ini dia dah bagi review. Berpadalah kalian, berpadalah dengan perlakuan dosa yang telah dilakukan, kemudian awk tambah lagi permintaan dosa untuk diri awak sendiri dengan namanya 'Dosa menipu' pula.

Maaf, saya kena tegur ni. Saya nampak ramai sangat peniaga Islam tak kisah pun pasal ni. Yang penting biar 'Public Figure' tu buat promo, sbb Followers dia ramai, awak mesti nak buat 'Paid review' dari dia. Awak rasa awak akan untung banyak kesan dari tarikan Followers dari Public 'Figure' tu sendiri.

Tetapikan:

Pada saya, awak telah pilih jalan untuk jadi bankrupt di hari akhirat sebenarnya. Awak mungkin boleh dapat 'Duit' dari reach yang tinggi bila 'Public Figure' tu promo barang awak didunia, tapi awak pasti dapat 'Reach' dosa yang tinggi juga dihari akhirat jika duit yang awak dapat rupanya dari jalan2 yang' Haram' rupanya selama ini, dan bukannya 'Halal' ataupun 'Bersih', atau pun higher level sikit dan jauh 'Suci' itu sendiri.

Hati-hati dalam mengejar untung yang tidak berkat, hidup awak bukan makin hebat, tapi saban hari semakin melarat, sehingga terkadang nak bernafas selalu rasa tersekat, akibat diri mencari dan cari tidak pernah cukup rehat, sedangkan dah usaha sepatutnya memang dapat, tetapi ujian itu ini tak pernah berhenti seolah tak kenal penat. Macam sengaja Tuhan nak tinggalkan amanat. Yang dunia memang kita bukan Tuan bukan pemilik tempat.

Soft reminder dari saya:

Saya secara khususnya tidak benarkan peniaga2 Islam untuk buat 'Paid review' pada King Coco atau 'Public Figure' atau 'Celebrities' yang sama waktu dengannya, atau persis sepertinya. Maaf. Saya cuma sampaikan nota pengetahuan saya, lantas patut sekali saya tak benarkan. Ia boleh dilakukan secara umum. Terlampau banyak dosa tercipta dalam satu kelipan mata dari dalam sesaat 'Paid review' yang dibuat oleh 'Public Figure' yang telah saya sebut memiliki ciri-ciri yang diatas.

Harap maklum kepada siapa-siapa yang terlibat secara tidak lansung atau secara lansung dalam hal seperti ini.

Sebarkan, saya perlukan setiap orang Islam yang berniaga hari ini, tidak terlibat dengan 'Paid review' yang haram.

Ikhlas, Da'i Wan


Semoga peringtan dari Wan ini dijadikan pengajaran. Jangan nak kejar dunia sahaja.


(TERKINI) Dato Red Buat Kenyataan Mengejutkan Ramai, Sudah Pasti Membuatkan Datin Red & Adira Berasa...

(TERKINI) Dato Red Buat Kenyataan Mengejutkan Ramai


Datuk Seri Adnan Abu memang terkenal dengan sikapnya yang suka mengurat wanita.

Namun setelah Adira hamil dan bakal melahirkan anak tidak lama lagi, Datuk Seri Adnan yang lebih popular sebagai Dato Red berjanji tidak akan melukakan hati isteri-isterinya.

Dia kini akui mahu memberi perhatian kepada anak-anaknya yang kini sudah memasuki empat orang, tiga orang hasil perkahwinan bersama isteri pertama yang dikenali sebagai Datin Red.

Malah lebih melegakan hati isterinya, Dato Red akui sudah berubah dan bertaubat.

Ini komennya:

"Kehidupan kami bahagia sekarang, saya sudah bertaubat dan berjanji tidak mahu buat hal lagi yang menyakitkan hati mereka (Adira dan isteri pertama).

"Saya mahu beri perhatian kepada zuriat-zuriat saya yang sedang membesar kerana saya seorang yang terlalu sayangkan anak dan tidak sabar menunggu kelahiran anak keempat saya,"


Semoga hubungan Dato Red dan kedua-dua isterinya baik-baik sahaja.

Untuk pengetahuan, Adira dijangka bersalin pada bulan Mac ini.

Inilah Gambar Kekasih Abam Yang 'Cute' Tersebar, Pelawak Ini Tampil Beri Kenyataan Rasmi

Gambar Kekasih 'Cute' Tersebar, Abam Bocey Tampil Beri Kenyataan



Pelawak Abam dari kumpulan Bocey telah tampil menjelaskan statusnya apabila sekeping gambar dirinya bersama seorang gadis cun tersebar.

Ini gambarnya:


Kata pelawak popular ini, dia akui sedang berkawan dengan gadis.

Namun kata Abam lagi, dia sedang kenali hati beberapa wanita namun sehingga kini masih belum ada yang betul-betul membuatnya jatuh cinta untuk dijadikan pasangan hidup.

Abam akui telah memperkenalkan wanita-wanita itu kepada ibunya terlebih dahulu sebelum dia meneruskan hubungan dengan serius.

Ini komennya:

"Saya ada berkawan dengan ramai wanita tapi semuanya masih dalam proses berkawan sahaja, tiada lagi yang istimewa untuk dijadikan isteri.

"Selalunya saya akan bawa balik dan kenalkan kepada ibu dahulu, jika ibu berkenan saya akan serius dengan hubungan itu. Ada juga beberapa yang dia suka tapi saya pula tidak berkenan,"


Abam diminta mengulas tentang sekeping gambar dia bersama seorang wanita bertudung yang tersebar di Internet.

bagaimanapun, Abam tidak menolak seandainya akan berkahwin dalam tahun ini jika bertemu jodoh yang sesuai.

Ini komennya lagi:

"Saya ini orang istimewa, bukan sebab saya artis tetapi sebab saya ada karenah yang orang susah nak terima. Lelaki pun ramai yang tidak mahu berkawan dengan saya.

"Pendek kata, kalau ada jodoh saya kahwin, kalau ada 'bodoh' saya blah,"


Sementara itu, Abam berkata, dia juga merancang untuk mengumpul seberapa banyak aset dan simpanan terlebih dahulu sebelum berumah tangga.

Semoga selamat mencari jodoh Abam, memang ranai yang minat tu.

14 FOTO: Inilah Koleksi Gambar Anak Gadis Zainal Abidin Yang Terlalu Ikut Gaya Hidup Barat

14 FOTO: Inilah Koleksi Gambar Anak Gadis Zainal Abidin Yang Terlalu Ikut Gaya Hidup Barat


Zainal Abidin baru baru ini menjadi tumpuan ekoran kenyataan terhadap anaknya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Hijau ini mengatakan dia tidak salahkan anaknya kerana terlalu ikutkan gaya hidup barat.

Baca komen penuh dari Zainal Abidin tentang anaknya itu DI SINI.

Kemudian, anak gadisnya bernama Timur itu tampil membalas kenyataan bapanya.

nampaknya Timur dilihat kurang bersetuju dengan kenyataan dari Zainal Abidin.

Melalui laman sosial, Timur dilihat membidas kenyataan bapanya.

Ini kenyataan penuh dari Timur (BACA SINI)

Kini ramai mula ingin mengenali Timur. Dia merupakan anak gadis Zainal Abidin dengan bekas isteri pertamanya.

Ini gambar terkini Timur yang sudah berumur 20an. Memang cantik dan jelita orangnya.

Jom lihat foto terkininya:














Hairul Azreen Diasak Soalan Panas, Kongkong Hanis Zalikha Dan Kaut Untung Dari Anak

Hairul Azreen Diasak Soalan Panas, Kongkong Hanis Zalikha Dan Kaut Untung Dari Anak



Pelakon Hairul Azreen telah diajukan soalan panas oleh wartawan baru-baru ini.

Ada dakwaan dia sedang mengeksploitasi anaknya, Yusof Iskandar dengan membuka akaun Instagram baru-baru ini malah mengaut keuntungan dari anaknya itu.


Ini jawapan Hairul:

"Saya create akaun Yusuf sebab mahu simpan gambar-gambar peribadi. Sebenarnya masa saya kecil dahulu rumah saya dilanda banjir, dan gambar-gambar basah. 

"Jadi saya tidak ada kenangan masa kecil. Untuk itu saya create supaya apabila Yusof besar nanti dia boleh lihat gambar dia ketika kecil,”
 

"Saya tak kisah apa orang nak kata, yang penting saya dan keluarga tahu apa yang sedang saya lakukan,”

Selain itu, ada juga dakwaan mengatakan dia telah mengongkong isterinya, Hanis Zalikha daripada berlakon.

Ini penjelasan dari Hairul Azreen:

"Sebenarnya tiada soal kongkong atau apa kerana terus-terang saya tidak kisah jika Hanis mahu berlakon selepas melahirkan anak pertama kami.

"Cuma Hanis sendiri yang mahu fokus menjaga anak kami yang masih kecil itu sendiri di rumah.

"Selain itu dia sekarang sibuk dengan urusan perniagaan tudung dan alat solek seperti gincu,"


Dikatakan Hanis telah dikongkong suaminya selepas dilihat tidak lagi aktif berlakon sebaik sahaja mendirikan rumahtangga dan melahirkan anak pada 3 Jun tahun lalu.