Baru Jalani Pembedahan, Keadaan Julia Perez Semakin Kronik

Baru Jalani Pembedahan, Keadaan Julia Perez Semakin Kronik



Keadaan Julia Perez yang lebih dikenali sebagai Jupe semakin kronik menurut sumber portal Indonesia, Kapan Lagi.

Pelakon ini yang menghidap barah pangkal rahim tahap empat semakin kronik selepas menjalani pembedahan pada Khamis minggu lepas.

Adik Jupe, Nia Anggia berkata tahap kesihatan Julia semakin tidak menentu.

Dia dan keluarga berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan Julia Perez supaya kembali baik.

Selain itu, adik Jupe memberitahu kakaknya itu memerlukan banyak darah jenis A.

Ini komen adik Jupe:

"Sekarang ini keadaannya masih tidak menentu dan dia hanya tidur serta terbaring di atas katil sahaja selepas menjalani pembedahan.

"Dia juga belum menunjukkan tanda-tanda positif selepas menerima rawatan dan doktor menyarankan agar dia untuk banyak berehat.

"Saya yakin pasti ada keajaiban buat dia untuk pulih dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatannya pulih seperti biasa,"

"Julia masih memerlukan darah jenis A daripada orang ramai dan saya berharap agar mereka yang mempunyai darah jenis itu dapat membantunya.


Sumber: Astro Gempak/ Kapan Lagi

 ................

Celebrity Actress Julia Perez is now in critical condition from late stage cervical cancer.

Cervical cancer happens when there are abnormality of cells of cervix.

The cervix is the lower part of the uterus.

Cervical cancer can often be successfully treated when it's found early.

It can be detect early through a Pap test

Kontroversi Menggatal Dengan Gadis, Ini Respon Balas Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan

Kontroversi Menggatal Dengan Gadis, Ini Respon Balas Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan 


Semalam memaang agak kecoh apabila pelakon popular iaitu Shukri Yahaya didakwa cuba menggoda seorang gadis bernama Sarah Danielle.

SHUKRI DIDAKWA MENGGATAL

Gadis bernama Sarah itu mendedahkan perbualan mesej antaranya dengan pelakon drama popular itu.

Melalui gambar mesej itu, dilihat memang agak keterlaluan kerana perbualan agak 'tidak senonoh'.

Sarah juga mendakwa Shukri Yahaya ada membuat video call kepadanya.

Lihat mesej-mesej perbualan yang dimuatnaik oleh Sarah (DISINI).

Namun, Shukri Yahaya telah membuat kenyataan menafikan tuduhan tersebut dan mengatakan Sarah Danielle yang mahu publisiti sahaja.

Baca kenyataan dari Shukri Yahaya tentang isu ini (DI SINI).

APA RESPON TYA ADNAN?

Ramai tertanya-tanya apa respon dari isteri Shukri Yahaya tentang hal ini.

Isteri Shukri Yahaya bernama Tya Adnan dan dia juga merupakan pelakon sebelum ini, pernah muncul dalam filem Ular.

Apabila ditanya tentang hal yang melanda suaminya itu,  Tya Adnan hanya ketawa melihat situasi itu selain menyifatkan ia satu perkara yang agak kelakar.

Di laman sosial, Tya Adnan ada memuatnaik video ceramah seorang ustaz tentang fitnah yang melanda di akhir zaman.

Inti video itu menyatakan zaman kini banyak perkara yang tidak benar disebarkan sehingga ramai yang percaya maka berlakunya fitnah.

Ini captionnya:

#fitnah #dajjal #kepalsuan #akhirzaman #allahu #takutlahanda #taubat #sabarituindah 

Ini gambarnya:



Ini Punca Hans Isaac Tunda Perkahwinannya Dengan Gabrielle, Sepatutnya Bulan Depan

Ini Punca Hans Isaac Tunda Perkahwinannya Dengan Gabrielle, Sepatutnya Bulan Depan



Datuk Hans Isaac telah membuat satu pengumuman tentang perkahwinannya.

Hans memberitahu dia terpaksa menunda majlis perkahwinan dengan Gabrielle Robinson yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 29 Julai ini.

Penundaan itu dibuat kerana bakal bapa mertuanya, bapa kepada Gabrielle tidak dapat pulang ke Malaysia pada tarikh berkenaan.

Dalam pada itu, Hans berkata, persiapan untuk majlis perkahwinan dengan Gabrille hampir siap sepenuhnya.

Ini pengumuman dari Hans:

"Saya terpaksa menangguhkan perkahwinan kepada tarikh lain kerana bapa Gabrielle tidak dapat datang kerana terikat dengan kontrak di Austria.

"Kami mungkin akan melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi mengikut tarikh kesesuaian dan kekosongan hotel Majestic. Buat masa ini pihak hotel belum beritahu tarikh yang ada.


"Tapi ia akan berlangsung pada tahun ini juga,"


"Semua hampir siap dan ia boleh dikatakan saya berbelanja agak mewah kerana ini merupakan masa yang paling dinantikan dalam hidup saya.


"Jadi, apa juga yang keluarga ingin lakukan saya setuju sahaja,"


Selain itu, Hans Isaac berkata dia tidak menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak untuk majlis perkahwinannya nanti.

Sumber: mStar

(PENGUMUMAN MENGEJUTKAN) Dato Vida Tidak Akan Muncul Di TV Lagi Selepas Ini

(PENGUMUMAN MENGEJUTKAN) Dato Vida Tidak Akan Muncul Di TV Lagi Selepas Ini



Ini memang satu perkara yang mengejutkan ramai. Pengusaha dan jutawan kosmetik, Dato Seri Vida (DS VIDA) membuat kenyataan tidak akan muncul di kaca TV lagi selepas ini.

Ini dikatakan kerana DS Vida makan hati dengan kecaman orang ramai terhadapnya secara berterusan apabila kerap muncul di TV sebagaio penaja.

Kini DS Vida sedang mempertimbangkan untuk melepaskan sebahagian saham syarikatnya.

Dato Vida  akan melepaskan sebahagian saham syarikatnya kepada tauke baharu yang boleh memuaskan hati orang ramai dan tauke itu juga kan bertanggungjawab untuk memasarkan produk.

Ini komen DS Vida:

TAK NAK MUNCUL DI TV LAGI

"Saya ni asyik kena kutuk kena kacau, jadi saya nak duduk di belakang tadbir je sekarang ni.

"Saya nak duduk diam je, kalau anda benci tengok gedik saya okay tak payah. Saya takkan exposekan diri selepas ini,"


"Nak puaskan hati mereka yang mengata, saya tak payah muncul depan TV dah. Biar "tauke" baru je yang buat kerja.


"Kita tengok adakah industri hiburan tetap meriah dan tak perlukan saya yang kena terhegeh-hegeh bercakap di atas pentas,"


BISNES MAJU,  MAHU TAUKE BARU AMBIL ALIH

Bisnes milik DS Vida kini sedang maju dan tiada masalah cuma dia hanya tauke baru sebagai orang yang boleh jalankan bisnesnya manakala DS Vida akan duduk di belakang tabir.

Justeru, Vida menggesa mana-mana individu yang berminat supaya tampil dan berunding dengan beliau mengenai perkara itu.


"Bisnes tak ada masalah, dah maju dan lancar. Cuma sekarang saya perlukan tokay baharu yang hanya perlu run bisnes saya," 

"Siapa yang nak beli saham saya tu sila tampil supaya saya boleh berehat dan anda boleh ke depan. Pembeli saham tu nanti juga mesti kena kebal macam saya,"


DIKECAM GEDIK, DATO VIDA TERLUKA

Menurut DS Vida lagi, anatar puncanya dia bertindak demikian adalah kerana kecaman orang ramai yang mempertikaikan 'kegedikannya'.

Ternyata ianya telah meninggalkan luka yang amat dalam di hatinya.

Jutawan ini  ternyata masih merajuk dan kini mengambil pendekatan untuk tidak membuat kemunculan di televisyen.

Ini komennya:

"Kutukan itu buat saya terasa sampai ke tulang hitam. Walaupun saya nampak kuat tapi saya hanyalah manusia biasa. Saya ada hati dan juga perasaan.

"Kutuk dengan kritikan yang membina tak apa, tapi kutukan itu terlalu menyakitkan. Untuk memasarkan jenama produk, saya kenalah expose diri, dengan cara itu orang akan ingat produk Qu Puteh,"


"Sebab tu sekarang saya jarang muncul di kaca TV. Lepas ni mesti ada yang kata bisnes saya tak laku, terpulanglah apa anda nak kata. Saya tak boleh halang mulut sesiapa.


"Buat masa ini saya hanya mahu banyakkan amal ibadah. Dengan cara ini sahaja mampu buatkan jiwa saya tenang,"


Itulah kenyataan panas dan terbaru dari Dato Seri Vida.

Antara rancangan terakhir yang menampilkan jutawan kosmetik ini adalah di rancangan Anugerah Bintang Popular (ABPBH) yang mana dia menjadi penaja utama.

Isu Perbualan Tak Senonoh Dengan Seorang Gadis, Ini Respon Balas Shukri Yahaya

Isu Perbualan Tak Senonoh Dengan Seorang Gadis, Ini Respon Balas Shukri Yahaya


Memang agak panas apabila seorang gadis bernama Sarah mendedahkan pelakon Shukri Yahaya cuba menggodanya.

Sarah telah memuatnaik beberapa gambar perbualannya dengan pelakon tersebut yang ternyata agak tidak senonoh.

Lihat perbualan penuh itu (DI SINI).

Akhirnya pelakon popular Shukri Yahaya tampil memberi respon tentang hal ini.

Ini komen dari Shukri Yahaya.

"Saya pun dapat tahu berita ni pagi ini. Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk ‘famouskan’ diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri.

"Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular cara pantaslah ni. Saya sikit tidak terasa dan malas nak layan.

"Stop making stupid people famous" (hentikan buat kerja bodoh untuk popular)

"Saya malas nak layan mereka, saya maafkan mereka di bulan puasa ni. Orang macam ni buat kita hilang sabar, baik tidak payah layan langsung," 

Itulah jawapan dari Shukri Yahaya yang dengan jelas menafikan perbuatan tersebut.

Shukri Yahaya menganggap perkara ini adalah remeh sahaja dan telah memaafkan mereka dan malas layan orang sebegitu.

Ini Pendedahan Perbualan Penuh Gadis Dakwa Shukri Yahaya Cuba Menggatal Dengannya

Ini Pendedahan Perbualan Penuh Gadis Dakwa Shukri Yahaya Cuba Menggatal Dengannya


Seorang wanita bernama Sarah Danielle telah mencetuskan kontroversi yang mengejutkan apabila mendedahkan seorang pelakon cuba menggodanya.

Pelakon yang dikatakan terlibat ialah aktor Shukri Yahaya, yang juga sudah mempunyai isteri bernama Tya Adnan.

Sarah Danielle memuatnaik beberapa video perbualan antaranya dengan lelaki yang dikatakan Shukri Yahaya di laman sosial miliknya.

Ini tulis Sarah:

Dah kahwin tapi gatal merenyam. Mula-mula video call mintak benda bukan-bukan. Lepastu minta macam- macam, nak ke rumah pula. 

Sakit pulak hati aku. Bukan nak burukkan. Tapi dah memag perangai buruk tak boleh nak sorok. 

Malukan nama sendiri. People expect u to be a very nice guy and a great actor di persada seni ni. But u just turn off one of ur hard fans actually. Sorry to say, I kinda dislikes u already.

Ini gambar penuhnya:






Sarah juga mendedahkan perbualan mesej di laman IG official Shukri Yahaya dan juga gambar video call dengan lelaki yang dikatakan Shukri yahaya

Ini lagi beberapa komen dari Sarah:

If i was lying then explain this. Who behind his instagram then if everything was fake. ?

U guys yang mintak so i upload. It doesnt matter u trust or not. Yang penting we both know siapa yg salah. Bulan puasa kau menipu beribu org, akhirat nanti kau sendiri yang tanggung.

Akhirnya, pelakon Shukri Yahaya juga turut memberi respon tentang hal ini.

Jom baca komen dari Shukri Yahaya tentang kontroversi ini DISINI.
Jom baca komen dari Shukri Yahaya tentang kontroversi ini DISINI.
Jom baca komen dari Shukri Yahaya tentang kontroversi ini DISINI.

Gambar Rumah Emak Aliff Syukri Terlajak Laris Yang Mewah Dan Unik


Gambar Rumah Emak Aliff Syukri Terlajak Laris Yang Mewah Dan Unik


Semalam Aliff Syukri telah berkongsi gambar rumah ibunya iaitu Rozita Ibrahim.

Pengasas kosmetik D'Herbs ini berkata dia datang ke rumah ibunya setelah ibunya memasak makanan kegemarannya.

Ini komen Aliff Syukri:

Saya anak kesayangan mak, biar masa berlalu tapi saya amat hargai detik ini sebab bahagia dan bersyukur apa yang saya pernah lalui, biar Allah yg tahu apa yg saya rasa detik dan saat ini berbanding dahulu.

Hari ni mak kesayangan saya suruh saya sekeluarga pergi rumah sebab dia masak masakan kegemaran saya dan ini saat yang paling manis yang saya impikan 


Rumah ibunya itu amat unik dengan kelihatan amat unik dan cantik dengan sentuhan tradisiona.

Di ruang komen, ramai follower memuji rumah ibu Aliff Syukri itu.

Ini gambarnya:







Pengarah Michael Ang Marah Pelakon Hero Seorang Cinderella Di Set Penggambaran

Pengarah Michael Ang Marah Pelakon Hero Seorang Cinderella Di Set Penggambaran



Kini drama Hero Seorang Cinderella sedang hangat ditayangkan di Astro.

Drama ini menggandingkan pelakon popular Fattah Amin dan juga Fazura sebagai teraju utama.

Selain itu antara pelakon lain ialah Uqasha Senrose, Zizie Izzete, Fikri Lawak Solo dan juga Aedy Ashraf.

Dalam pada itu, pengarah Michael Ang akui dia ada memarahi salah seorang pelakon hero Seorang Cinderella di set penggambaran.

Pelakon itu ialah  Fikry yang mula popular sebagai finalis Lawak Solo dan juga pengacara Gema Gegar Vaganza.

Ini komen Michael Ang:

MARAH FIKRY

“Fikry merupakan seorang pelakon pelapis yang mempunyai bakat dan boleh dibentuk. Pada awalnya, Fikry berhadapan dengan situasi sukar untuk melakonkan watak Farizzam.

“Disebabkan penggambaran drama bersiri ini berlangsung agak ‘rushing’, saya akui, saya ada termarah Fikry di lokasi tetapi semuanya berbentuk teguran dalam membaiki mutu lakonannya.

“Fikry faham dengan situasi tersebut. Dia juga pernah berkata kepada saya, jika dia ada membuat sebarang kesalahan dalam lakonan, dia minta tunjuk ajar. Sempena kedatangan Ramadan, saya ingin memohon maaf jika dia terasa.

“Fikry mula sebati dengan watak Farizzam dan bakat lakonan yang ditonjolkan juga semakin baik,”

RESPON POSITIF

“Ramai peminat memberikan respon positif selepas drama bersiri ini ditayangkan. Saya sangat bersyukur dengan sambutan baik yang diterima.


NEXT PROJEK

“Selepas ini, saya bakal mengarahkan drama bersiri terbaru berjudul Red Velvet. Menerusi drama bersiri tersebut, saya akan menggandingkan Alif Satar bersama Neelofa sebagai teraju utama,”


Drama Hero Seorang Cinderella bersiaran bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria.

Sumber: Astrogempak

Reaksi Engku Emran Apabila Ditanya Tentang Hubungan Dengan Laudya Cynthia Bella

Reaksi Engku Emran Apabila Ditanya Tentang Hubungan Dengan Laudya Cynthia Bella


Kisah hubungan antara bekas suami Erra Fazira dengan pelakon dan penyanyi popular Indonesia Laudya Cynthia Bella hangat diperkatakan.

~Baca bukti yang mengaitkan percintaan mereka (DI SINI)

Apabila kisah ini tersebar, Engku Emran dan juga Laudya Cynthia Bella hanya berdiam diri tanpa memberi sebarang statement.

Memang ramai peminat dari Malaysia dan juga Indonesia ternanti-nanti komen dari kedua-dua pihak ini.

Di Indonesia rata-rata peminat Laudya Cynthia Bella ingin mengetahui lebih lanjut tentang gosip ini dan tertanya-tanya siapakah Engku Emran.

Malah portal hiburan di sana juga mula menyiarkan identiti Engku Emran untuk dikenali ramai.

Kini pihak wartawan hiburan cuba menghungi Engku Emran namun masih tiada jawapan.

Seorang wartawan dari mStar juga ada berjumpa dengan Engku Emran dan cuba mendapatkan komen.

Namun apabila ditanya, Engku Emran hanya berdiam diri dan tidak mahu memberi komen.

Engku Emran hanya tersenyum-senyum sahaja dan berlalu pergi menaiki kereta.

Jom lihat video ini: (KLIK SINI)


Wow Tahniah!! Boy Iman Dapat Satu Lagi Anugerah Dato, Kini Dari Pahang Pula

 Wow Tahniah!! Boy Iman Dapat Satu Lagi Anugerah Dato, Kini Dari Pahang Pula



Boy Iman merupakan pelakon yang kini sudah menceburi bidang perniagaan dan hartanah.

Memang hebat perniagaan dari Boy Iman ini. Antaranya ialah syarikatnya memberi tajaan sebuah rumah banglo kepada Nassier Wahab baru-baru ini.

~Baca tajaan rumah banglo kepada Nassier Wahab DI SINI.

Boy Iman pernah menjadi popular apabila mendapat anugerah membawa pangkat Dato dari kerajaan Naning.

Kemudian, Boy Iman bergelar Doktor pula apabila mendapat ijazah kodoktoran PhD yang menjadi viral tahun lepas. (BACA SINI)

Yang terbaru, pada 24 mei yang lalu, Dato Dr Boy Iman sekali lagi menerima anugerah pingat yang membawa gelaran Dato, kali ini dari Pahang pula.

Ini komen dari Boy Iman

"Alhamdulilah, selesai sudah majlis penerimaan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang dari DYMM Sultan Pahang.

"Ianya berlangsung pagi hingga tengahari tadi (24 Mei) secara rasmi yg membawa gelaran Dato' di Istana Pahang, Kuala Lumpur. 

"Ia adalah hadiah yang amat bermakna pada hari lahir saya yg ke 37 tahun.

Boy Iman kemudian berkongsi beberapa keping gambarnya di sekitar istana.

Ini gambarnya:






Tahniah kepada Dato Dr Boy Iman. Semoga sukses selalu.

"Tiga Tahun Ada Masalah Rumah Tangga, Tak Nampak Jalan Penyelesaian" - Ezlynn

"Tiga Tahun Ada Masalah Rumah Tangga, Tak Nampak Jalan Penyelesaian" - Ezlynn



Penyanyi Ezlynn memberitahu bahawa masalah rumah tangganya bermula sejak tiga tahun yang lalu.

Namun sepanjang tiga tahun itu, perkahwinan tetap dipertahankan atas saranan mahkamah syariah.

Begitupun, selepas tempoh itu hubungan Ezlynn dan suaminya bernama Adam Fahmy tidak dapat diselamatkan susulan tiada persefahaman.


Ini pendedahan Ezlynn:

"Kemelut rumah tangga kami bermula sejak tiga tahun lalu dan akhirnya saya terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah selepas tidak nampak jalan penyelesaian.

"Kini kami mengikut saranan pihak mahkamah menjalani sesi kaunseling.


 "Saya mengunci mulut kerana menganggap ia kisah peribadi bersama suami yang tidak harus diceritakan kepada umum.

"Masih panjang sebenarnya proses ini untuk dibicarakan di mahkamah. 


"Sejujurnya memang tiada komunikasi antara kami tetapi itu tidak bermakna kami bermasam muka. Lebih baik begini,"

Ezlynn memfailkan permohonan cerai pada awal Januari lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga 21 November 2011 namun belum dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini, suaminya telah menguruskan segala aktiviti nyanyiannya kini semua dilakukan pihak lain.

"Dia Layak Dapat Perempuan Yang Lebih Baik.." - Ayda Jebat

"Dia Layak Dapat Perempuan Yang Lebih Baik.." - Ayda Jebat



Sebelum ini psangan pelakon Ayda Jebat dan Redza Rosli telah dikaitkan bersama.

Mereka berdua mula digosipkan setelah sering memuatnaik gambar bersama di laman media sosial.

Malah Ayda Jebat dan Redza Rosli juga dilihat amat akrab dan mesra.

Namun mereka berdua tidak pernah mengakui sedang bercinta.

Tentang hubungan terbaru, dilihat Ayda seperti mengatakan mereka berdua memang sudah tiada apa apab hubungan istimewa kerana mengatakan Redza lebih layak dapat perempuan lain yang lebih baik.

Ini komen Ayda:

"Mungkin kerana saya quite charming (ketawa), mungkin sebab saya friendly, still single dan berlakon dengan orang yang gandingannya juga masih single, jadi orang kaitkan kami bercinta”
 

"Apa yang boleh saya katakan, hubungan saya dengan Redza memang baik dan bagi saya dia seorang lelaki yang baik dan lebih layak mendapat perempuan yang lebih baik. 

"Bukan bermaksud saya tak baik, tapi mungkin tidak cukup baik untuknya

Sebelum ini, Ayda Jebat dikatakan rapat dengan deejay radio Era FM iaitu Radin. Ayda Jebat dan Radin beberapa kali datang ke majlis bersama.

Kemudian Ayda Jebat dikaitkan dengan Redza pula.

Fesyen Baju Raya Aliff Syukri Terlajak Laris Teruk Kena Kecam

Fesyen Baju Raya Aliff Syukri Terlajak Laris Teruk Kena Kecam


Aliff Syukri merupakan usahawan yang amat popular dan berjaya di Malaysia.

Beliau yang popular menerusi tagline "Terlajak Laris" turut amat berpengarun di laman media sosial.

Menerusi laman sosial Facebook, Aliff Syukri ada menunjukkan fesyen terbarunya iaitu baju raya tahun ini.

Baju rayanya itu memang lain dari yang lain kerana tiada lengan.

Aliff Syukri bertanya kepada para follower "Adakah baju rayanya itu smart?"

Namun di ruangan komen, banyak yang mengkritik fesyen baju raya Aliff Syukri itu.

Rata-rata tidak berkenan dengan baju raya itu kerana tiada lengan.

Ini gambar dan komen dari orang ramai:






Setelah dikecam teruk, Aliff Syukri telah memberi komen balas. Katanya salah ke fesyen baju rayanya itu sampai kena kecam teruk sebegitu rupa.

Ini respon balas Aliff: