Pengarah Michael Ang Marah Pelakon Hero Seorang Cinderella Di Set Penggambaran

Pengarah Michael Ang Marah Pelakon Hero Seorang Cinderella Di Set Penggambaran



Kini drama Hero Seorang Cinderella sedang hangat ditayangkan di Astro.

Drama ini menggandingkan pelakon popular Fattah Amin dan juga Fazura sebagai teraju utama.

Selain itu antara pelakon lain ialah Uqasha Senrose, Zizie Izzete, Fikri Lawak Solo dan juga Aedy Ashraf.

Dalam pada itu, pengarah Michael Ang akui dia ada memarahi salah seorang pelakon hero Seorang Cinderella di set penggambaran.

Pelakon itu ialah  Fikry yang mula popular sebagai finalis Lawak Solo dan juga pengacara Gema Gegar Vaganza.

Ini komen Michael Ang:

MARAH FIKRY

“Fikry merupakan seorang pelakon pelapis yang mempunyai bakat dan boleh dibentuk. Pada awalnya, Fikry berhadapan dengan situasi sukar untuk melakonkan watak Farizzam.

“Disebabkan penggambaran drama bersiri ini berlangsung agak ‘rushing’, saya akui, saya ada termarah Fikry di lokasi tetapi semuanya berbentuk teguran dalam membaiki mutu lakonannya.

“Fikry faham dengan situasi tersebut. Dia juga pernah berkata kepada saya, jika dia ada membuat sebarang kesalahan dalam lakonan, dia minta tunjuk ajar. Sempena kedatangan Ramadan, saya ingin memohon maaf jika dia terasa.

“Fikry mula sebati dengan watak Farizzam dan bakat lakonan yang ditonjolkan juga semakin baik,”

RESPON POSITIF

“Ramai peminat memberikan respon positif selepas drama bersiri ini ditayangkan. Saya sangat bersyukur dengan sambutan baik yang diterima.


NEXT PROJEK

“Selepas ini, saya bakal mengarahkan drama bersiri terbaru berjudul Red Velvet. Menerusi drama bersiri tersebut, saya akan menggandingkan Alif Satar bersama Neelofa sebagai teraju utama,”


Drama Hero Seorang Cinderella bersiaran bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria.

Sumber: Astrogempak

0 comments:

Post a Comment