Friday, June 23, 2017

Genap 45 Hari, Akhirnya Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Dedah Wajah Anak Buat Pertama Kali


Genap 45 Hari, Akhirnya Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Dedah Wajah Anak Buat Pertama Kali


Semalam genap 45 hari umur anak kepada Shaheizy Sam dan juga Syatilla Melvin yang diberi nama Syeriv Samheizy.

Penjelasan maksud nama anak Shaheizy Sam (BACA SINI)

Setelah genap 45 hari, akhirnya pasangan suami isteri popular ini buat pertama kalinya mendedahkan wajah anak lelakinya itu.

Sekeping gambar telah dimuatnaik di laman sosial Instagram milik Syeriv.

Ini captionnya:

Assalamualaikum semua!!!  Im Home!!!

Nama saya Syeriv Samheizy Bin Shaheizy Sam. Syatilla Melvin pulak nama Ibu 


Saya lahir pakai kaedah c-section pada 9 May 2017 kat KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Selangor. 

Hari ni umur saya 46 hari . Kalau rasa susah nak sebut nama saya, Bapak selalu panggil Bebiboi aje.

 Syeriv ni Bapak cakap ejaan yang lain untuk Sherif, Syarif, Sharif atau Sarip. 

Alaa, bunyinye sama aje. Macam Ahmad/Ahmet/Ahmed, eja lain tapi bunyi dan maksud tetap sama.

Tapi Samheizy ni saya tak tau maksud apa. Bapak cakap nama tu melambangkan seorang yang Handsome, Bergaya, Macho tapi Comel dan Berbau Wangi. Tapi saya tak percaya. Ibu pun tak percaya. Ibu cakap yang Bapak tak macam tu pun  *Sigh*. 

Nanti saya post lagi gambar saya manyak-manyak kat sini, ok?!

Ibu cakap ada manyak lagi gambar yang handsome2 Ibu nak share dari 1st day saya keluar. Ok, bye

P/S : BAPAK SAYA COOL!


Ini wajah Sheriv:

0 comments:

Post a Comment