Friday, June 23, 2017

Pengumuman Mengejutkan Zizie Ezette Setelah Tamat Berlakon "Hero Seorang Cinderella", Buat Ramai Kecewa

Pengumuman Mengejutkan Zizie Ezette Setelah Tamat Berlakon Drama "Hero Seorang Cinderella"



Zizie Ezette telah berehat selama 8 tahun sebelum membuat kemunculan semula pada tahun ini apabila tampil melalui drama hebat, Hero Seorang Cinderella.

SYUKUR LAKONAN DAPAT PERHATIAN

Bercerita tentang lakonannya dalam Hero Seorang Cinderella, Zizie Ezette berkata, dia amat bersyukur kerana karakternya itu mendapat perhatian dan respon yang baik daripada para penonton.

Ini komennya:

“Saya sendiri terkejut apabila karakter Puan Sri Mawar dalam drama HSC menjadi perhatian. Apa pun saya bersyukur kerana keputusan saya untuk menerima tawaran daripada Michael Ang untuk berlakon drama ini sangat tepat.

“Bayangkan selepas lapan tahun tak berlakon, tiba-tiba dapat karakter Puan Sri Mawar. Saya gembira kerana dapat menghayati watak itu seperti mana yang dikehendaki oleh pengarah,” 

PENGUMUMAN MENGEJUTKAN

Biarpun lakonannya dalam HSC menjadi fenomena, Zizie Ezette bagaimanapun telah membuat pengumuman yang agak mengejutkan.

Pelakon yang juga kakak Shaheizy Sam ini mengumumkan, dia akan berhenti berlakon untuk tempoh antara dua hingga tahun selepas berakhirnya drama itu.

Menurut Zizie, dia tidak berhajat untuk menerima apa-apa tawaran buat sementara waktu.

Bagaimanapun, Zizie enggan menjelaskan sebab mengapa dia mahu berehat seketika.

Ini komennya:

“Saya ingin berehat seketika. Nanti saya umumkan kenapa saya ambil keputusan (berhenti berlakon) ini,”

Zizie Ezette berkahwin dengan Bung Mokhtar pada 2009,dan terus berehat dari induistri seni sebelum muncul semula dalam drama Hero Seorang Cinderella (HSC).

0 comments:

Post a Comment