Wany Hasrita Buat Pendedahan Kena Usik Dengan Artis Lelaki

Wany Hasrita Kena Usik Dengan Artis Lelaki



Penyanyi sedang popular Wany Hasrita menyatakan dia kini semakin selesa bergaul dengan rakan artis yang lain.

Wany mula popular setelah lagunya berjudul Menahan Rindu meletop-letop di corong radio dan meneruskan kecemerlangan dengan lagu duet bersama Tajol.

Kedua-dua lagunya mencecah tontonan berjuta-juta di laman YouTube.

Dalam pada itu, penyanyi ini memberitahu, ada sesetengah artis terutama lelaki selalu menyakat dirinya membuatkan dia semakin terbuka menerima sebarang usikan tersebut.

Usik-mengusik, bergurau, maknanya makin mesra la Wany dengan artis lelaki.

Selain itu Wany juga menerangkan isu cinta yang selalu ditanya para wartawan dan badannya yang kelihatan semakin kurus.

Jom baca kenyataan dari Wany Hasrita:

Ini komennya:


KENA USIK

"Memang sejak dari dulu saya sering kena usik dengan mereka (artis-artis lelaki) dan saya tahu itu sekadar usikan sahaja memandangkan saya masih hijau dalam bidang ini.

"Apa-apa pun tidak saya nafikan kadang-kadang dengan cara inilah hubungan antara kami jadi lebih rapat dalam suasana santai dan saya tidak pernah ambil serius soal usik ni,"

SERING DITANYA PASAL CINTA

"Orang berhak bertanya dan buat masa sekarang apa yang boleh saya jawab, saya masih solo. Klise kan? Tetapi itulah hakikatnya.

"Kesibukan yang membataskan saya untuk memikirkan semua perkara itu buat waktu sekarang,"

BADAN MAKIN SUSUT

"Itulah, emak saya pun tegur tapi apa yang saya perasan selain berpuasa, kesibukan memenuhi jadual kerja menjadikan rutin makan saya jadi tidak menentu.


"Kadang-kadang pemakanan saya juga tiada khasiat kerana sering ke drive thru (pandu lalu) restoran makanan segera disebabkan sering berkejar ke tempat show dan penggambaran,"

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment