TERKINI: Fattah Amin Akhirnya Akui Sedang Kenali Hati Budi Fazura, Dah Jumpa Keluarga Fazura
Pasangan watak utama drama Hero Seorang Cinderella iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura kini semakin mendapat perhatian ramai.
Dalam perkembangan terkini, Fattah Amin membuat kenyataan mengejutkan ramai apabila mengakui sedang kenali hati budi Fazura.
Malah dia juga sudah bertemu dengan keluarga Fazura.
Fattah AMin menyifatkan Fazura sebagai wanita yang baik dan mempunyai perwatakan yang natural, serta mempunyai personaliti yang tidak pernah lekang dengan senyuman.
Ini komen dari Fattah:
“Terus terang buat masa ini kami senang untuk berkawan dan mula mengenal hati budi masing-masing. Saya dah jumpa keluarga Fazura begitu juga sebaliknya.
“Buat masa ini semuanya amat positif. Jadi untuk pergi jauh lagi, itu kuasa Allah. Kalau dialah jodoh saya, tidak salah untuk saya terima,”
“Dia adalah wanita yang sangat positif. Aura itu yang menyebabkan saya sedia untuk bekerjasama. Itu juga ciri-ciri wanita yang saya cari selama ini.
“Jodoh adalah rahsia Allah. Jadi sekarang ini, saya sangat senang berkawan dengan Fazura,”
Kata Fattah cinta di lokasi penggambaran harus datang secara natural.
Pelakon yang memenangi Bintang Paling Popular ABPBH ini menafikan desakan daripada kelab peminat masing-masing yang mahu mereka bercinta.
0 comments:
Post a Comment