Nama Anak Diejek, Ini Reaksi Balas Syatilla Melvin Dan Shaheizy Sam

Nama Anak Diejek, Ini Reaksi Balas Syatilla Melvin



Pasangan suami isteri Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah selamat menimang cahaya mata pertamanya baru-baru ini.

Nama anak yang dipilih ialah Syeriv Samheizy, memang unik dan lain dari yang lain.

Apabila nama anaknya diumumkan, ada orang ramai yang mempertikaikan dan mengejek nama tersebut.

Pelakon Syatilla Melvin telah memberi resopn tentang hal ini.

Baginya, dia tidak menganggap perbuatan orang ramai di laman sosial mempertikaikan nama anak lelakinya itu sebagai perkara yang serius.

Syatilla percaya ia hanyalah gurauan daripada orang ramai yang mengikuti aktiviti mereka di laman sosial.


Ini komennya:

"Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu.Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami?

"Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun yang kami mahu,” katanya.

"Sebenarnya, nama Syeriv itu sama dengan ejaan Syerif tetapi kami mengubah sedikit ejaannya dengan menukar huruf F kepada V supaya ada kelainan,"



Syatilla berkata, mereka sepakat menamakan anak sulung mereka itu dengan nama Syeriv Samheizy yang membawa maksud ‘Yang Mulia’.

Ditanya reaksi suaminya Shaheizy Sam tentang perkara itu, Syatilla berkata, suaminya juga tidak tahu-menahu tentang perkara berkenaan kerana jarang membaca komen dari followernya.

Mereka sekeluarga lebih suka perkara yang positif sahaja.

Syeriv Samheizy dilahirkan pada 9 Mei lalu dan kini berusia 45 hari.

0 comments:

Post a Comment