Ini Punca Hans Isaac Tunda Perkahwinannya Dengan Gabrielle, Sepatutnya Bulan Depan

Ini Punca Hans Isaac Tunda Perkahwinannya Dengan Gabrielle, Sepatutnya Bulan Depan



Datuk Hans Isaac telah membuat satu pengumuman tentang perkahwinannya.

Hans memberitahu dia terpaksa menunda majlis perkahwinan dengan Gabrielle Robinson yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 29 Julai ini.

Penundaan itu dibuat kerana bakal bapa mertuanya, bapa kepada Gabrielle tidak dapat pulang ke Malaysia pada tarikh berkenaan.

Dalam pada itu, Hans berkata, persiapan untuk majlis perkahwinan dengan Gabrille hampir siap sepenuhnya.

Ini pengumuman dari Hans:

"Saya terpaksa menangguhkan perkahwinan kepada tarikh lain kerana bapa Gabrielle tidak dapat datang kerana terikat dengan kontrak di Austria.

"Kami mungkin akan melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi mengikut tarikh kesesuaian dan kekosongan hotel Majestic. Buat masa ini pihak hotel belum beritahu tarikh yang ada.


"Tapi ia akan berlangsung pada tahun ini juga,"


"Semua hampir siap dan ia boleh dikatakan saya berbelanja agak mewah kerana ini merupakan masa yang paling dinantikan dalam hidup saya.


"Jadi, apa juga yang keluarga ingin lakukan saya setuju sahaja,"


Selain itu, Hans Isaac berkata dia tidak menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak untuk majlis perkahwinannya nanti.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment