Rozita Che Wan Umum Jumlah Baju Raya Tahun Ini Sebanyak 104 Pasang Baju

Rozita Che Wan Umum Jumlah Baju Raya Tahun Ini Sebanyak 104 Pasang Baju



Siapa tak kenal dengan selebriti popular Rozita Che Wan. Setiap tahun Rozita Che Wan yang mesra disapa Che Ta pasti akan menempah jumlah baju raya yang agak banyak untuk dipakai oleh beliau dan keluarga.

Tahun ini Rozita Che Wan telah mengumumkan jumlah baju raya untuk dia dan keluarga. Menurutnya, keluarga Che Ta bakal melaram denga 104 pasang baju raya.

Sememangnya satu angka yang amat banyak untuk mereka sekeluarga beraya dan bergaya sakan pada tahun ini.

Che ta juga berterus terang agar orang ramai tidak mengecamnya apabila emngetahui jumlah baju raya miliknya itu.

Kata Che Ta , dia menjelaskan bahawa sebahagian daripada baju raya berkenaan diberikan secara percuma oleh jenama pakaian Minaz.

Untuk pengetahuan anda, Che Ta merupakan duta kepada Minaz dan sibuk mempromosikan jenama berkenaan.

Ini komen Che Ta:

"Dilantik sebagai duta jenama pakaian Minaz selama setahun, saya diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. 

"Janganlah kecam saya kerana ia diberi percuma. Tahun lalu saya dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga.

Selain baju dari Minaz, Che Ta juga ada menempah 10 pasang baju raya dengan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini untuk beliau dan keluarga.

Fuh memang mantap dan cantik lah baju Che Ta, Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana dan anak-anak.

0 comments:

Post a Comment