Sayu..Ini Komen Bazli UNIC Setelah Anaknya Meninggal Dunia Akibat Kanser
Pagi ini,penyanyi nasyid dari kumpulan UNIC iaitu Bazli mengumumkan anaknya bernama Syahid telah kembali ke rahmatullah.
Kanak-kanak syurga ini meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi dari penyakit barah yang dihidapinya.
Muhammad Syahid, 3 tahun, disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 pagi, kerana menghidap barah lymphoma.
Melalui laman IG milik Bazli ini komennya:
"Anak ayah kesayangan Syahid dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid.. Anakku…
Kemudian Bazli ditemui oleh wartawan Metro untuk bertanya perasaannya apabila anak tersayang meninggal dunia.
Menurut Bazli, anaknya semakin sakit sejak akhir-akhir ini dan sering merintih kesakitan.
Ini luahan hati dari Bazli:
"Saya reda dengan pemergian Syahid kerana sebagai bapa, saya tak tahan melihat dia merintih menanggung kesakitan,"
"Walaupun saya dan isteri sedih dengan pemergiannya namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT dan dia adalah anak syurga yang akan menanti kami di sana nanti,"
Arwah Syahid adalah anak sulung daripada dua beradik
Jenazah dimandi dan dikafankan di surau kuarters HKL sebelum di bawa balik ke kediaman Bazli di Sungai Buloh.
Anak syurga ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas Zohor.
0 comments:
Post a Comment