Rumah Aliff Syukri Diserbu Jabatan Perhilitan Kerana Penderaan Kucing
Memang mengejutkan apabila kediaman Datuk Aliff Syukri telah diserbu pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jabatan Perhilitan semalam.
Ini ekoran banyak laporan diterima dari orang awam yang mendakwa Aliff Syukri telah mendera kucing eksotik miliknya.
Pihak jurucakap penguatkuasa veterinar mengesahkan perkara berkenaan dan datang memeriksa kucing bernama Dodi itu.
Ini kenyataannya:
“Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya. Malah, Datuk Aliff juga mempunyai permit yang sah untuk membeli kucing tersebut”
“Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya. Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik,”
Sementara itu, Aliff Syukri turut meluahkan rasa terkejut dengan serbuan yang dilakukan.
Dia juga terkilan kerana dituduh mendedra kucing mewah berkenaan.
Namun Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa bersyukur operasi ini dijalankan, sekaligus dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah.
Jutawan kosmetik ini berharap orang ramai supaya tidak menuduhnya sesuka hati kerana beliau sudah mencuba sedaya upaya menjinakkan kucing liar itu hingga berhabis hampir RM10 ribu.
Sumber: SinarHarian
0 comments:
Post a Comment