Mesej Goda Gadis Di Instagram Tersebar, Ini Respon Balas Selamba Dato Red Yang Mengejutkan

Mesej Goda Gadis Di Instagram Tersebar, Ini Respon Balas Selamba Dato Red Yang Mengejutkan



Suami Adira, Dato Red dikatakan kantoi menggoda wanita di Instagram apabila mesejnya terhadap seorang wanita tersebar baru-baru ini.

~Baca perbualan Dato Red dengan wanita itu DISINI.

Hari ini, Dato Red tampil memberi respon tentang isu yang hangat ini.

Ternyata Dato Red tenang hadapi kontroversi ini dan memberi respon dengan selamba sahaja.

Ini komennya tentang mesej yang tersebar:

LELAKI MEMANG GATAL

“Itulah, salah seorang staff saya ada tunjukan screenshot pasal cerita tu. Apa yang boleh saya katakan cerita itu memang benar terjadi. Saya percaya, ini mesti kerja-kerja ‘nakal’ staff saya.

“Buat pengetahuan ada dua orang staff yang memang tahu kata laluan akaun Instagram dan Facebook saya. Biasalah lelaki memang gatal, saya faham, ada masa mereka ni memang nakal sikit.


“Tetapi setelah gadis tersebut berikan gambarnya dan kami rasa ia agak tidak ada apa yang menarik jadi kami pun tidaklah panjangkan cerita dan habiskan di situ sahaja.


BUKAN GIMIK PUBLISITI

“Entahlah, bagi saya ini bukanlah gimik. Buat apa saya nak buat gimik? Lainlah kalau saya memang bercinta dengan selebriti meletop macam Neelofa barulah gimik namanya,”

SAYA RAMAH

“Saya ingin tekankan, saya memang seorang yang ramah dan suka bergurau. Saya tidak reti bagaimana untuk menjadi terlalu serius dalam sesuatu perkara. Saya suka bersembang dengan semua orang jadi saya tegur sahaja semua orang.


“Cuma isu ini berbangkit sebab saya menegur seorang gadis. Cuba kalau saya tegur seorang makcik rasa-rasa akan jadi isu tak? Mesti tiada siapa peduli kan? Tapi saya tak ambil pusing tentang isu ni kerana saya bukanlah selebriti untuk diberi perhatian. Tiada apa yang akan saya dapat daripada perkara ini,”


Itulah penjelasan dari Datop Red apabila perbualannya meminta gambar dari seorang gadis telah tersebar.

Sumber: Media Hiburan

0 comments:

Post a Comment