Akhirnya Ini Pengakuan Mira Filzah Tentang Status Hubungan Dengan Zizan Razak
Memang hubungan rapat antara Mira Filzah dan pelawak Zizan Razak diketahui umum.
Mereka berdua sering dilihat mesra bersama dan adakala sering tampil secara live melalui laman media Instagram.
Malah pernah sekali ketika Mira Filzah sedang live di Insta, Zizan razak meluahkan rasa cinta secara terbuka (LIHAT SINI )
Baru-baru ini, Mira Filzah akhirnya tampil memberitahu status terkini hubungan mereka berdua.
Mira dengan jelas mengatakan Zizan bukanlah insan yang dia cinta pada masa kini.
Ini komen Mira Filzah:
“Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu ini kerana saya lebih selesa solo. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta”
“Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang,”
Tambah Mira lagi, dia hanya lebih selesa berkawan sahaja dengan Zizan Razak.
Nampaknya pengakuan ini membuat ramai peminat Zizan dan Mira kecewa besar.
Sebelum ini ada peminat Zizan dan Mira yang menyatakan suka melihat pasanagn ini bersama dan berharap mereka mejalin hubungan cinta yang serius.
Semoga doa yang baik-baik sahaja buat mereka berdua.
0 comments:
Post a Comment