Setelah Lama Berdiam Diri, Suami Kepada Wanita Tunjuk jari Tengah Tampil Dedah Perkara Sebenar
Baru-baru ini satu rakaman video memaparkan aksi seorang wanita bertudung menunjukkan jari tengah menjadi viral di laman media sosial.
Ketiak vieo itu viral, ianya dikaitkan dengan insiden berebut parking antara dua kereta. Wanita berkenaan benar-benar marah dan membaling selipar dan menunjukkan isyarat kurang baik itu.
Orang ramai bertindak mengecam tindakan kurang sopan wanita itu dan ada pihak yang membuat trol.
Ekoran perkara berkenaan menjadi viral, suami kepada wanita berkenaan tampil bersuara menceritakan hal sebenar insiden itu.
Kejadian sebenarnya berlaku di tempat parkir kereta berhampiran tapak Bazar Ramadan di pekan Kuah, Langkawi.
Wanita berkenaan berkenaan bernama Khadijah manakala si suami bernama Jefry Sudin. Perakam video berkenaan pula bernama Ann Lim.
Jefry berkata kereta si perakam video iaitu Ann sudah terlajak ke hadapan ketika tiba di satu tempat parking.
Namun, Ann telah mendakwa parkir itu adalah miliknya dan dikatakan wanita itu melemparkan kata-kata kurang ajar yang menyebabkan isterinya, Khadijah mengamuk dan membaling kasut.
Ini komen Jefry, suami kepada wanita itu:
KISAH SEBENAR
“Sebelum kejadian itu, saya sedang memandu kereta, manakala di hadapan saya ada sebuah kereta dinaiki tiga wanita dan kami sama-sama sedang mencari ruang untuk meletak kenderaan.
“Ada satu ruang kosong, ketika itu kereta di hadapan saya sudah terlajak, jadi saya yang sempat masuk ke ruang kosong itu untuk meletak kenderaan,”
MOHON MAAF
“Dari segi itu (perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut) saya bagi pihak isteri mohon maaf dan saya pun tidak menjangkakan dia bertindak sampai begitu.
“Saya menganggap kejadian itu kecil saja dan ia menjadi tular apabila wanita yang dipercayai perakam kejadian itu memuat naik ke media sosial, sekali gus mendapat pelbagai komen orang ramai,”
Video kejadian itu yang berdurasi 42 saat telah menjadi viral ldi Malaysia.
0 comments:
Post a Comment