Salahkah Nora Danish Beraya Di Rumah Bekas Mertua

Salahkah Nora Danish Beraya Di Rumah Bekas Mertua


Pelakon Nora Danish setiap tahun pada hati raya akan menziarahi rumah bekas mertuanya, ibu bapa Jejai iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora

Bagi pelakon ini, dia tidak sesekali memutuskan silaturahim dengan bekas mertuanya malah telah menganggap mereka sebagai keluarga.

Anak Nora hasil perkahwinan dengan Jejai iaitu Putra Rayqal Ramli sangat rapat dengan datuk dan neneknya itu.

BERAYA RUMAH BEKAS MERTUA PERKARA YANG HARUS

Walaupun telah berkahwin dengan Nedim, Nora memberitahu dia akan tetap menziarahi rumah bekas mertuanya itu.

Ini  komennya:

"Menziarahi bekas mertua adalah perkara harus dibuat setiap tahun kerana saya sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri.

"Rayqal pula memang rapat dengan mereka jadi tiada sebab kenapa saya tidak boleh melawat walaupun saya sudah berpisah dengan anak mereka,"


Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nora kemudian berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu.


SAMBUTAN RAYA DENGAN NEDIM

Sebagai pasangan suami isteri baru, Nora akan menyambut hari raya dengan suaminya terlebih dulu pada tahun ini.

"Seperti kebiasaan saya akan sambut hari raya secara sederhana tetapi tahun ini ia akan jadi meriah kerana akan meraikan bersama suami.

"Kami akan berhari raya di rumah keluarga Nedim terlebih dahulu dan keluarga saya sebelum membawa Rayqal berjumpa dengan bapanya,"


Nora dan Nedim juga akan membuat open house untuk sahabat handai dan keluarga.

0 comments:

Post a Comment