Kena Sindir Dengan Neelofa Dan Nabil, Ini Respon Balas Uqasha Senrose

Kena Sindir Dengan Neelofa Dan Nabil, Ini Respon Balas Uqasha Senrose



Uqasha Senrose telah hadir ke program MeleTop baru-baru ini untuk mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella.

Ketika ditemuramah, pengacara MeleTop iaitu Nabil dan Neelofa dikatakan telah memerli dan menyindir Uqasha Senrose.

Nabil dan Neelofa dikatakan cuba pancing Uqasha tentang kontroversi lamanya, dan ada penonton mengatakan Uqasha kelihatan tidak selesa dengan perkara berkenaan.

Apabila ditanya tentang hal ini, Uqasha Senrose tampil menyatakan beliau sedikit pun tidak menyedari perkara itu.


Ini komen Uqasha Senrose:

"Sejujurnya, saya tak sedar mereka (pengacara Meletop) perli saya. Jika benar perkara itu berlaku, pada saya, ia satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan. Buat apa nak ungkit balik perkara yang sudah lama berlaku.

"Saya datang untuk buat kerja bagi mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella. Apa saja perkara negatif yang berlaku, saya tolak tepi. Mereka nak cakap apapun, cakaplah. Saya tak hairan pun. Tak perlu rasanya untuk saya balas balik kenyataan yang mereka keluarkan itu.


Kemungkinan Nabil dan Neelofa hanya bergurau dan tidak perasan dengan apa yang mereka katakan.

Tunggu penjelasan daripada pengacara MeleTop ini nanti.

Sumber:  Bharian

0 comments:

Post a Comment