(VIDEO) Kecoh Apabila Ifa Raziah Rebah Pengsan Di Set Penggambaran, Ini Keadaan Terkininya

(VIDEO) Kecoh Apabila Ifa Raziah Pengsan Di Set Penggambaran


Satu rakaman video selebriti popular Ifa Raziah jatuh pengsan menjadi viral di laman media sosial.

Sebelum penggambaran, Ifa Raziah diketahui sedang demam dan tidak sihat namun tetap meneruskankerjanya.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit itu turut kelihatan suami Ifa Raziah iaitu Mohd Yani yang berada di set penggambaran kelihatan panik merangkul isterinya yang rebah ke lantai.

Keadaan lebih kecoh apabila beberapa rakan artis Sheeda dan Ani Mayuni turut panik melihat keadaan Ifa Raziah yang 'lembik'.

Ramai yang ingin tahu apa punca dan keadaan terkini Ifa Raziah.

Apabila ditanya wartawan tentang hal itu, Ifa Raziah akhirnya tampil mendedahkan prkara sebenar.

Penyanyi ini memberitahu kejadian dia pengsan itu sebenarnya adalah 'prank' untuk suaminya bersempena sambutan hari jadi lelaki itu.

Tambahnya lagi, dia terlupa tentang hari jadi suaminya dan kejutan itu dilakukan sebagai hadiah buat suami tersayang.

Ifa akui menggunakan idea untuk pengsan kerana kebetulan dia sedang demam dan mengalami batuk akibat terlalu kuat bekerja.

Ini komennya:

"Jujur saya memang terlupa hari jadi suami sendiri dek terlalu sibuk dengan kerja, nasib baik pembantu saya ingatkan.

"Saya ingin berikan kejutan kepadanya dan dua rakan baik saya iaitu Ani Mayuni dan Sheeda memberikan idea agar saya buat-buat pengsan ketika penggambaran untuk kenakan suami.

"Memang dia gelabah apabila melihat saya rebah dan ketika itulah rakan-rakan lain membawa keluar kek untuk meraikan hari jadinya,"

"Jadual saya memang padat sejak beberapa bulan ini dan menyebabkan saya demam dan batuk kerana tidak cukup tidur.

"Ini pun saya masih tidak sihat tetapi tetap perlu bekerja dan perlu gagahkan diri malah kini berada di Pulau Pinang untuk sebuah acara.

"Sebelum ini saya memang tidak pernah pengsan dan apabila suami melihat saya rebah dia benar-benar gelabah dan hampir menangis,"

Itulah kisahnya tentang kes video viral Ifa Raziah ini.

0 comments:

Post a Comment