Tuesday, June 27, 2017

Duit Raya Anak Elly Mazlein Paling Banyak Raya Tahun Ini..Pergh Banyak Gila!!

Duit Raya Anak Elly Mazlein Paling Banyak Raya Tahun Ini



Anak Elly Mazlein iaitu Putri Sara Sefhia menerima rezeki Syawal apabila ramai yang memberinya duit raya.

Menurut Elly Mazlein, pada tahun ini anaknya menerima duit raya yang amat banyak dan sehingga kini sudah lebih dari RM3,000.

Tambah Elly Mazlein, antara pemberi duit raya anaknya ialah para peminat Elly Mazlein yang mengirimkan wang duit raya kepada Sefhia.


Ini komennya:

“Persiapan Sefhia cukup meriah sebab seronok. Raya tahun ini dia sudah besar dan faham. Dia sudah pandai tengok orang main mercun dan bunga api. Orang-orang di sekeliling pun rasa kasihan tengok dia yang tak tahu apa-apa”

“Banyak baju dia saya tempah sedondon dengan abah, malah ada yang diberi orang. Rezeki anak sangat murah hingga ada individu beri duit raya RM3,000. Itu belum masuk wang yang dikirim peminat,”

“Malah, saya rasa lebih diterima dan disayangi. Paling terasa apabila ada Sefhia sebagai pengganti mama. 


“Kalau dulu, setiap minggu saya kerap ziarah pusara mama sebab sunyi, tetapi sejak ada anak, dialah peneman hidup saya,” 

Kehadiran Sefhia itu membuatkan Elly Mazlein terasa lebih diterima ramai dan disayangi. Malah dia juga turut menyifatkan kehadiran Sefhia ibarat pengganti buat dirinya yang sudah kehilangan ibu tercinta.

0 comments:

Post a Comment