RESPECT! Fizo Omar Tak Akan Buat 'Baby Shower' Macam Artis Lain



Berita baik telah diterima oleh Fizo Omar dan isterinya Mawar Fareeda setelah Mawar disahkan sedang hamil anak pertama beberapa bulan yang lalu.

Dijangkakan, Mawar bakal melahirkan cahaya mata sulung sekitar Disember ini dan sudah tentu pelakon Fizo Omar berasa amat teruja.

Fizo Omar memang sudah tidak sabar untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa.

Kini Fizo Omar telahpun memperlahankan aktiviti seni sejak dua tahun lalu, dan dia lebih fokus kepada bidang perniagaan.

Namun begitu, Fizo Omar tetap mengambil peluan yangada untuk meluangkan masa menghadiri acara hiburan bagi mengeratkan hubungan dengan artis lain.

Pelakon ini telah hadir pada acara Anugerah Skrin 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Fizo Omar yang kini berumur 32 tahun itu sempat berkongsi keadaan isterinya, Mawar yang kini sedang sarat mengandung lapan bulan.

Fizo meluahkan rasa syukur kerana penantian bersama isteri selama empat tahun sejak mendirikan rumah tangga pada 2013 akhirnya berhasil.

Tidak seperti artis artis yang lain, Fizo Omar langsung tidak merancang untuk mengadakan majlis baby shower

Sebaliknya, bagi meraikan kehadiran cahaya mata perempuan pertamanya itu, dia lebih selesa memilih untuk mengadakan majlis doa selamat secara kecil-kecilan selain dihadiri oleh ahli keluarga terdekat termasuk mengundang pelajar tahfiz.

Jom ikuti temubual antara Fizo Omar dan portal hiburan KOSMO:

WARTAWAN: Tahniah kerana Fizo Omar kerana bakal menjadi bapa tidak lama lagi. Boleh kongsikan persiapan yang dilakukan bagi menyambut kelahiran cahaya mata pertama ini?

FIZO: Alhamdulillah, terima kasih. Syukur kerana penantian selama empat tahun kami akhirnya dikurniakan rezeki pada tahun ini. Insya-Allah pada bulan Disember ini, isteri saya akan melahirkan bayi perempuan.

Segala persiapan dilakukan secara sederhana dan tidak berlebihan. Biarpun cahaya mata pertama, saya tetap mengutamakan perkara yang menjadi keperluan bayi terlebih dahulu.

WARTAWAN: Bagaimanakah perasaan anda apabila mengetahui bakal menimang cahaya mata perempuan?

FIZO: Sekiranya bercakap soal jantina saya tidak mempunyai sebarang masalah kerana ia merupakan rezeki Tuhan.

Paling utama ialah kesihatan ibu dan anak. Saya mengharapkan agar bayi yang bakal lahir kelak sihat dan cukup sifat itu sudah cukup memadai. Harap kalian doakan yang terbaik buat kami sekeluarga.

WARTAWAN: Bercerita mengenai persiapan bayi, adakah anda dan isteri akan mengadakan majlis baby shower seperti kebanyakan selebriti lain?

FIZO: Setiap individu mempunyai pandangan berbeza. Pada saya, sempena meraikan kehadiran cahaya mata pertama ini kami sepakat untuk mengadakan majlis kesyukuran dengan menjemput pelajar tahfiz dan ahli keluarga terdekat.

Menggambarkan suatu permulaan yang baharu buat bayi kelak, saya selesa majlis dilakukan secara sederhana. Selain itu, kami juga perlu membuat persiapan daripada segi mental dan penerimaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa.

WARTAWAN: Bolehkah anda kongsikan pengalaman sepanjang tempoh awal kehamilan isteri?

FIZO: Ia suatu pengalaman luar biasa yang sentiasa membuatkan saya berasa teruja. Syukur isteri tidak mempunyai sebarang alahan mahupun mengidam sesuatu yang luar biasa.

Segalanya berjalan lancar, kesihatan isteri dan bayi juga tidak mempunyai sebarang masalah. Saya berasa gembira dan bersyukur dengan rezeki ini serta berterima kasih kepada isteri.

Disebabkan isteri tidak mengalami banyak masalah sewaktu awal kehamilan, kadangkala saya terlupa yang dia kini sedang berbadan dua.

WARTAWAN: Kebanyakan selebriti tempatan masa kini gemar membuka akaun media sosial, Instagram buat anak masing-masing. Adakah anda juga akan melakukan perkara sama?

FIZO: Sukar untuk saya beri pandangan mengenai hal tersebut kerana segalanya bergantung pada sudut pandangan masing-masing.

Secara peribadi, buat masa sekarang saya belum terfikir untuk berbuat demikian. Sekiranya ia berlaku pada masa akan datang, segala gambar yang dimuat naik hanya bertujuan untuk menyimpan kenangan indah bersama anak dan keluarga.

Tiada sebarang tujuan untuk mengkomersialkan bayi pada peringkat awal kerana saya ingin menumpukan perhatian terhadap perkembangan tumbesarannya kelak.

WARTAWAN: Beralih terhadap bidang kerjaya, bagaimanakah aktiviti seni anda sekarang?

FIZO: Tidak dinafikan sejak dua tahun lalu saya banyak fokus terhadap pengurusan perniagaan dan menjadi penceramah untuk seminar perniagaan. Sejak isteri hamil rezeki kami semakin bertambah.

Saya memang memperlahankan aktiviti seni tetapi itu bukan bermaksud melupakan terus. Buat masa ini saya masih berusaha untuk mengukuhkan kedudukan dalam bidang perniagaan.

Sekiranya tiba masa yang sesuai, insya-Allah saya akan kembali berlakon. Saya hadir ke acara hiburan seperti Anugerah Skrin bertujuan bagi mengeratkan hubungan sesama artis dan mengikuti perkembangan dunia hiburan.

Itulah temubual antara wartawan Kosmo dengan pelakon kacak Fizo Omar. Memang ramai yang dah tak sabar menanti kelahiran anak pertama Fizo Omar dan juga Mawar Fareeda ini.

Semoga segala urusan berjalan lancar. Selamat maju jaya diucapkan kepada Fizo Omar.

Sumber Temubual: Kosmo!

Pendedahan Mengejutkan, Zul Ariffin Keluar Bersama Bekas Kekasih, Gayatri Su-Lin Pillai



Ketika ini, hubungan Zul Ariffin dan pelakon jelita Zahirah Macwilson dikatakan goyah kerana isu yang melanda Zahirah Macwilson dan pelakon Kamal Adli.

Apabila kisah percintaan antara Zul Ariffin dan Zahriah MacWilson didakwa bermasalah, timbul pula kisah baru apabila ada gosip terkini melibatkan Zul Ariffin dengan bekas kekasihnya.

Dikatakan hubungan aktor itu dengan individu yang pernah dikaitkan sebelum ini kini telahpun bertaut semula.

Gosip hangat mengatakan bahawa Zul Ariffin telah kembali menyelami cinta dengan bekas kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai.

Desas desus ini mula timbul apabila pasangan ini dilihat muncul di kampung halaman Zul Ariffin di Taiping, Perak beberapa hari lalu.

Zul Ariffin terlibat dalam penggambaran filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid di sebuah hutan di Taiping.

Penerbit filem terbaru Mamat Khalid itu pula ialah Gayatri Su-Lin Pillai.

Gayatri Su-Lin Pillai dan Zul Ariffin dikatakan menghabiskan masa terluang bersama selepas peminat terserempak mereka keluar berdua.

Menerusi portal hiburan mStar, seorang saksi yang juga peminat Zul Ariffin telah menyatakan bahawa dia terlihat pasanagn ini keluar bersama.


Ini pendedahan dari seorang peminat Zul Ariffin:

"Pada mulanya saya macam tidak percaya, tapi setiap hari saya tengok drama Titian Cinta, saya yakin itu Zul tapi saya terkejut perempuan sebelah itu bukan Zahirah tapi Gayatri,"


Kata peminat itu, dia nampak Zul dan Gayatri Su-Lin Pillai di sebuah hotel keluar bersama menaiki kereta Mercedes hitam dipandu oleh Zul Ariffin.

Hotel berkenaan merupakan tempat pelakon, kru, dan pihak media yang membuat liputan tentang filem berkenaan.

Menurut mStar, tidak dapat dipastikan adakah hubungan mereka ketika ini sebagai rakan sesama industri atau merke kembali menjalin cinta.

Diimbas kembali, Zul Ariffin pernah bcinta dengan penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai pada tahun 2012.

Namun hubungan Zul dan Gayatri Su-Lin Pillai telah terputus di tengah jalan. Walaupun hubungan putus, hubungan Gayatri Su-Lin Pillai dengan keluarga Zul amat baik.

Gayatri Su-Lin Pillai pernah tampil bersama ibu Zul Ariffin dalam satu majlis.

Untuk pengetahuan, Gayatri Su-Lin Pillai merupakan seorang individu yang amat hebat dan bukan calang calang orangnya.

Banyak filem yang telah diterbitkannya dan antara yang popular ialah filem KL Menjerit, Laila Isabella, Trauma, Zombi Kampung Pisang, Anak Halal, Apokalips X, Polis Evo dan J Revolusi.

(8 GAMBAR) Wanita Pelat Mat Salleh, King Coco Selamat Lahirkan Anak Pertama..TAHNIAH!



Wanita yang menjadi viral dengan pelat Mat Salleh, King Cco pernah mencetuskan fenomena tidak lama dulu.

King Coco menajdi popular dengan sekelip mata kerana pelat yang dimilikinya amat berlainan dari percakapan biasa.

Wanita ini kemudian akui mepunyai beberapa kacukan atau mix dari beberapa keturunan.

Nama King Coco semakin menjadi bualan hangat apabila berkahwin dengan isteri kedua kepada seorang lelaki bernama Kapten Azrin.

Memang teruk King Coco dikecam orang ramai yang menuduh pelat nya itu dibuat-buat. Kecaman yang diterima semakin menajdi jadi setelah dia berkahwin dengan suami orang.

Masa berlalu dengan pantas, nama King Coco mula suram dan semain tenggelam.

King Coco juga mengesahkan dia telah hamil anak pertama dengan suaminya itu.

Setelah 9 bulan mengandung, akhirnya semalam King Coco telah selamat melahirkan anak pertamanya.

Instafamous yang mempunyai hampir setengah juta follower ini, selamt melahirkan bayi lelaki di hospital Gleneagles, Kuala Lumpur kira kira jam 5 setengah petang.

King Coco ada memuatnaik video di laman media sosialnya tentang keadaan terkininya.

Ini videonya:


Kemudian, suami King Coco, Kapten Azrin pula mengesahkan perkara berkenaan di laman media sosial miliknya.

Ini tulis Kapten Azrin:

"Alhamdulillah isteri saya Marshaira Binti Ismail baru saya melahirkan bayi lelaki seberat 3.63kg lebih kurang pukul 5:29 petang di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. Terima Kasih diatas doa kedua-dua ibubapa kami, adik beradik, saudara-mara serta rakan-rakan yang kami kasihi semuanya. Semoga dengan kelahiran ini membawa seribu berkah dan rahmat kepada semuanya. Doakan agar besar nanti menjadi anak yang soleh. Amin."

Ini beberapa gambar terkini King Coco dan anaknya:









EKSKLUSIF: Johan Tak Sengaja Dedahkan Ozlynn Kini Sedang Hamil?



Ketika ini memang banyak artis di Malaysia atau pasangan artis sedang hamil dan menanti kelahiran anak.

Antaranya ialah Siti Nurhaliza, Jihan Muse, Ramona Zam Zam, Mawar Fareeda isteri Fizo Omar dan ramai lagi.

Ini satu lagi berita terbaru artis yang dikatakan sedang mengandung. Kali ini ianya merupakan spekulasi hangat yang sedang melanda pasangan pelakon popular malaysia.

Artis berkenaan ialah pelakon jelita yang juga finalis Super Spontan, Ozlynn iaitu isteri kepada pelawak popular Johan Raja Lawak.

Berita Ozlynn dikatakan kononnya sedang mengandung mula menjadi buah mulut apabila satu video dimuatnaik di laman Instagram milik Ozlynn dan Johan.

Menerusi video itu, Johan dan anak-anak dilihat menolong Ozlynn mengemas depan rumah. Anaknya menyusun selipar dan kasut manakala Johan dilihat sedang menyapu halaman rumah.

Ini tulis Ozlynn:

"Baru la namanya kerjasama.. mama kat dalam lipat baju lagi sebakul.. korang anak beranak kemas luar.. tunggu abang Ariq balik sekolah satgi.. giliran dia sapu rumah pulak.. nanti mama mop lantai.. nih nak panaskan lauk jap.. untuk ustaz dengan ummi.. bebudak ada kelas ngaji.. terus terang cakap.. kadang kami bebel jugak baru dorg bergerak.. tapi yang bagusnya bila dengar jek terus gerak... mungkin tak sanggup nak dengar kot. Mama sayang kamu semua."

Namun yang menarik nya di dalam video itu, Johan seperti telah bocorkan satu rahsia.

Ini kata Johan:

"Mengenangkan je ni..dorang dah tahu belum?"

Kemudian nya Ozlynn menjawab, dan menyuruh Johan diam tentang hal tersebut. Ekoran itu ramai beranggapan, 'mengenang' maksud Johan itu ialah mengenangkan Ozlynn mengandung.

Sebab itu Johan tanya, dorang dah tahu belum. Mungkin mereka masih belum ingin membuat kenyataan kerana usia kandungan masih awal.

Ini video nya:


Di ruang komen memang ramai yang menulis spekulasi Ozlynn mengandung dan bertanya kepada pasangan ini.

Ini antara komennya:


Sehingga kini pasangan ini memang tiada membuat sebarang kenyataan tentang hal ini. perkara ini masih lagi menajdi buah mulut dikalangan follower IG Ozlynn dan Johan.

Kita tunggu sahaja, nanti sudah pasti mereka akan membuat kenyataan tentang isu ini.

Akhirnya Ini Luahan Hati Ferhad Setelah Disingkirkan Dari Gegar Vaganza



Ahad minggu lepas telah berlangsung minggu kedua Gegar Vaganza musim keempat. 12 bintang beraksi pada malam itu dengan tema "Sekali Dengar Melekat".

Akhirnya, satu kejutan telah berlaku apabila bintang Gegar Vanganza 4 (GV4) berasal dari Singapura iaitu Ferhad dimumkan tersingkir pada malam itu.

Apabila berbicara tentang menjadi peserta pertama tersingkir, Ferhad berkata menjadi orang pertama yang kecundang bukanlah satu pengakhiran sebaliknya tanda permulaan untuk membuat kemunculan semula atau come back dalam dunia nyanyian.

Kenyataan itu diberi oleh Ferhad menerusi satu entri terbaru di laman media sosial akaun Instagram (IG) miliknya yang dimuat naik semalam.

Entri tersebut turut disertakan dengan imej bergambar yang memberikan kata-kata semangat bertulis:

'You only fail when you stop trying'
'Anda hanya akan gagal sekiranya anda berhenti mencuba'.

Ferhad juga turut mengucapkan rasa terima kasih kepada para peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.

Ini caption Ferhad:

"Thanks for the all the support n kind messages... Insyallah every end is a new beginning.."

Ini fotonya:


Ekoran posting tersebut, para follower dan peminat Ferhad meminta penyanyi berkenaan terus kuat dan juga memohon supaya Ferhad tidak mengalah.

Para peminat juga berharap agar penyanyi itu membuat kemunculan semula tidak lama lagi.

Ini antara komen dari para peminat setia Ferhad:

"Tak mengapa Ferhad, kalau bukan di GV4 pasti rezekinya di tempat lain,” - @m0nal3a_ismail

"Ferhad tolong jangan mengalah! Saya peminat setia awak, Ferhad pls dont gv up. ! Im your loyal fan!" - @nabilahkashogy

"Saya tetap support awak! Mungkin taka da rezeki di GV4 tetapi awak tetap yang
terbaik,” -@missaisyah17.

"Always support Mr Ferhad..." @dapur_molek 

"You still the best bro! Suara unik" @nazrinzz

"Love ur voice you're much much better than some of them it's just unfair" @ __nurulnina

Pada malam itu, Ferhad menyampaikan lagu nyanyian asal Cakra Khan berjudul Harus Terpisah menjadi bintang pertama tersingkir selepas mendapat markah terendah iaitu 52.5 %.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu kedudukan penuh konsert kedua GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, sebentar tadi (malam Ahad).

Di bawah merupakan markah yang berjaya diperolehi oleh 12 bintang mengikut susunan markah paling tinggi:

1. Liza Hanim - 83.3 %

2. Haida - 72.9 %

3. Hazami - 71.9 %

4. Syura - 67.3 %

5. Aishah - 67.3 %

6. Tia Jinbara - 66.8 %

7. Lan Kristal - 64.5 %

8. Aqasha - 63.4 %

9. Firman - 67.3%

10. Elyana - 62.8 %

11. Raja Azura - 61 %

12. Ferhad - 52.5 %


GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Gegar Vaganza merupakan rancangan realiti paling hangat sejak beberapa tahun ini. Antara yang menyerlah kembali selepas Gegar Vaganza ialah Siti Nordiana, Zarul Umbrella, Farahdhia, Azharina dan ramai lagi.

"Kemenangan ini bukti saya tidak bersalah.." Datin Maria Farida



Pelakon Datin Maria Farida telah berkahwin dengan Datuk Rahman Shakur pada November 2015 dan mencetus beberapa kontroversi dengan bekas isteri Datuk Rahman Shakur.

Setelah berkahwin bekas isteri suaminya iaitu Karen Rahman atau nama penuhnya Hadijah Mokhtar telah berperang di laman media.

Telah berlaku sedikit perbalahan antara Maria Farida dan Karen Rahman menyebabkan tindakan mahkamah diambil.

Hari ini, melalui laporan mStar, Maria Farida akhirnya mampu menarik nafas lega apabila memperoleh kemenangan terhadap saman fitnah yang difailkan terhadap bekas isteri suaminya itu.

Maria Farida berkata, derita selama dua tahun difitnah wanita tersebut akhirnya terbayar sekali gus dapat membersihkan namanya yang tercalar dengan pelbagai tohmahan sebelum ini.

Ini kenyataan Maria Farida (via mStar)

"Sepanjang dua tahun saya dan keluarga menerima pelbagai fitnah daripadanya sehingga ia meninggalkan kesan mendalam pada diri saya.

"Ramai memandang serong terhadap saya gara-gara fitnah yang dilakukannya dan kemenangan ini bukti saya tidak bersalah.

"Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya dan berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan tanpa sebarang gangguan selepas ini,"

Maria Farida turut berkongsi tentang keputusan mahkamah itu di laman media sosial Instagram miliknya.

Ini perkongsian Maria Farida:



Maria Farida memberitahu keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Maria Farida memberitahu dia akan mengemukan tuntutan ganti rugi terhadap Karen Rahman dan dokumentasi mengenai perkara itu sedang diuruskan oleh pihak peguamnya.

Dalam pada itu, Maria Farida menambah, pihak mahkamah juga memerintahkan Karen Rahman menjalani hukuman penjara selama dua minggu selepas dia tidak mengendahkan notis supaya menghadiri perbicaraan.

Kata Maria Farida, dia berharap hukuman dan keputusan dikeluarkan mahkamah menjadi pengajaran kepada wanita itu dan tidak lagi menggangu hidupnya selepas ini.

Ini pendedahan Maria Farida lagi:

"Jika benar saya salah mengapa dia takut untuk datang ke mahkamah? Akibat kedegilannya itu mahkamah memerintahkan dia dipenjarakan selama dua minggu.

"Keputusan hari ini juga membuktikan siapa salah dan sebaliknya. Saya benar-benar berharap dia tidak mengulangi perbuatannya dan belajar daripada kesilapan,"

Sebelum ini, Maria mendakwa Hadijah atau lebih dikenali sebagai Karen Rahman secara berterusan membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadapnya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Wanita itu mendakwa Maria Farida menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Datuk Rahman Shakur.

Sementara itu Karen juga didakwa turut membuat tuduhan Maria Farida memukul anaknya iaitu Qalif ketika Maria menjaga anaknya itu.

Sumber: mStar

Seriously Apa Korang Nak!! - Uqasha Senrose Mengamuk Digelar Gemuk Secara Live


Pelakon jelita Uqasha Senrose menjadi tumpuan di Anugerah Skrin 2017.

Uqasha Senrose dilihat hadir bersama kekasih hatinya iaitu pengacara Muzik-Muzik Hefny Sahad. Mereka berdua kelihatan secocok bersama.

Penampilan Uqasha Senrose di majlis itu hangat diperkatakan kerana pelakon ini dilihat agak berisi dan juga wajah lah kelihatan tua.

Selain itu, baju yang dipakai oleh Uqasha Senrose juga dikecam keraan tidak cantik dan disamakan seperti langsir rumah.

Setelah dikecam hebat, Uqasha Senrose dilihat ada memberi respon balas tentang hal ini.

Menerusi satu video, Uqasha Senrose dilihat kecewa dengan komen negatif yang dilontarkan kepadanya.

Uqasha Senrose memeprsoalkan komen orang ramai yang suka menghina dan mengutuk fizikal seseorang.

Bagi Uqasha Senrose perbuatan ini tidak bagus.

Ini komen Uqasha Senrose:

"Sha nak cakaplah sikit, dulu masa Sha tengah kurus semua cakap ooh kurus lah, cengkunglah, takde isi lah, tak ada tulang lah. Tak ada beza Sha dengan tiang lampu.

"Tapi bila Sha naikkan berat Sha, ada komen gemuk la , nampak tua la, macam mak orang anak tiga lah..

"Seriously apa yang korang nak? As long as i am happy! I'm happy. tak kisahlah gemuk ke kurus ke. Tak baik tau cakap orang gemuk ke, kurus sangat ke, not good. Korang nak apa sebenarnya cuba bagitahu..

Ini videonya:


 Itulah komen dari Uqasha Senrose. Pelakon dari Kelantan ini merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose. Uqasha popular menerusi drama Tundukkan Playboy Itu dan juga Hero Seorang Cinderella.

"Saya Patah Semangat, Dah Tak Mahu Menyanyi.." Stacy Akui Segalanya Berubah Selepas Bersalin


Penyanyi popular dari Sabah, Stacy memang terkenal dengan suara yang sedap dan tarian yang tangkas.

Stacy telah menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin dengan rakan artis, Akim Ahmad pada 5 Februari 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah.

Pasangan penyanyi yang bakat kedua dua mereka dicungkil dari pentas Akademi Fantasia ini, telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 17 Februari lalu.

Namun selepas berehat panjang kerana bersalin anak pertama, segalanya berubah.


Stacy sendiri membuat kenyataan, akui berasa patah semangat apabila tidak mendapat semula suaranya untuk menyanyi selepas bersalin.

Stacy berkata, perkara berkenaan dilalui hampir tujuh bulan sehingga dia telah menolak beberapa tawaran persembahan nyanyian.

Ini komen Stacy tentang isu ini:

"Hampir setahun lebih saya berehat membuatkan suara saya hilang, saya tidak boleh nyanyi, saya sangka ia adalah kesan kerana baru lepas bersalin.

"Saya betul-betul patah semangat hingga rasa tidak mahu menyanyi. Tapi bila saya fikir positif dan cuba pergi ke gimnasium untuk mencari stamina suara itu kembali semula,"

Jumaat lalu, Stacy kembali bertenaga dan menemui semangatnya semula dan telah membuat persembahan di Anugerah Skrin 2017, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Imbas kembali keadaannya yang hilang semangat, Stacy berkata, dia pernah memberitahu suaminya penyanyi Akim Ahmad bahawa dia ingin berundur dari industri disebabkan masalah itu.

Bagaimanapun, Akim menasihatkan supaya Stacy bersabar dan membeli set karaoke untuk dia berlatih.

Ini pendedahan Stacy:

"Sampai satu tahap saya cakap dengan Akim biar dia sahaja yang cari makan kerana saya sudah tidak boleh menyanyi.

"Mana tidaknya suara saya jadi seperti suara lelaki dan tidak sampai untuk menyanyi nada tinggi,"

Dengan usaha yang keras, Stacy kini dalam proses mengembalikan suara dan rentak tariannya seperti sebelum bersalin.

"Alhamdulilah, suara saya sedikit demi sedikit kembali tapi saya perlu lebih banyak berlatih. Begitu juga tarian, sekarang saya rasa semput untuk menari tidak seperti dahulu,"

Stacy kini telah tampil dengan lagu baru berjudul Cakap Ke Tangan, merupakan lagu rancak dan catchy.

Semoga Stacy kembali kuat semangat! Bakat Stacy memang rare dan amat hebat!

Sumber: mStar


Follower Mulut Longkang Hina Wajah Isteri Izzue Islam, Samakan Isterinya Macam Lelaki



Siapa yang tak kenal dengan penyanyi dan pelakon kacak Izzue Islam yang merupakan salah seorang anggota kumpulan nyanyian popular, Forteen.

Untuk pengetahuan, Izzue Islam telah berkahwin dengan seorang wanita yang dikenalinya sebelum popular lagi iaitu Awin.

Setealh berkahwin, Awin kini merupakan manager kepada Izzue Islam sendiri, baguslah begitu kan, segala urusan boleh dibuat bersama.

Namun sejak berkahwin, ada sahaja haters yang mengecam isterinya ini. Paling ketara kecaman dan hinaan yang dilontarkan kepada Awin hanya kerana wanita ini lebih berumur dan dikataakn tidak sesuai dengan Izzue Islam.

Mungkin mereka yang mengutuk ini ingat mereka cantik atau kacak sangat, atau mungkin mereka jealous dengan kebahagiaan yang dipaparkan Izzue Islam dan isterinya itu.

Yang terbaru, ketika bercuti di Aman, Jordan, sekali lagi Awin menerima nasib yang sama.

Seperti biasa, Izzue Islam akan berkongsi gambar bersama isterinya itu. Namun ada seorang follower mengecam isterinya dan menyamakannya dengan seorang lelaki.

Kemudian  Izzue sendiri memberi respon dengan mengatakan apa lah yang follower itu merepek!

Ini tulis follower itu dan juga respon Izzue Islam:




Selain itu ada juga menyamakan Awin seperti ibu kepada Izzue Islam.


Semoga Izzue islam dan isteri tabah dengan komen panas para haters ini. Memang mereka jealous dengan kebahagiaan Izzue Islam dan isteri.

Penonton Gegar Vaganza Luah Rasa Tak Puas Hati Ferhad Tersingkir, Patutnya Raja Azura!


Rancangan realiti Gegar Vaganza merupakan pertandingan realiti yang ditunggu-tunggu ramai dan mencetuskan fenomenan tersendiri. Semalam telah berlangsung konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim ke empat.

Rancangan ini boleh ditonton di Astro Ria setiap hari Ahad jam 9 malam.

12 peserta terdiri dari penyanyi profesional telah bertanding pada minggu kedua ini setelah tiada penyingkiran berlaku pada minggu pertama.

Tema yang ditetapkan pada minggu ini ialah 'Sekali Dengar Melakat'.

Ini keputusan untuk minggu kedua Gegar Vaganza:

GV4 Minggu Kedua

1. Liza Hanim : Aku Hanya Pendatang (Fransisca Peter)
2. Haida : Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff)
3. Hazami : Setengah Mati Merindu (Judika)
4. Syura :Ku Pendam Sebuah Duka (Khadijah Ibrahim)
5. Aishah :Dingin (Ziana Zain)
6. Tia Jinbara :Cenderawasih (Kris)
7. Lan Kristal :Karam (Zabarjad)
8. Aqasha :Aku (Jamal Abdillah)
9. Firman :Rindu Serindu-Rindunya (Spoon)
10. Elyana : Masih Cinta (Kotak)
11. Raja Azura : Apa Yang Ku Cari (Endang S. Taurina)
12. Ferhad : Harus Terpisah (Cakra Khan)

Nampaknya pada minggu ini, Liza Hanim menungguli carta peserta dengan nyanyiannya yang ternyata hebat.

Namun ada berita mengejutkan apabila Ferhad tersingkir pada minggu pertama dan Raja Azura telah terselamat.

Ternyata keputusan ini membuatkan ada penonton terkejut. Ada penonton terus meluahkan rasa tak puashati di laman media sosial.

Ini antara komen dari penonton yang tidak berpuashati.

Jom baca:





Buat Pertama Kali, Akhirnya Uqasha Senrose Buat Pendedahan Tentang Hubungan Dengan Hefny Sahad


Sebelum ini, pengacara Hefny Sahad telah membuat kenyataan bahawa Uqasha Senrose merupakan kekasih hatinya. tetapi memang tiada respon balas dari Uqasha tenatng hal ini.

Ramai yang amhu tahu, apa pula komen Uqasha Senrose tentang hubungannya dengan Hefny Sahad.

Akhirnya, pelakon popular berasal dari Kelantan ini membuka mulut tentang isu ini.

Uqasha Senrose akhirnya mengaku bahawa Hefny Sahad merupakan kekasih hatinya dan teman paling istimewa buat dirinya.

Malah Uqasha Senrose juga mengejutkan ramai dengan berkongsi berita gembira bakal bertunang dengan pelakon Hefny Sahad.

Pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, setelah bercinta lebih setahun, dia sudah bersedia meneruskan hubungan ke fasa yang lebih serius.

Ini kenyataan dari Uqasha Senrose:

"Saya tidak pernah mengaku secara terbuka mengenai hubungan saya dengan mana-mana lelaki sebelum ini.

"Buat pertama kalinya ini saya mengaku sedang bercinta dan bahagia dengan Hefny. Apa yang boleh saya kata, kami serius dalam perhubungan ini,"

Namun,  kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini akan memaklumkan tarikh sebenar majlis pertunangan mereka kelak, masih belum ditetapkan lagi.

Uqasha Senrose berkata demikian ketika ditemui di majlis Anugerah Skrin 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Pasangan ini hadir bersama di ASK 2017 itu.

Terdahulu, Hefny pernah  mengakui Uqasha merupakan wanita paling rapat dengannya dan pernah mendedahkan mereka sedang dalam perancangan ke fasa perhubungan lebih serius.

Ini komen Hefny sebelum ini:

"Boleh dikatakan dia seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Malah, Uqasha juga seorang gadis yang menyenangkan.

"Insya-Allah, doakan yang terbaik buat kami,"

Semoga pasangan ini sentiasa bahagia. Memang secocok nampaknya melihat mereka berdua ini bersama. Ramai yang tak sabar melihat pasangan ini disatukan dengan ikatakan yang sah.


Seorang Lagi Wanita Bengang Dengan Perangai Shahir, Dedah Perbualan Whatsapp



Sekali lagi kontroversi mengaitkan penyanyi yang juga bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 iaitu Shahir Zawawi.

Jika sebelum ini nama Shahir menjadi sebutan dengan kontroversi Mona Syamimi, kali ini Shahir terlibat dengan isu hutang dengan seorang wanita.

Seorang wanita bernama Ain mendedahkan sikakp Shahir yang dikatakan tidak membayar hutang sejak sekian lama.

Ain juga kecewa dengan perangai Shahir sehingga meluah perasaan di laman media FB miliknya baru-baru ni.

Ini luahannya:

LUAHAN PERTAMA

Untuk kesekian kalinya
Lebih dari 50kali melanggar janji
Semoga Allah MUDAHKAN URUSAN KAU DAN KELUARGA ENGKAU!

Mudahkan urusan orang supaya lebih mudah kehidupan kelak

Terima kasih ahmad shahir bin zawawi atas kebangsatan kau buat. Janji sampah kau boleh pegi kutip buang lautan hindi

Kerana keyakinan diri aku sangat tinggi dengan Allah. Semoga Allah gandakan rezeki kau berganda dan tak menyusahkan orang lain kelak

Perjanjian kita walau antara satu nyawa yang pergi dahulu, hutang tetap dilunaskan oleh wakil keluarga

Selamat terbang tinggi dan tidak menyusahkan orang lain lepas ni

Ps:khas yang baik hati nak tlg shahir tolong sediakan cash cheque pastikan bukan cek tendang atau cek bermasalah dan cek hujung minggu atau public holiday yang menyusahkan orang





LUAHAN KEDUA

Tapi syaitan bertopengkan manusia boleh jadi sama seperti spesis yang tertera membunuh sifat sabar manusia yang sedaya upaya cuba bersabar

Kewarasan akal manusia bila aku paling waras bertolak ansur selama lebih 2 tahun

merompak kestabilan emosi manusia umpama kau sorang jela ada masalah yang kena selesai dan propa tak sudah

serta menyamun dalam sedar kepercayaan yang diberi

Paling pengecut dan bangang aku jumpa




LUAHAN KETIGA

Kaki sembang
Kaki propa
Penipu


Kita tunggu kenyataan dari Shahir tentang isu ini pula. Sudah tentu ada penjelasan dari pihak Shahir tentang hal ini.

Ini Respon Balas Uqasha Senrose Selepas Dikutuk Semakin Gemuk Dan Buruk



Pelakon jelita Uqasha Senrose menjadi bahan bualan semalam.

Kehadirannya di Anugerah Skrin 2017 nampaknya menjadi kritikan orang ramai.

Penampilan dan baju yang dikenakan Uqasha Senrose teruk dikritik di laman media sosial.

Uqasha Senrose dikatakan semakin gemuk malah baju yang dipakainya dikatakan amat buruk.

Gaun nya itu juga disamakan seperti kain langsir rumah yang tidak siap.

Ada juga peminat yang menyatakan rasa rindu dengan Uqasha Senrose yang lama ketika bertudung, nampak lebih cantik dan manis.

Memang bertalu-talu Uqasha Senrose dikecam para netizen terutama nya para haters.

Terkesan dengan komen negatif dan kritikan orang ramai terhadapnya, Uqasha Senrose tampil memberi komen balas di laman media sosial.

Uqasha Senrose menyatakan dia tidak kisah dikecam sebegitu asalkan dia kini sedang gembira.

Ini kenyataan Uqasha Senrose:

"Kata la nak kata apa pun GEMUK ke BURUK ke as long as I'm HAPPY !"

Ini fotonya:


Uqasha Senrose kemudian bertindak membuang semua komen dan menutup ruang komen di tiga keping gambarnya yang dikecam teruk.

Pelakon jelita ini kini berumur 25 tahun dan berasal dari Kelantan.

Uqasha Senrose dilahirkan pada 6 Julai 1992 di Kota Bahru dan merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik.

Dia merupakan kekak kepada pelakon popular  Nelydia Senrose dan bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose.

Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Uqasha Senrose mrupakan pramugari di AirAsia.