Ini Kenyataan Terbaru Yang Dibuat Pagi Tadi, Sebelum Fazura Dan Fattah Amin Ke Mekah



Kini sedang kecoh dan hangat diperkatakan tentang dakwaan bahawa pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sudah bernikah malam tadi.

Ramai yang tertanya-tanya apatah lagi setelah pasangan ini dilihat hanya mengambil pendekatan berdiam diri.

Akhirnya satu kenyataan yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai terutama para peminat, telah dikeluarkan oleh pihak Fazura dan Fattah Amin tentang isu ini.

Kenyataan ini dibuat pagi tadi sebelum mereka berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah.

Dari kenyataan itu, segalanya akan terjawab apabila pasangan itu berjanji untuk mengadakan sidang media selepas pulang daripada mengerjakan Umrah nanti.

Menerusi satu kenyataan dari pihak pasangan ini,  Fattah Amin dan Fazura akan mengadakan sidang media pada 23 November ini namun tidak dinyatakan tujuan mereka berbuat demikian tidak diberitahu.

Dipercayai sidang media itu berhubung rapat dengan pelbagai spekulasi yang melanda mereka sejak akhir-akhir ini.

Ini kenyataan terbaru yang dibuat pagi tadi:

"Dengan rendah hati, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan wartawan dan para peminat semoga Umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

"Insya-Allah, berikutan dari perkara ini pihak Fattah Amin dan Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November.


"Lokasi dan masa sidang media ini akan kami kongsikan dalam waktu terdekat ini,"

"Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.


"Terima kasih atas doa-doa kalian dan Insya-Allah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur," 


Itulah kenyataan dari pihak Fazura dan juga Fattah Amin. Memang ramai tak sabar nak tahu apa status sebenar mereka berdua ini.

Pemergian pasangan ini ke kota suci itu bersama ahli keluarga masing-masing dan mereka sekeluarga telah berlepas ke Mekah pada pagi tadi.


Sumber: mStar

Pelakon Popular Hamilkan Kekasih.. Jom Baca Pendedahan Wanita Berkenaan



Ini satu kisah yang agak mengejutkan dan penuh kontroversi tentang seorang pelakon lelaki popular tanah air.

Seorang wanita yang merupakan bekas kekasihnya, telah membuka mulut dan membuat pendedahan mengejutkan bahawa pelakon ini telah menghamilkannya.

Wanita itu menegaskan bahawa pelakon popular tanah air merupakan bapa kepada anak yang dilahirkannya.

Namun, pelakon lelaki ini yang bersikap lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab selepas menghamilkan seorang wanita sehingga melahirkan seorang zuriat.

Wanita tersebut ternyata kecewa apabila pelakon berkenaan bertindak melarikan diri dan enggan bertanggungjawab dengan perkara yang berlaku.

Oleh kerana gagal menghubungi pelakon itu, wanita ini akhirnya terpaksa mencari pihak media untuk mendedahkan hal ini supaya pelakon itu bertanggungjawab dengan perbuatannya.

Ini pendedahan dari wanita yang berumur 20an itu:

BERCINTA 4 TAHUN LEPAS

Wanita ini mendedahkan dia dan pelakon itu mula bercinta pada 4 tahun yang lalu namun telah terputus.

Ini komennya:

"Kami pernah bercinta empat tahun lepas, dia pernah datang dan bermalam di rumah keluarga saya, tapi hubungan kami putus sehingga bertemu kembali awal tahun ini.

AJAK TIDUR DI PD

Pelakon berkenaan telah merancangan untuk tidur bersama wanita itu di Port Dickson. Rancangan itu kemudian berjalan dan dilaksanakan.

"Kami bertemu semula melalui aplikasi Bigo dan dia ajak jumpa dan makan malam bersama. Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson dan ketika itu saya dalam keadaan subur,"

CUBA BERITAHU

Wanita itu ada menghubunginya memberitahu dia telah hamil anak pelakon itu. Setelah mengetahui hal itu, pelakon berkenaan telah block dan terus menghilang.

"Saya beritahu dia saya sedang hamil tapi dia hanya baca mesej dan tidak menjawabnya. Tetapi kekasihnya pula menyerang saya dan bertanya apa hubungan kami.

MAHU BUAT DNA

Untuk memastikan bahawa pelakon itu bapa kepad anaknya, wanita ini mahu membuat ujian DNA.

"Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat DNA (ujian asid deoksiribonukleik) sama ada bayi ini anak dia atau bukan,"

MAHU LELAKI ITU BERTANGGUNGJAWAB

Wanita berkenaan berkata, pelakon itu sepatutnya membayar kos pemeriksaan kandungan itu sepanjang sembilan bulan dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Ini komennya:

"Saya tidak mahu apa pun, saya tidak berniat nak suruh dia jaga bayi ini atau kahwin dengan dia.

"Saya mahu dia bertanggungjawab sedikit, sekurang-kurangnya bayar bil pemeriksaan kandungan saya di hospital swasta.

"Sepanjang sembilan bulan itu saya terpaksa ke hospital swasta kerana berasa malu,"

JAGA ANAK DENGAN BAIK

tentang anak, wanita tersebut berkata, dia sudah menguruskan pendaftaran bayi berkenaan dan akan menjaga anak tersebut dengan baik.

"Saya akan jaga sendiri anak ini walau dalam keadaan saya susah sekalipun. Saya bersyukur ibu-bapa saya dapat menerima saya dan bayi ini dengan baik. Cuma sehingga kini saya simpan rahsia siapa bapa kepada bayi ini, biarlah saya sahaja yang tahu,"

Sehubungan itu wanita tersebut merayu agar pelakon lelaki kegilaan ramai ini menghubunginya segera untuk menyelesaikan kes mereka dengan baik.

Ini antara perbualan whatsapp


Persoalannya, siapakah pelakon popular ini? Jeng jeng jeng..

Sumber: mStar

Fattah Amin Dan Fazura Nikah Semalam, Ini 3 Spekulasi Perkara Sebenar Yang Berlaku..



Memang agak kecoh semalam apabila ada berita mengatakan pasangan pelakon popular Fazura dan Fattah Amin dikhabarkan telah bernikah semalam.

Banyak ura-ura mengatakan satu majlis 'rahsia' telah diadakan di rumah nenek Fazura malam tadi.

Apabila pihak wartawan hadir ke destinasi itu, memang ada khemah dengan hiasan seperti majlis kahwin, keluarga pihak lelaki dan perempuan hadir, malah rakan baik dan pengurus juga hadir.

Kehadiran keluarga dan teman rapat pasangan ini sekali gus menimbulkan tanda tanya majlis apakah yang berlangsung itu?

Namun, setelah menyedari kehadiran wartawan, adik serta pembantu peribadi Fazura mengawal ketat laluan masuk ke kediaman itu, malah menutup pintu pagar.

Setiap kereta yang lalu ditahan sebelum dibenarkan masuk. Berkemungkinan ia bagi memastikan tetamu yang hadir berada dalam senarai jemputan.

Apabila dihubungi, rakan baik dan pengurus pasangan pelakon ini tidak mahu menceritakan apa yang berlaku dan majlis apa yang sedang berlangsung.

Sementara itu, pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau dikenali sebagai Acha enggan mengulas lanjut mengenai berita khabarnya pelakon itu telah berkahwin semalam.

Ini komen Acha:

"Nantikan saja sekiranya ada pengumuman dan kenyataan rasmi daripada pihak Fattah,".

"Sejak semalam, saya menerima beratus panggilan telefon mengenai hal ini. Sekarang, kami sedang berkemas barang keperluan untuk mengerjakan umrah,"

Oleh kerana tiada penjelasan lanjut, ada 3 spekulasi tentang perkara yang mungkin berlaku.

SPEKULASI 1: Hanya majlis kenduri doa selamat, atau kesyukuran.

SPEKULASI 2: Fattah Amin dan Fazura telah bernikah semalam dalam acara majlis tertutup

SPEKULASI 3: Fattah dan Fazura sudah bertunang semalam, Fattah dan Fazura dikhabarkan bakal bernikah di hotel di Makkah iaitu dalam tempoh mereka mengerjakan umrah.

Itukah 3 cerita spekulasi yang dikatakan mungkin berlaku ketika ini. Pada hari ini, pasangan ini dikhabarkan akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama.

Selain itu, di laman media Instagram, ramai para follower yang memberi komen untuk bertanya tentang hal ini.

Untuk pengetahuan, hubungan rapat antara Fazura dan Fattah Amin mula terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella.

Sumber: Harian Metro

Ini Punca Sebenar Haqiem Rusli Pakai Cermin Mata Hitam...Bukan Saja-Saja Nak Pakai..


Penyanyi berbakat besar Haqiem Rusli kini sedang meniti populariti. Nama Haqiem Rusli kini sering menjadi sebutan dan sedang meningkat naik.

Antara lagu popular nyanyian Haqiem Rusli ialah Tergantung Sepi, Segalanya dan lagu baru Selamat Tinggal Sayang.

Haqiem Rusli memang seorang yang mempunyai vokal amat baik dan lebih memeranjat, umurnya kini baru sahaja mencecah 19 tahun.

Penyanyi ini mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi dan bakatnya mual dihidu apabila dia berjaya menjadi naib juara Idola kecil TV9.

Kemudian, Haqiem mengembangkan bakatnya dan menyertai Mentro Milenia pada tahun 2016 di bawah tunjuk ajar Black.

Apa yang menarik tentang Haqiem Rusli ialah imej dan style beliau yang wajib mengenakan cermin mata hitam ketika di atas pentas membuat persembahan live.

Setiap kali mengadakan persembahan pentas atau pun ketika gambarnya dirakamkan oleh jurugambar memang Haqiem akan pakai spek mata hitam.

Ramai tertanya-tanya kenapa Haqiem Rusli ini sering pakai kaca mata hitam  walaupun pada malam hari?

Akhirnya Haqiem Rusli menjawab soalan ini.

Katanya, punca sebenar dia memakai cermin mata hitam ketika menyanyi kerana denagn memakai kaca mata hitam, ia dapat membantu menghilangkan rasa cuak, berdebar dan gemuruh di atas pentas.

Dengan memakai kaca mata hitam, dia dapat menyanyi dengan lebih yakin dan baik tanpa rasa gemuruh.

Ini pendedahannya:

"Sebenarnya saya pernah cuba menyanyi tidak pakai cermin mata hitam dan memang saya gemuruh sangat sehingga nyanyian jadi sumbang.

"Ada juga yang tegur tetapi tanpa memakai aksesori ini memang saya tiada keyakinan,"

Itulah kenyataan dari Haqiem Rusly yang mendedahkan rahsia tersebut ketika ditemui di peringat separuh akhir Muzik-Muzik 32 pada malam Ahad lalu.

Seperti biasa Haqiem Rusli tampil di atas pentas dengan memakai cermin mata hitam dan menyampaikan lagu dengan penuh bertenaga.

Satu lagu Haqiem Rusli  berjudul Tergantung Sepi telah berjaya layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal berlangsung pada Februari tahun depan.

Bercakap tentang kejayaannya melayakkan diri ke AJL32, Haqiem berkata, dia amat berbesar hati namun tidak meletakkan harapan untuk menang.

Baginya, dengan usianya yang amat muda, ianya satu pencapaian besar untuk berdiri di atas pentas AJL32.

Ini komen Haqiem Rusli:

"Sudah tentu saya gembira dapat mara ke peringkat akhir dan ia pencapaian yang sangat bermakna buat diri saya.

"Insya-Allah pada persembahan itu nanti saya akan buat susunan, konsep dan jalan cerita segar khas buat AJL,"

Semoga Haqiem Rusli berjaya di pentas AJL32 nanti. Maan tahu ada rezeki menjadi juara AJL32.

Sumber: mStar

(TERKINI) Kamal Adli Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya



Nama Kamal Adli banyak betul mewarnai portal dan blog hiburan sejak kebelakangan ini.

Bermula dengan kisah panas tentang kontoversi kisah cinta bersama Emma Maembong dan Zahirag Macwilson, Kamal Adli kemudian diduga dengan kehilangan motorsikal berkuasa tinggi miliknya.

Tak lama kemudian, Kamal Adli juga menajdi tumpuan setelah berjaya menjuarai program realiti Super Spontan Superstar.

Sebagai pelakon, Kamal Adli berjaya memecah tradisi apabila memenangi Super Spontan yang selalunya didominasi para pelawak tanah air.

Baru-baru ini timbul pula isu Kamal Adli menerima hadiah mewah berupa iPhoneX dari Emma Maembong. Hubungan pasangan ini digambar semakin pulih.

Kali ini, sekali lagi nama Kamal jadi sebutan apabila diuji pula dengan insiden cemas membabitkan kereta dipandu pembantunya, minggu lalu.


Kamal Adli telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian itu, kereta dinaiki Kamal Adli terbabas gara-gara mengelak tayar yang jatuh daripada sebuah lori dalam kejadian di laluan Nilai-Seremban di Lebuh Raya Utara Selatan.

Menceritakan kemalangan itu, Kamal Adli memberitahu, dia dan pembantunya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai penggambaran. Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi.


Ini komen Kamal Adli:

"Saya dan pembantu dalam perjalanan pulang ke rumah. Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba tayar daripada lori jatuh ke permukaan jalan dan pembantu yang memandu kereta, cuba mengelak.

"Alhamdulillah, syukur saya tidak cedera cuma terkena 'airbag' yang terbuka secara automatik dalam kejadian itu.

"Saya fikir, kadang kala kecuaian begini boleh membuatkan kereta terbabas jika kita panik,"


Ini gambar kereta yang dinaiki oleh Kamal Adli yang rosak akibat kemalangan jalan raya itu.


Memang bahaya jika kejadian ini berlaku, nasib baik Kamal Adli tidak mengalami kemalangan yang serius.

Sumber: Berita Harian

"Dia Masuk Hospital" - Pelakon Hairul Azreen Kemalangan

 
Pelakon yang popular menerusi drama Baby Ana Milik Siapa iaitu Hairul Azreen telah mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Namun jangan risau, kemalangan jalan raya ini hanyalah accident kecil sahaja, dan dimaklumkan tiada kecederaan kepada sesiapa.

Tetapi yang benar-benar sakit ialah keretanya, sampai dikatakan terpaksa masuk ke 'hospital'. Hospital yang dimaksudkan ialah bengkel kereta.

Berita ini di perolehi dari laman IG milik Hairul Azreen sendiri yang memuatnaik gambar keadaan keretanya.

Caption yang ditulis ialah "Dia masuk hospital. Bumper depan pecah".

Semalam, suami kepada Hanis Zalikha ini telah upload foto keretanya yang dikatakan mengalami kerosakkan di bahagian bumper depan.

Punca kemalangan, dari perbualan di ruang komen, Hairul Azreen mengatakan dia terlanggar bangkai kancil.

Ini gambarnya:


Ini perbualannya:

hairulazreen: Dia masuk hospital, Bumper depan pecah

aliffyasraff: Apahal woi?

hairulazreen: @aliffyasraff amir langgar bangkai kancil

aliffyasraff: @hairulazreen haduhh. Dah tu amir okay tak?

hairulazreen: @aliffyasraff dia ok keta je bumper dpn mcm naik boat rasa haha

acheykintangkintung: Pulakkkkk

aliffyasraff: @hairulazreen alhamdulillah. Bhahahah. Bila lagi nak naik bot atas jalan raya. Hahahah. Kau dah habis shoot ka?

official_zakwan: Laju Sangat Bawak Ni Sampai Terkeluar Meter 330 KM / H @hairulazreen
acheykintangkintung: Kalau bg aku pakai bumper aku bukak siap-siap

hairulazreen: @acheykintangkintung amik la bawa g london

hairulazreen: @official_zakwan110kmj je tak leh lebih 

official_zakwan: Hahahaha  First Time Abang Balas Thanks Layan @hairulazreen

Hairul Azreen menafikan membawa kereta dengan laju dan hanya memandu 110kmj sahaja.

Apapun syukurlah tiada yang cedera, hanya kereta sahaja yang rosak.

Kereta milik Hairul Azreen ini bukan biasa-biasa tau, ianya adalah Nissan GTR, kereta yang amat padu!

Sumber: IG Hairul Azreen

Dikatakan Perangai Pelik Macam Orang 'Tak Betul', Akhirnya Iqram Dinzly Luah Perasaan

 
Sejak akhir-akhir ini pelakon Iqram Dinzly sering menjadi bahan bualan orang ramai.

Ini kerana perangai peliknya yang ditafsir oleh orang ramai seperti Iqram sudah 'tidak betul'.

Perkara ini berlarutan sehinggakan ada pihak yang mengecamnya dan menggelarkannya sudah 'tak waras'.

Antara kisah Iqram yang teruk dikecam ialah apabila Iqram Dinzly memuat naik foto bersama arwah bapanya yang sedang sakit dengan lolippop didalam mulut ayahnya itu.

Perangai pelik Iqram termasuk cara pemakaiannya yang sering memakai 'serban' dan Iqram juga kini sudah tidak seperti dahulu, lebih banyak menyendiri dan tidak aktif berlakon.

Malah perniagaan kedai makannya di Langkawi juga telah gagal dan telah ditutup.

Ada juga mulut jahat mengatakan kononnya Iqram kini sedang menuntut ilmu yang salah dan ada mengatakan beliau sudah hilang pertimbangan.

Apabila banyak komen negatif dilemparkan kepadanya, sebagai seorang manusia biasa, Iqram Dinzly nampaknya merasa sedih dan meluahkan rasa kecewa.

Ternyata Iqram sedih dengan komen negatif orang ramai terhadap dirinya.

Ini tulis Iqram Dinzly:

"Aku tahu aku manusia alpa. Aku manusia yang banyak berdosa . Aku usaha untuk tidak menyusahkan sesiapa. Namun tetap jua manusia itu bersangka-sangka.

"Salahkah aku berseni sendiri. Tanpa meminta simpati diri . Aku seolah-olah ingin meminta royalti terhadap mereka yang mengambil kesempatan terhadap semua ini .

"Atau aku harus terus diam menyepi tanpa perlu mengerti tentang situasi ini .
Berdiam tetap berbunyi. Jadi sudi - sudilah bayar royalti kerna aku tidak mahu dosa kalian dengan aku berlipat tinggi . #108020064258 #maybank

"Terima kasih kerana mengambil berat diri aku yang dibenci ini. Cacilah, caci sebanyak mana yang hendak dicaci .

"Aku hanya mampu berdoa dengan @bawaabata.merebucks ini, akan aku usaha cuci, suci, murni dengan segala yang terjadi. Itu antara aku dengan Illahi .
Selamat mencaci bertubi-tubi . Aku rela tanpa rasa peduli di hati . Silalah wahai sesiapa yang sudi.

Itulah komen dari Iqram Dinzly menerusi laman Ig miliknya.

Di ruang komen, ramai yang memberi kata-kata motivasi kepada Iqram supaya lebih kuat dan mengabaikan komen negatifitu.

Ramai follower dan peminatnya juga mahu Iqram Dinzly terus berkarya.

Semoga Iqram Dinzly bersabar dengan dugaan yang diterima dan tidak melayan komen dan persepsi buruk orang ramai terhadapnya.

Sumber: BeautifulNara / IG Iqram

Pemilihan Lagu Anugerah Juara Lagu32, Altimet Pula Luah Rasa Bengang

 
Anugerah Juara Lagu Ke 32 nampaknya telah mencetuskan kontroversi pada tahun ini.

Ini ekoran ramai yang tak berpuas hati dengan pemilihan lagu yang layak ke final AJL32.

Nampaknya banyak komen negatif dilemparkan tentang pemilihan lagu yang dipilih, dan para netizen menyatakan pendapat mereka yang langsung tak bersetuju dengan beberapa lagu yang layak.

Ada juga melahirkan rasa berang apabila lagu penyanyi kesayangan mereka gagal mara ke Anugerah Juara Lagu.

Antara yang kecewa adalah seperti peminat Siti Nordiana dan juga peminat setia Ayda Jebat.

Yang terbaru, ada individu yang tidak berpuas hati apabila lagu Amboi nyanyian Altimet mara ke Anugerah Juara Lagu 32.

Sampaikan ada yang mahu dan meminta agar Altimet menarik diri daripada AJL 32.

Perkara berkenaan di tulis oleh seseorang kepada Altimet menerusi laman media sosial dan Altimet telah membacanya.

Ini tulisnya:



Setelah membaca komen itu, Altimet memberi respon balas dengan  meminta individu terbabit untuk membuat satu petisyen untuk batalkan penyertaannya jika tidak berpuas hati dengan lagunya itu.


Ini komen balas Altimet:



Anugerah Juara Lagu merupakan antara pentas yang amat berprestij di Malaysia. Pada tahun ini, AJL32 menjadi tumpuan kerana kebanyakkan peserta merupakan artis baru nak up.

Penyanyi senior dan penyanyi legenda dilihat tidak lagi menyertai pertandingan AJL ini. tidak seperti zaman dulu.

Sumber: OhBulan

Ini Komen Siti Nordiana Apabila Gagal Ke Anugerah Juara Lagu (AJL32)



Muzik-Muzik separuh akhir dah pun tamat. 12 lagu telah berjaya melangkap ke peringkat seterusnya dapat beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke 32.

Edisi kali ini, boleh dilihat penyanyi baru menguasai pentas Anugerah Juara Lagu 32, dan boleh dikatakan hanya tiga penyanyi senior layak ke AJL iaitu Altimet, Hazama dan juga Dayang Nurfaizah.

Antara nama besar yang gagal layak ke Anugerah Juara Lagu ialah juara Gegar Vaganza musim kedua iaitu Siti Nordiana.

Nampaknya ramai para penonton dan peminat Nana yang kurang berpuas hati apabila penyanyi kesayangan mereka dan beberapa penyanyi senior yang lain tidak tercalon dalam Anugerah Juara Lagu ke-32.

Malah mereka turut mempersoalkan mengapa kebanyakan penyanyi baru yang mendominasi pencalonan tersebut dan menyoalkan adakah penyanyi lama sudah hilang taringnya.

Pihak wartawan dari Media Hiburan ada mencari Siti Nordiana yang mesra disapa Nana untuk mendapat komennya setelah gagal ke Anugerah Juara Lagu kali ke 32 ini.

Menjawab dengan penuh tenang dan penuh redha, Nana dilihat menerima apa sahaja keputusan dari pihak juri walaupun sudah berhempas pulas memberikan persembahan terbaik di pentas separuh akhir Muzik Muzik.

Kata Siti Nordiana, ini semua bergantung pada rezeki masing-masing.

Tambah Siti Nordiana, dia akui  penyanyi baru mempunyai aura mereka yang tersendiri.

Ini komen Siti Nordiana:

"Bagi saya sebagai seorang artis senior, saya akur dan terima semua ini dengan terbuka. Ya, mereka sangat bertuah kerana baru masuk industri terus dapat kejayaan tahap seperti ini.

"Kalau diikutkan seior lain semuanya terpaksa berkerja keras kadang-kadang dua tiga kali mencuba untuk ke tahap itu, namun ada juga yang gagal.

"Saya tidak menolak, artis baru ini tidak kurang hebatnya. Mereka ada aura mereka yang tersendiri dan sangat bertuah kerana kini ada platform media sosial, tidak seperti kami.

"Sungguh pun begitu saya harap mereka buat yang terbaik dan jangan sia-siakan kelebihan dan peluang yang ada.

"Kami sebagai senior tetap akan meyokong artis-artis baru. Lagipun benda ni adat bertanding. Ada menang ada kalah. Jadi tiada masalah. Lagi-lagi ini pertandingan juara lagu bukannya penyanyi, jadi yang dinilai itu bukanlah sekadar pernyanyi sebaliknya potensi lagu juga dititik beratkan"

Di tanya lagu pilihan Siti Nordiana yang dijangka memenangi Anugerah Juara Lagu, Nana telah memilih lagu Jampi nyanyian Hael.

Ini penjelasan Siti Nordiana:

"Bagi saya semua okay, tetapi yang paling melekat di hati ialah Jampi, kerana arrangement muziknya membuatkan saya rasa seperti ia diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi"

Itulah penjelasan dari Siti Nordiana yang menerima dengan hati terbuka walaupun terkandas di peringkat separuh akhir Muzik-muzik.

Sebelum ini, kecoh apabila Ayda Jebat meluahkan rasa kecewa selepas gagal layak ke AJL32.

Malah Ayda jebat ada menyebut seperti juri tidak menyukainya dan adanya politik yang menyebabkan dia gagal.

Sumber: Media Hiburan

"Juri Tak Suka Saya" - Respon Balas Mengejutkan Ayda Jebat, Tak Puas Hati Tak Layak Ke AJL32?


Separuh akhir pertandingan Akhir Muzik-muzik kali ke-32 telah berakhir semalam.

Penantian ramai untuk mengetahui lagu apakah yang menajdi finalis akhirnya diketahui juga. Boleh dikatakan banyak muka baru yang layak ke final AJL 32.

Ini senarai penuh finalis AJL32.

1. Azmi Caliph Buskers - Sejati
2. Haqiem Rusli - Tergantung Sepi
3. Hael - Jampi
4. Dayang - Separuh Matiku Bercinta
5. Altimet - Amboi
6. Syamel - Lebih Sempurna
7. Hazama - Aku Yang Sebenar
8. Salma - Akhirnya Cinta
9. Wany Hasrita - Menahan Rindu
10. Syamel, Ernie Zakri - Aku Cinta
11. Khai Bahar - Bayang
12. Ara Johari - Warkah Untukku 

Memang ada beberapa nama besar yang terkandas dan gagal mara ke AJL32. Antaranya ialah bekas jaura Gegar Vaganza iaitu Siti Nordiana, bekas juara AJL Aizat Amdan dan Akim And The Majistret dan juga penyanyi popualar seperti Tomok, Black dan Mawi.

Selain itu penyanyi Ayda Jebat turut gagal mara ke AJL32 setelah terkandas.

Nampaknya Ayda Jebat telah meluahkan rasa kecewa menerusi akaun Instagram miliknya apabila lagu Mata gagal layak.

Pelakon dan penyanyi ini meluahkan rasa hatinya menerusi ruangan komen Instagram miliknya.

Secara terbuka, Ayda Jebat membalas komen dari para peminatnya dan mempertikaikan keputusan juri.

Ayda Jebat juga tertanya-tanya  apa kurangnya lagu Mata jika dibandingkan dengan lagu lain.

Ini komen dari Ayda Jebat:



Selebriti berasal dari Melaka ini juga telah memuat naik beberapa keping gambar di Instagram beserta kasyen berunsur motivasi kepada dirinya..

Para follower memberi anggapan post tersebut mempunyai kaitan dengan kegagalan lagu Ayda Jebat ke Anugerah Juara Lagu nanti. Peminat setianya turut memberi kata semangat kepada Ayda.

Sememangnya kesemua 30 lagu hebat-hebat belaka dan keputusan dibuat oleh pihak juri yang terdiri dari AG (Coco), Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah manakala Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

Mungkin 12 lagu yang dipilih adalah menepati kriteria yang diamhukan dan ditetapkan oleh para juri profesional.

Semoga Ayda Jebat dapat terima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan tidak mengaku kalah serta teruskan mencuba apda masa akan datang.

Sumber: IG Ayda Jebat / Oh Bulan

Respon Raja Azura Tentang Komen Datuk Ramli MS, Dedah Punca Tersingkir



Ahad yang lalu, minggu ketiga Gegar Vaganza telah berlangsung dengan tema 'Berani Cabar Diri'

Peserta dikehendaki membawa lagu yang bukan kebiasaaannya dibawa.

Pada malam itu, Raja Azura akhirnya telah tersingkir setelah mengutip markah terendah yang seterusnya melenyapkan hasrat dia untuk terus kekal dalam pertandingan itu.

Tetapi ramai yang tak tahu sebenarnya Raja Azura nyaris-nyaris boleh kekal dan perbezaan markah dengan Elyana amat sikit.

Raja Azura mendapat markah paling rendah iaitu 61.2 peratus manakala penyanyi Elyana pula kedua terendah dengan markah 61.4 peratus. Perbezaan hanyalah 0.2 peratus sahaja.

Ketika persembahan Raja Azura itu, juri Hetty Joes Endang memberi komen yang amat positif dan menyukai persembahan Raja Azura.

Namun kemudian, Datuk Ramli MS memberi komen bahawa Raja Azura gagal menyanyi dengan baik dan ada yang tidak sampai.

Menjawab komen Ramli MS itu, Raja Azura menceritakan, dia mengalami batuk tanpa henti sebelum memulakan persembahan pada malam konsert Gegar Vaganza minggu ketiga pada Ahad.

Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku berkata sehari sebelum konsert berlangsung dia tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu Perhaps Perhaps Perhaps dengan baik.

Ketika rehearsal, Raja Azura dipuji membawa lagu tersebut dengan baik. Namun begitu, masalah mula timbul apabila malam persembahan.

Ini penjelasan Raja Azura:

"Saya batuk tak berhenti di belakang pentas sebelum persembahan. Sampaikan saya tidak boleh bernafas.

"Benda nak jadi kan dan itu adalah dugaan. Saya perlu teruskan melakukan persembahan. Sebab itu ada bahagian vokal saya terpaksa tarik nak tahan batuk.

"Kalau ikutkan ketika sehari sebelum konsert bermula saya nyanyi boleh katakan sempurna tanpa komen daripada juri,"

Itulah pendedahan dari pengacara hebat ini tentang persembahannya pada malam itu. Jika Raja Azura sihat, mungkin dia dapat nyanyikan dengan lebih baik, dan mungkin akan berjaya kekal.

Selain itu, Raja Azura berkata, sebagai anak seni yang sudah lama berada dalam industri dia hanya jujur menyampaikan persembahan.

Ini komennya:

"Kita dah lama dalam industri seni dan pelbagai cabaran yang saya lalui. Seni itu halus dan jujur apabila kita berada di atas pentas.

"Kita jujur untuk menghiburkan orang. Saya jujur dari hati dan tidak ada niat nak mengalahkan sesiapa pun.

"Pertandingan itu adalah adat tapi persembahan saya sememangnya ikhlas untuk menghiburkan semua orang yang menonton,"

Setelah menyertai Gegar Vaganza, Raja Azura tidak ada rancangan untuk menerbitkan single mahupun album selepas ini.

Tetapi kata Kak Engku,  dia akan  menerima jika ada sebarang tawaran untuk persembahan di acara atau majlis korporat.

Jom baca komen Kak Engku tentang hal ini:

"Saya tak ada perancangan nak ada single atau album selepas ini. Saya masuk GV ini pun disebabkan anak-anak yang suruh.

"Tapi kalau ada tawaran untuk menyanyi di acara atau majlis korporat, insya-Allah saya akan ambil,"

Apapun tahniah kepada Raja Azura yang membawa lagu Perhaps Perhaps Perhaps dengan baik pada malam tadi.

Sumber: mStar

Walaupun Bagi Hadiah iPhone X, Emma Maembong Tetap Anggap Kamal Adli Hanya Kawan



Ini masih lagi tentang kisah hubungan pelakon putih melepak Emma Maembong dan pelakon kacak Kamal Adli. Hubungan pasangan yang dikatakan sama cantik dan sama padan ini kini khabarnya telahpun semakin pulih.

Ini ditambah dengan berita terbaru yang menyatakan Emma Maembong telah memberi hadiah istimewa kepada Kamal Adli iaitu iPhone X. Wow memang hadiah yang amat mahal tu!

Menerusi laporan portal Astro Gempak, Emma Maembong sanggup turun ke negeri Melaka untuk berjumpa dengan Kamal Adli dan memberi hadiah berkenaan.

Di laman Instagram Kamal Adli pula, pelakon kacak ini telah memuatnaik gambar iPhoneX itu bersama dengan Emma Maebong.

Bagi Kamal Adli, dia mahu mengabadikan kenangan itu dan mahu menghargai detik tersebut.

Yang terbaru, melalui laporan Harian Metro, wartawan ada bertanya kepada Emma Maembong tentang status hubungan mereka berdua.

Tentang hubungannya dengan Kamal Adli selepas kontroversi yang melibatkan Zahirah MacWilson dan Zul Ariffin, Emma Maembong lebih senang melabel hubungan mereka sebagai sahabat buat masa ini.

Ini komen dari Emma Maembong:

"Saya rasa lebih baik kami berkawan. Seperti yang pernah saya nyatakan dulu, antara kami biar jodoh yang tentukan. Walaupun kelak Kamal bukan suami mahupun kekasih saya, tetapi saya tidak akan kehilangan dia kerana kami masih boleh terus berkawan.

"Saya sendiri senang begitu. Malah umum menyedari saya tidak pernah bermusuh atau memutuskan hubungan dengan semua bekas kekasih saya termasuk Zizan Razak"

Dalam pada itu, Emma Maembong juga akui mereka berdua sememangnya masih lagi bertemu dan berhubung antara satu sama lain sejak berakhirnya isu kontroversi yang melanda.

Malah Kamal juga ada turun ke lokasi penggambaran drama terbarunya untuk berjumpa dengannya begitu juga sebaliknya. .

Ini komen Emma Maembong lagi:

"Cuma kami tidak seperti sewaktu sedang hangat bercinta yang setiap pagi akan membuat panggilan dan bergayut. Sekarang ini sebagai kawan kami akan berhubung bertanya khabar andai perlu saja.

"Begitupun, sebagai kawan bagaimana saya sering meluahkan perasaan saya pada Kamal begitu juga dengan Kamal turut melakukan perkara sama. Kami berdua tidak punya halangan walaupun hubungan tidak seperti dulu"

Selain itu, wartawan ada juga bertanya tentang gosip Emma Maembong dengan Datuk Salim, adakah Kamal Adli tahu tentang hal tersebut.

Ini jawapan Emma Maembong:

"Kamal tahu hubungan baik saya dengan ahli perniagaan dari Sabah, Datuk Salim Rahman yang baru-baru ini timbul cerita mahu meminang ketika hubungan saya dan Kamal berhadapan masalah.

"Memang Kamal tahu saya berkawan dengan Salim kerana dia adalah kenalan keluarga. Abang ipar saya kawan baik dia.

Lebih memeranjatkan, ada juga cerita tentang Datuk Salim yang mahu meminang Emma Maembong. Ramai yang nak tahu apa reaksi Kamal Adli tentang berita terbabit.

Mengenai cerita Datuk Salim meminang Emma Maembong , pelakin jelita ini memberitahu memang ada beberapa  lamaran yang diterima. Kata Emma, jika ada orang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya, perkara itu akan diberitahu kepada Kamal.

Ini komen Emma Maembong:

"Sebenarnya soal meminang timbul selepas kakak dan abang ipar saya mengusik Salim agar dia masuk meminang saya"

"Saya beritahu Kamal kerana saya ikhlas dan bukan memberi ugutan agar dia juga melakukan perkara sama. Pada saya, perkara seperti ini terletak kepada jodoh dan ketentuan-Nya"

Kata Emma lagi, ada pihak telah meminangnya selepas dia mengatakan tidak mahu lagi bercinta sebaliknya mahu terus bernikah.

"Memang saya ada memberi kenyataan seperti itu tetapi pada saya lebih baik lelaki yang mahu meminang, beri diri mereka masa untuk kenal dulu keperibadian saya.

"Begitu juga sebaliknya. Kenal dulu beberapa bulan dan kemudian baru ambil keputusan"

Sumber: Harian Metro

Senarai Penuh 12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32


Sejak tiga minggu yang lalu, telah berlangsung pertandingan Muzik Muzik separuh akhir yang mempertaruhkan 30 lagu terbaik pada musim ini.

Muzik-Muzik 32 dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad akan bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 10 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Memang banyak lagu yang mantap menyertai separuh akhir Muzik Muzik ini. untuk menempah tiket ke Anugerah Juara Lagu yang dirancang akan berlangusng pada Februari tahun hadapan.

Ini senarai penuh kesemua 30 lagu yang terpilih bertanding di separuh akhir Muzik-Muzik

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Pertama)
1. Mata - Ayda Jebat
2. Amboi - Altimet
3. Akhirnya Cinta – Salma
4. Sejati - Faizal Tahir (Azmi dan caliph Busker)
5. Segalanya - Haqiem Rusli
6. Aku Yang Sebenarnya - Hazama dan Penglipurlara
7. Di Sana Cinta Di Sini Rindu - Tajul dan Wany Hasrita
8. Aisyah - Projector Band
9. Bukan Propaganda – Syamsul Yusof dan Mawi
10. Bayang - Khai Bahar

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Kedua)
1. Rempuh - Tomok dan Black
2. Jangan Menangis - Aizat Amdan
3. Warkah Untuk Mu - Ara Johari
4. Zalikha - Floor 88
5. Jangan Pernah Berdusta - Drama Band dan Haiza
6. Aku Sanggup - Sufi Rashid
7. Terus Mencintai - Siti Nordiana
8. Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah
9. Permata Cinta - Aiman Tino
10. Harus Aku - Sufian Suhaimi

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu ketiga)
1. Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri.
2. Menahan Rindu - Wany Hasrita.
3. Menanti Janji - Ronnie Hussin.
4. Lagu Untuk Laila – Akim & The Majistret.
5. Sedalam - Dalam Rindu – Tajul.
6. Sabar - Ismail Izzani.
7. Lebih Sempurna - Syamel.
8. Tergantung Sepi - Haqiem Rusli.
9. Berakhirlah Sudah - Atmosfera.
10. Jampi - Hael Husaini

Akhirnya ini keputusan penuh lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 32:

1. Faizal Tahir/ Azmi Caliph Buskers - Sejati
2. Haqiem Rusli - Tergantung Sepi
3. Hael Husaini - Jampi
4. Dayang Nurfaizah - Separuh Mati Ku Bercinta
5. Altimet - Amboi
6. Syamel - Lebih Sempurna
7. Hazama The Penglipur Lara - Aku Yang Sebenar
8. Salma - Akhirnya Cinta
9. Wany Hasrita - Menahan Rindu
10. Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta
11. Khai Bahar - Bayang
12. Ara Johari - Warkah Untukku


Dapat dilihat kebanyakan lagu yang dipilih ke peringkat akhir ini dinyanyikan oleh artis-artis baru, bak kata orang ramai, artis baru nak up.

Ada lagu dari penyanyi hebat seperti Aizat Amdan, Ayda Jebat, Akim And The Majistret, Tomok, Black , Siti Nordiana dilihat gagal memikat hati juri.

Kesemua lagu yang dipilih telah dinilai dan diadili oleh juri profesional terdiri dari AG (Coco), Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah manakala Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

Sama-sama kita tunggu Anugerah Juara Lagu kali ke 32 pada tahun depan, memang tak sabar nak tonton. Siapa agaknya yang berjaya dinobatkan sebagai juara, semuanya mantap belaka.

Sumber: mStar / TV3