TAHNIAH!! Ayu Raudhah Umum Sedang Hamil Anak Ketiga

Ayu Raudhah Kini Sedang Hamil Anak Ketiga


Tahniah diucapkan kepada Ayu Raudhah dan suami yang kini sedang hamil anak ketiga mereka.

Menerusi akaun Instagram, adi kepada selebriti Rozita Che Wan ini telah berkongsikan berita gembira tersebut.

Ayu memuat naik gambarnya bersama dan suami, Zaqwan Adha berserta captin memberitahu dirinya kini hamil anak ketiga.

Ini tulisnya:
Insyaallah Coming Soon.. #babybump #3rdedition #prayforbabygirl 

Menerusi posting itu juga ramai yang mula membanjiri ruangan pelakon tersebut dengan ucapan tahniah serta gembira mendengar berita kehamilan beliau.

Tidak lupa juga ada peminat yang teruja menantikan anak ketiga pasangan ini selepas Ayu hamil buat kali terakhir pada dua tahun lalu.

Apapun semoga Ayu diberikan kesihatan yang baik selama dalam proses kehamilan.

Dan diharapkan juga kehamilan kali ketiga ini dapat menambahkan lagi kebahagiaan serta keceriaan rumah tangga beliau.

Kini Zaqwan Adha bakal berpindah ke Perak setelah menyertai kelab bola sepak Perak dari JDT.

"Kau Dayus, Tak Reti Jaga Bini.." - Wanita Berang, Hentam Adi Putra

"Kau Dayus, Tak Reti Jaga Bini.." - Wanita Berang, Hentam Adi Putra


Seorang wanita dilihat dengan lantang menghentam Adi Putra.

Wanita ini bernama Zarina dan mengkritik pelakon ini tentang perkahwinannya dan juga sikap Adi Putra.

Antara komennya ialah:

"Saya tahu siapa awak, depan baik alim tapi mulut macam longkang"

"Tuhan bagi bini dua pun ditarik balik kerana kau dayus, tak reti jaga bini"




Itulah komen pedas dari wanita ini di laman sosial Instagram.

Ini sekaligus mencetuskan kontroversi di laman IG pelakon lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, melalui ruangan BiPop Berita Harian pada Ahad yang lalu ada laporan menulis tentang perkahwinan Adi dan Norshahida sedang bermasalah.

Bagaimanapun tiada kepastian mengenai punca keretakan rumah tangga mereka.

Luahan Hati Norman Hakim Kepada Memey Suhaiza Dan Juga Abby Abadi

Luahan Hati Norman Hakim Kepada Memey Suhaiza Dan Juga Abby Abadi


Pelakon popular Normah Hakim telah membuat satu luahan hati kepada isterinya iaitu Memey Suhaiza dan juga bekas isteri Abby Abadi.

Luahan ini tentang betapa hebatnya mereka berdua ini menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Malah Norman Hakim mahu pergi dulu sebelum mereka berdua kerana tidak mampu melakukan apa yang Memey dan Abby mampu lakukan.

Jom baca:

Saya nak ucap terima kasih kpd bidadari-bidadari kpd anak5 saya ni.Bila saya ada kesempatan (tgh2 relax kat Kuantan ni) utk renung sejenak perjalanan hidup saya,saya sedar tanpa korang saya takkan mampu utk urus hidup terutama nak membesar,bagi perhatian,kasih sayang & bagi segalanya yg terbaik pada amanah Allah ni.

 

Ye saya ada Allah yg saya selalu bergantung harap siang & malam utk bantu saya.Tapi saya takkan mampu buat semuanya tanpa korang.Ini susun atur Allah.Korang mmg hebat & sgt dasyat dalam urusan anak5.

 

Walaupun kadang2 saya poyo,baran & menyinga walau nampak mcm cool,tapi tu semua bersebab dan bertempat.

 

Bukan mudah nak urus 'kerajaan kecil' ni,tapi dgn support & kerjasama korang & of course dgn izinNya,alhamdulillah segalaNya dipermudahkan selagi nawaitu kita seiring utk menjaga amanahNya.Semoga ukhuwah ini terus kekal ke Jannah

Saya harap biar saya pergi dulu kat dunia ni (bila dah cukup segala peninggalan) sbb kalau korang pergi dulu,masak saya nak urus segalanya sensorang.Ini bukan cerita sedih,tapi kenyataan yg bakal semua orang lalui.

 

Dan ini peringatan utk diri sendiri jugak bila dah nak masuk angka usia seterusnya bulan depan supaya saya lebih sedar diri.Saya minta maaf akan segala khilaf yg ada.Yg pasti korang adalah ibu2 yg terhebat dalam dunia!

 

Semoga Allah merahmati kalian dan terus dikurniakan kesihatan & kudrat utk berdekad yg seterusnya utk bantu saya menjaga dan mengurus amanah Allah s.w.t @danishhakim_243@marissa_dania_hakim@maria.danishahakim_786 @awishzarisz ini in shaa allah.Terima kasih..terima kasih..terima kasih Ok dah,tu aje

 

Tahniah buat Norman Hakim yang sentiasa memahami pengirbanan seorang wanita, isteri dan juga ibu.

Akhirnya Budak 16 Tahun Yang Viral Tampil Luah Perasaan Setelah Dikecam Hebat

Akhirnya Budak 16 Tahun Yang Viral Tampil Luah Perasaan Setelah Dikecam Hebat


Sekeping foto yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter bernama ImanNadieyaHassan menjadi sangat viral.

Ini apabila pengguna Twitter itu menunjukkan foto sekumpulan remaja cantik belasan tahun selfie beramai-ramai.

Yang menjadi tarikan dan bualan orang ramai ialah wajah mereka tidak setanding dengan umur mereka.

Mereka kelihatan bersolek tebal, bergaya dan seperti gadis berusia 20-an walhal umur mereka hanyalah baru 16 tahun sahaja.

Apabila menjadi viral, ramai yang mula perli dan menjadikan mereka troll. Maka mulalah mereka menjadi bahan ketawa dan juga dikecam orang ramai.

Biasa apabila mula popular, maka ada yang suka ada yang tak suka.

Akibat ada pihak yang tak henti henti mengecam gadis gadis ini, maka pemilik sebenar foto berkenaan tampil memberi respon balas.

Gadis ini bernama Zakirah Zainal.

Ini antara poin-poinnya:

- Dia menegaskan dia bukan membuat caption kontroversi iaitu "budak lahir 90an sila mereput sebab budak sekarang umur 16 dah lawa"
- Menegaskan tidak pernah menggunakan ayat mereput kerana baginya terlalu kasar.
- Mengatakan pengguna twitter bernama ImanNadieyaHassantelah memohon maaf.
- Dia merupakan model dan bersolek kerana untuk bergambar di sesi fotografi berbayar.
- Dia hanya make-up bila perlu bukan setiap masa.
- Bersolek untuk cari duit menerusi tutorial dan photoshot.

Jom tonton  video ini:

Jamal Yunos Sindir Siti Nurhaliza Kurang Subur

Jamal Yunos Sindir Siti Nurhaliza Kurang Subur



Melalui laporan Rotikaya dan juga MalaysiaKini, ada laporan mengatakan Jamal Yunos telah menyindir Siti Nurhaliza.

Sindirannya amat panas kerana ianya mengenai Siti Nurhaliza yang tidak subur.

Datuk Jamal Yunos menyindir Datuk Siti Nurhaliza kurang subur kerana masih tidak mempunyai cahaya mata.

Sindiran itu dibuat selepas Siti memuat naik gambar beliau dan mengkritik tindakannya bertuala tanda protes terhadap masalah bekalan air.


Ini sindirannya:

“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain”

Menyedari komen pedas yang diberikan oleh Jamal, tanpa cepat melatah Siti dengan bersahaja menjawab, komen yang diberikan Jamal tidak mengunakan otak yang diberikan Tuhan. Menurutnya lagi, perkara itu sedikit pun tidak memberi kesan terhadapnya.

Ini respon balas CTDK:

“Takpe dik, biarkan mereka. Kata-kata orang macam ini tak memberi kesan pada saya sebab saya tahu mereka cakap tak guna otak yang Allah kurniakan,”

Sebelum ini, Siti telah memuat naik gambar Jamal yang bertuala sambil membawa peralatan mandi lain dan mengkritik tindakannya yang memprotes susulan masalah air di negeri ini.

Ruangan komen penyanyi itu juga turut dipenuhi komen peminat yang menyokong kenyataan itu.

Selepas Siti Nurhaliza, Kini Giliran Abby Abadi, Faizal Tahir Hentam Jamal Yunus

Selepas Siti Nurhaliza, Kini Giliran Abby Abadi, Faizal Tahir Hentam Jamal Yunus  


Sebelum ini penyanyi popular Siti Nurhaliza membuat kenyataan tidak bersetuju dengan tingkah laku Dato Seri Jamal Yunos.

Jamal Yunos hanya bertuala ketika membuat protes tiada air di pejabat MB Selangor.

Kini gilaran dua lagi artis popular memberi respon mereka kepada Jamal Yunos

Jom baca:

ABBY ABADI

Baru je kelmarin takde air di kawasan2 tertentu sekitar Selangor kerana kerja2 penambahbaikan dari pihak TNB. Itupun berjadual. Cukup je utk mandi, solat.. siap masak lagi... Bukannya sampai takde terus.

Dah bgtahu awalpun kan?... buleh je tadah... yg si Jamal ni tersampuk apa pulak ni sampai berdemo pakai towel je depan Bangunan Kerajaan Negeri Selangor? Tak malu ke? Nak burukkan Kerajaan Selangor la tu.. Terburukkan diri sendiri... Kesian Jamal
.
PS: Kalau dia sendiri yg aibkan diri buat kerja mcm ni kan? Salah org ke, salah dia kalau jadi bahan? Sedihlah org Melayu yg mengaku beragama ISLAM rajin nau tunjuk perangai mcm ni... akhlak mana akhlak? malulah pada yg bukan ISLAM



FAIZAL TAHIR

Dengar orang kata buku ni bagus. Abang Jamallullair Tadaq kita penulisnya.
Sapa da baca bg la review sikit.

Berang Dengan Apa yang Berlaku, Akhirnya Neelofa "Unfollow" Fattah Amin Di Instagram

Berang Dengan Apa yang Berlaku, Akhirnya Neelofa "Unfollow" Fattah Amin Di Instagram


Kemelut Neelofa dan Fattah Amin nampaknya semakin kusut apabila Neelofa nekad membuat tindakan yang drastik.

Di laman instagram, Neelofa akhirnya telah unfollow Fattah Amin sekaligus menceritakan kemarahan Neelofa.

Sementara itu, sehingga kini Fattah Amin dilihat masih follow pelakon dan pengacara popular itu.

Kisah mereka berdua menjadi hangat apabila dikatakan hubungan mereka mula retak sejak akhir akhir ini.

Malah nama Tania Hudson juga dikaitkan dengan kemelut ini.

Neelofa dan Fattah Amin kali terakhir berjumpa adalah ketika Anugerah Melodi kira-kira seminggu yang lalu.

Diharap hubungan Neelofa dan Fattah Amin dapat dipulihkan.


Setepek Kena: Inilah Komen Siti Nurhaliza Tentang Tindakan Jamal Yang Melampau

Setepek Kena: Inilah Komen Siti Nurhaliza Tentang Tindakan Jamal Yang Melampau


Aksi Jamal Yunos yang dilihat bertuala ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor telah menjadi bualan ramai.

Memang orang ramai tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Ini termasuk penyanyi tersohor tanah air iaitu Siti Nurhaliza.

Di Instagramnya, Siti Nurhaliza telah memuat naik kembali foto Jamal yang bertuala itu dan repost caption dari rakan artis Yassin.

Ini captionnya:

"Jangan jadi macam jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

"Jamal dah 4 hari tak mandi. Mintak jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol"




Foto yang dimuat naik oleh Siti itu mendapat 17 ribu likes dan lebih 1,000 komen.

Rata-rata follower dilihat bersetuju dengan komen Siti Nurhaliza itu.

Jamal menjadi tumpuan  setelah membawa peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini.

Akhirnya Fattah Amin Tampil Beri Respon Kepada Kenyataan Neelofa

AKHIRNYA Fattah Amin Tampil Beri Respon Kepada Kenyataan Neelofa



Fattah Amin akhirnya tampil membuka mulut mengenai kenyataan yang dibuat oleh Neelofa sebelum ini.

Baca kenyataan Neelofa DI SINI.

Dalam sebuah kenyataan yang diberikan Fattah menerusi aplikasi Whatsapp, dia enggan memanjangkan lagi isu ini.

Berikut merupakan kenyataan penuh Fattah:

"Salam semua. Di kesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang terus menerus daripada semua pihak media.

"Berkenaan permintaan komen balas ke atas kenyataan Neelofa, sejujurnya saya tidak mahu membuat kenyataan untuk memanjangkan lagi isu ini.

"Pada pandangan saya, setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan sentiasa diuji. Setiap orang akan melalui ujian yang berbeza dan waktu ini adalah waktu saya diuji.

"Apa pun saya percaya untuk menjadi orang yang hebat dugaannya pasti hebat. Saya memohon semua peminat terus mendoakan saya terus kuat untuk melalui proses ini.

"Untuk perkembangan kerjaya saya yang terkini, saya bakal menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada semua peminat pada awal Januari nanti.

"Diharap anda semua akan terus menyokong kerjaya seni saya dalam menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. Sekian, terima kasih,"


Jawapan Fattah ini membuat ramai pihak kurang berpuas hati kerana tidak menjawab persoalan yang timbul dan hanya memberi jawapan yang selamat.

Mungkin Fattah malas mahu melayan gosip yang melandanya.

Ini Luahan Hati Isteri Kedua Rahim Sepahtu, Dedah Mengapa Dia Kahwini Rahim

Isteri Kedua Rahim Sepahtu Dedah Mengapa Dia Kahwini Rahim



Kini Rahim telah mengesahkan dia telah berkahwin dua.Isteri keduanya bernama Lily.

Lihat gambar Lily yang cantik ini DI SINI.

Lily telah memuatnaik beberapa keping gambar bersama Rahim dengan beberapa caption menerangkan mengapa dia memilih untuk berkahwin dengan pelawak popular itu.

Jom baca luahan Lily:

Luahan Pertama:

Apa persamaan Abg Rahim ni dgn Abah akak??? .

Sangat2 Penyayang dan Sabar mereka sangat2 tinggi Inilah dua insan paling penyabar akak pernah jumpa di dunia ni .


Akak ni banyak hal, degil dan banyak kerenah.. makan cerewet, pakai cerewet..serba serbi lah nak teratur... 


Sebab tu Akak ditakdirkan dalam jagaan Abg Rahim korang ni dia dan abah akak je tahu cara dan gaya menguruskan kedegilan akak ni

Luahan Kedua

(Beri buku kerohanian, agama). Hadiah Abg Rahim korang utk akak hari ni.. tq Sayangg Sbb u seorang Suami yg sempurna, sahabat karib, penasihat, pelindung dan pembimbing yang baik


Luahan Ketiga

Terkenal sbg seorang pemikir di kalangan rakan2 nya, akak sendiri mengagumi kreatif thinking Abg Rahim. 

From now on kita paterikan jadi quote berharga yang boleh kita kongsi bersama selain di radio now in media sosial..Pesan DMFK, yang baik harus utk kita sebarkan . Ameen

Itulah antara luahan dari Lily. Rahim mengahwininya sekitar tahun 2015 dan telah setahun lebih bersatu.

Hubungan Dengan Fattah Amin, Ini Respon Balas Tania Hudson Kepada Kenyataan Neelofa

Hubungan Dengan Fattah Amin, Ini Respon Balas Tania Hudson Kepada Kenyataan Neelofa 


Kini dunia hiburan kecoh apabila Nelofa mengatakan hubungannya dengan Fattah Amin retak.

Ini kerana ada orang ketiga dalam hubungan cinta mereka.

Baca pendedahan Neelofa tentang Fattah Amin curang (BACA SINI)

Nama pelakon baru Tania Hudson telah dikaitkan menjadi dalang keretakan hubungan terbabit.

Kini pelakon yang juga adik Natasha hudson itu tampil memberi respon balas.

Ini kenyataannya:

“Saya terkejut apabila hari ini ramai yang mula bertanya tentang hubungan saya dan Fattah Amin. 

"Saya dengan dia hanya rakan biasa sahaja dan kami pernah bergandingan di dalam sebuah filem dua bulan lalu. Selepas itu kami tiada berhubung antara satu sama lain apatah lagi berjumpa”

“Saya tiada hubungan istimewa dengan Fattah, ketika menjalani penggambaran filem itu, saya tidak terlalu rapat dengannya. 

"Kami ada keluar lepak sama-sama tetapi ketika penggambaran sahaja. Selepas itu kami buat hal masing-masing,”

"Saya tidak ada rasa bersalah kerana saya kenal Fattah ketika penggambaran filem itu sebelum dia berlakon dalam drama popular Suri Hati Mr Pilot itu lagi. 

"Saya rasa ada salah faham yang berlaku sehingga mengaitkan nama saya pula dalam hal ini,"

Tania Hudson dengan sekerasnya menafikan hubungannya dengan Fattah Amin. 

Dikatakan Curang Dengan Gadis Lain, Hubungan Neelofa Dan Fattah Amin Retak

Dikatakan Curang Dengan Gadis Lain, Hubungan Neelofa Dan Fattah Amin Retak






Hubungan rapat Neelofa dan Fattah Amin akhirnya retak setelah pelbagai gosip melanda mereka.


Berita keretakkan ini timbul apabila aktor itu dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan wanita lain iaitu seorang aktres berdarah campuran.

Neelofa berkata, dia sebenarnya kecewa selepas mengetahui berita itu namun mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang.

Ini komen Neelofa:

"Tidak adil kalau saya ulas perkara ini tanpa Fattah atau orang ketiga itu di sini dan tidak mahu ia akan jadi salah faham dan memburukkan lagi keadaan.

"Saya baru tahu cerita ini cuma saya kesal cara saya mengetahui berita dakwaan ini dengan cara yang tidak elok," 


"Kami mulai rapat sejak berlakon bersama dan selesa berkawan dengan dia sepanjang kami berlakon bersama.

"Peminat pula suka dan mahukan saya dan Fattah betul-betul mempunyai hubungan istimewa. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana saya perlu memikirkan banyak pihak jika ingin memberi kenyataan tentang hubungan kami.

"Bagaimanapun apa yang saya boleh katakan hubungan kami sekarang ialah complicated,"


Dia menjawab tentang dakwaan wujud orang ketiga yang menyebabkan hubungannya dengan Fattah Amin terputus.

Wanita terbaharu yang dikaitkan dengan Fattah itu dikatakan seorang aktres berdarah campuran.

Tambah Neelofa, dia enggan terlalu memikirkan perkara tersebut yang hanya menganggu fokusnya dalam kerjaya.

(Video & Gambar) Aksi Elly Mazlein "Menari Bergelek" Bersama Anak Dikecam Orang Ramai

(Video & Gambar) Aksi Elly Mazlein "Menari Bergelek" Bersama Anak Dikecam Orang Ramai



Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein menjadi tumpuan ramai ketika sambutan hari lahirnya baru-baru ini.

Elly berkongsi video menari bersama anaknya Putri Sara Sefhia di atas pentas mendapat perhatian pengguna laman sosial.

Seperti yang dilihat di video tersebut, Elly bertanding dengan seorang lelaki menggayakan aksi tarian bergelek masing - masing.

Namun begitu, aksi yang dikatakan mencuit dan menghiburkan peminat itu dikecam oleh sesetengah pengikut IG kerana menari sambil mendukung anak kecilnya Sefhia.

Aksi tersebut dirakam dan dimuatnaik pada sambutan hari jadinya yang ke 36 anjuran peminat Elly Mazlein sendiri.

Walaubagaimanapun, peminat setia Elly mengatakan aksi berikut tiada apa yang perlu dikecam.

Bagi penonton yang hadir dimana mereka merasakan tindakan Elly sangat comel dan merupakan perkara biasa untuk menghibur dan memeriahkan majlis tersebut.