"Makin Besar Makin Iras Syndrome Down" - Gambar Birthday Lara Alana Dicemari Kutukan Mulut Puaka

"Makin Besar Makin Iras Syndrome Down" - Gambar Birthday Lara Alana Dikutuk


Anak kepada pasangan selebriti Scha Al Yahya dan juga Awal Ashaari iaitu Lara Alana kini sudah berumur 3 tahun.

Lara Alana telah dilahirkan pada 22 Julai 2014.

~Layan Foto Sambutan Hari Lahir Lara Ke-3 (LIHAT SINI)

Melalui laman Facebook Rotikaya, ada gambar terkini Lara Alana yang sudah berumur 3 tahun dengan caption selamat hari lahir.

Namun gambar ucapan birthday itu telah dicemari dengan kutukan dari pengguna media sosial.

Seornag pengguna bernama Inna Rose telah menulis satu komen yang amat pedas.

Ini tulisnya:

Makin besar budak ni makin ada iras budak sydrome down. Rupa sama je..tapi budak gini memang anak syurga. Bertuah la ibu bapanya.



Selepas komen ini ditulis, memang teruk Inna Rose ini dikecam amat biadap dan didakwa mulut jahat.

Ramai yang tak setuju dengan pendapat Inna Rose ini dan mengatakan Lara Alana seorang yang normal.

Malah Lara Alana amatlah comel serta cute.

Ramai menasihati Inna Rose supaya tidak menghina rupa paras seseorang kerana ianya juga seprti menghina ciptaan tuhan.

Ada yang mahu penulis komen berkenaan segera insaf, bertaubat dan muhasabah diri.

~Layan Foto Sambutan hari Lahir Lara Ke-3 (LIHAT SINI)
~Gambar sambutan Lara Alana yang pertama, tahun 2015 (LIHAT SINI)

Setelah Lebih Setahun, Ini Status Terkini Pertunangan Tauke Raja Lawak Yang Ramai Tak Tahu

Ini Status Terkini Ikatan Pertunangan Tauke Raja Lawak Yang Ramai Tak Tahu


Umum mengetahui, pelawak Tauke dari kumpulan Jambu, telah bertunang dengan seorang gadis bernama Nadia pada Disember 2015.

Setelah lebih setahun bertunang, ramai yangtertanya-tanya apakah statusnya? Adakah masih bertunang atau sebalinya?

Tauke Raja lawak tampil memberi penjelasan tentang status pertunangannya dengan gadis tersebut, katanya hbungan tersebut masih utuh.

Tauke akui banyak faktor dalaman menyebabkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga tertangguh, namun beliau tetap berharap dapat mengakhiri zaman dudanya sebelum tahun 2018.

Ini komen Tauke: (BH)

"Ikatan pertunangan kami masih lagi terjalin dengan baik, jadi berita mengatakan kami sudah putus adalah tidak benar. 

"Saya ada juga mendengar gosip ini tapi saya tidak mahu ambil pusing. Cukuplah saya katakan kami masih bersama cuma kebelakangan ini masing-masing sibuk dengan urusan peribadi

 "Kalau boleh, semestinya saya ingin semua urusan dipercepat dan dipermudahkan, namun kita hanya mampu merancang.

"Perkahwinan bukanlah perkara remeh kerana ia membabitkan banyak perkara dan juga keluarga. Semuanya harus diselesaikan dengan baik kerana pelbagai pihak turut terbabit, jadi doakan semuanya berjalan dengan lancar.

"Saya sendiri berharap dapat berkahwin dalam tahun ini juga kerana tidak mahu hasrat itu tertangguh lagi,"


Tauke Raja Lawak, 41 tahun bertunang dengan seorang gadis bernama Nadia yang kini berumur 28 tahun di Terengganu pada Disember 2015.

Semoga segala perancangan dan urusan perkahwinan berjalan lancar hendaknya.

Penyanyi Farahdhiya Jadi Mangsa Remaja Lelaki 16 Tahun

Penyanyi Farahdhiya Jadi Mangsa Remaja Lelaki 16 Tahun



Penyanyi popular yang juga bekas peserta Gegar Vaganza, Farahdhiya meluahakn rasa kesal dengan apa yang berlaku kepadanya baru-baru ini.

Farahdhiya berkongsi kisah pernah menerima gambar "melampau" dari budak lelaki bawah umur yang baru berusia 16 tahun.

Gambar tak senonoh itu dihantar kepadanya melalui laman Instagram miliknya.

Farahdhiya yang berumur 33 tahun memberitahu kejadian itu bukan pertama kali diterimanya.

Kerana gangguan itu, Farahdhiya terpaksa "block" individu terbabit.

Ini komen Farahdhiya:

SAKIT HATI 

“Memang geram dan sakit hati sebab di usia semuda itu mereka sudah berani menghantar gambar sedemikian pada saya. Takde rasa hormat langsung!

“Yang guna akaun palsu memang banyak tetapi ada yang lebih berani menggunakan akaun peribadi dan mengambil gambar tak senonoh menampakkan sebahagian dari alat sulit dan muka mereka.

“Apa tak ada perasaan malu ke?”
 

LANGKAH KESELAMATAN

“Saya mengambil langkah untuk tidak akan menaiki perkhidmatan Grab Atau Uber atas sebab-sebab keselamatan dan saya lebih selesa untuk memandu sendiri,” katanya.


TAK AKAN CHECK IN

“Entahlah, kadang-kadang saya tak faham kenapa orang perlu nak check in kat mana-mana mereka berada. Perkara tersebut jelas mengundang bahaya,”


Farahdhiya memang kecewa kerana kejadian gangguan ini dibuat oleh remaja dan masih bersekolah.

Walaubagaimanapun, Farahdhiya tidak berniat untuk membuat laporan polis pada masa ini.

Sumber: mStar

"Mohon Jangan Buat Lagi" - Norman Hakim, Memey Suhaiza Buat Kejutan Kepada Abby Abadi

"Mohon Jangan Buat Lagi" - Norman Hakim, Memey Suhaiza Buat Kejutan Kepada Abby Abadi


Pelakon berbadan sasa,Norman Hakim dan isteri Memey Suhaiza memang diketahui amat rapat dengan Abby Abadi.

Abby Abadi merupakan bekas isteri kepada Norman Hakim dan mempunyai 3 orang anak bersama sebelum ini.

Hubungan rapat mereka berdua ternyata jelasa dan baru-baru ini Normah Hakim telah membuat satu kejutan kepada Abby Abadi.

Norman telah hadir membawa sebiji kek untuk menyambut ulang tahun perkahwinan bekas isterinya, Abby Abadi dan suami di kediaman mereka baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram, Abby Abadi telah berkongsi detik berkenaan kepada para followernya.

Abby memuat naik sebuah video yang menunjukkan Norman yang hadir bersama isterinya, Memey Suhaiza untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan kedua mereka.

Abby Abadi menerusi entri tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada pasangan itu dan akui berasa malu saat diraikan.

Kata Abby Abadi lagi dia akui Norman Hakim dan Memey Suhaizan sememangnya dicipta untuk bersama dan sebelum ini dia hanya meminjam Norman untuk seketika waktu sahaja.

Ini  merupakan captipon dari Abby:
"Terharuuuuu
Terima Kasihhhhh Oman & Memey. Lainkali takyahlah suprise2 gini.. maluuuuu

"Terima Kasih 'CINTA'
Untuk segalanya..Kau berikan lagiiiii kesempatan ini...
Sy malu dan tak suka diraikan
Mohon @normanhakim_786 & @memeysuhaiza
Jangan buat lagi
Apapun 'Tengkiuuuuu' hehe
Oman & Memey
Memang diciptakan utk bersama
Sy pinjam dulu
Sebab masa tu Memey kecik lagi hahahahaa
Suamiku @jaiezzany muahciked
Doa bagi jadi trip kita ke Koh Sa mui k hehehe #AsyikNakBerjalanJeKerja #PantangLaAbbyyyyyOoiii "


Memang terbaiklah hubungan mereka ini. Semoga sentiasa mengekalkan hubungan baik itu. 

Emma Maembong Sahkan Kamal Adli Terlibat Dalam Kemalangan, Kena Langgar Lari

Emma Maembong Sahkan Kamal Adli Terlibat Dalam Kemalangan, Kena Langgar Lari


Pelakon Emma Maembong telah mengesahkan berita bahawa Kamal Adli terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Emma ada memuatnaik gambar bersama Kamal Adli dengan hashtag memberitahu Kamal kena langgar lari.

Apabila ada follower yang bertanya lebih lanjut, Emma Maembong mengesahkan bahawa Kamal Adli kena langgar lari.

Dikatakan Kamal Adli membawa motor dan dilanggar oleh lori.

Namun Kamal Adli sihat dan mengalami kecederaan luka dibeberapa bahagian anggota badan.

Ini tulis Emma Maembong:

Get well soon. Alhamdullilah awak tak ada sakit dalaman yang serious . Syukur sangat . Cuma luka #keslanggarlari



Di laman instagram Kamal Adli, pelakon ini ada memuatnaik kecederaan luka yang dialaminya. Dapat dilihat terdapat kesan calar di tangan.

Lutut dan kaki Kamal Adli juga dilihat tercedera.

Ini gambarnya:


Apapun semoga Kamal Adli cepat sembuh.

"Jangan Ikut Muka Bung Dah Ler, Buruk Benar" - Komen Kurang Ajar Apabila Zizie Izette Umum Hamil

"Jangan Ikut Muka Bung Dah Ler, Buruk Benar" - Komen Kurang Ajar Apabila Zizie Izette Hamil


Seorang pengguna media sosial membuat komen yang amat kurang ajar apabila Zizie Izette mengumumkan kini sedang hamil.

Semalam pelakon popular Zizie Izette mengumumkan sedang hamil anak kembar dan dijangka bersalin pada awal januari (BACA DISINI)

Ini merupakan anak pertama Zizie Izette hasil perkahwinan dengan ahli politik Dato Bung Mukhtar Radin.

Apabila berita gembira tersebut tersebar, ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya apatah lagi ini anak pertama setelah 8 tahun berkahwin.

Namun, ada seorang pengguna yang membuat komen mengejutkan dan amat kurang ajar.

Pengguna Facebook yang bernama Asma Mukhtar telah menulis komen ini:

"Keluar nanti jangan ikut muka Bung dah ler, buruk benor. Nasib baik hang kayo" 

Komen ini ditulis di laman FB milik Harian Metro dan mendapat kritikan yang amat hebat dari pengguna lain.

Rata-rata tidak setuju dengan komen ini keraan seperti menghina ciptaan Tuhan.

Semoga penulis komen berkenaan insaf dan muhasabah diri.

"Penuh Sifat Dengki, Hati Mereka Hitam" - Rita Rudaini Buka Mulut Anak Jadi Mangsa

"Penuh Sifat Dengki, Hati Mereka Hitam" - Rita Rudaini Buka Mulut Apabila Anak Jadi Mangsa  


Pelakon Rita Rudaini buka mulut apabila anaknya menjadi mangsa kecaman dari netizen.

Rita ternyata berang apabila ada pihak yang menjadikan anaknya bahan kecaman.

~Baca kisah anaknya itu dikecam (DISINI)

Rita Rudaini menjelaskan mereka yang menjadikan anaknya bahan untuk dikritik dan kecaman sebagai iri hati dan mempunyai hati yang hitam.

Ini komen dari Rita Rudaini:

"Bagi saya, orang macam itu penuh dengan sifat dengki dan iri hati sesama manusia. Kalau dengan budak kecil pun mereka kecam, maknanya hati mereka hitam. Itu anak saya dan saya tidak menyusahkan netizen. Jadi, kenapa perlu melayangkan komen sedemikian.

"Saya akan jawab semua komen yang saya nampak sangat bermasalah. Kalau individu tersebut masih lagi melayangkan komen mengarut, saya akan menyekatnya. Apa yang boleh saya katakan, walaupun saya sudah lali dengan komen negatif, tetapi artis bukan dilahirkan untuk menjadi patung dan terima sahaja kecaman yang datang.



Sementara itu, Rita memberitahu anaknya semakin fokus dalam pelajaran.

Malah bagi Rita, kehidupannya kini tertumpu kepada kerja dan anak-anak.


Rita buat masa sekarang tiada teman istimewa.


Ini komennya:

"Alhamdulillah, dari segi pelajaran mereka sangat fokus. Pada masa sama, kalau mereka minat sesuatu, saya mahu mereka fokus dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Buat sesuatu kena ikhlas baru berkat dan berjaya,”
 

"Hidup saya cuma kerja, lepas itu balik rumah dan hantar anak ke sekolah. Jadi, apabila masanya saya akan berjumpa dan berkenalan dengan sesiapa. Saya okey hidup begini sebab apa yang lebih utama dalam hidup saya adalah anak-anak.
 

"Kalau kahwin, saya takut bolehkah lelaki itu menyayangi anak-anak saya seikhlas hati. Perkara itu sering bermain di fikiran hingga membuatkan saya tidak terfikir untuk berkahwin lagi,”


Semoga Rita Rudaini dan anak-anak bahagia selalu.


Sumber: Kosmo

"Fesyen Akhir Zaman, Macam Kena Terkam Anjing" - Fesyen Koyak Rabak Nora Danish Dikecam

"Fesyen Akhir Zaman, Macam Kena Terkam Anjing" - Seluar Koyak Rabak Nora Danish Dikecam



Selebriti popular Nora Danish sering memuatnaik gambar terkininya di laman Instagram.

Sememangnya Nora Danish diketahui ramai antara artis yang paling mengikuti trend dalam berfesyen terkini dan terbaru.

Yang terkini, Nora Danish ada memuat naik gambar memakai seluar jeans yang koyak di bahagian lutut serta peha.

Kali ini koyaknya agak banyak dan besar sekaligus menampakkan kaki Nora Danish dengan jelas.

Trend ini sebenarnya amat popular ketika ini dan serig dipakai orang ramai.

Namun, jeans yang dipakai oleh Nora kelihatan terlalu rabak sehingga dikecam oleh para followernya.

Berikut komen panas yang mengecam Nora Danish:






Seperti biasalah ada yang mengecam dan ada juga yang menyokong Nora Danish. Ada mengatakan seluar jeans Nora Danish itu memang style habis.

Apapun terpulang kepada individu tentang citarasa berfesyen masing-masing.

Nak tengok fesyen koyak Nora Danish? Ini fotonya:




(FOTO) Jihan Raja Lawak Dikejarkan ke Hospital, Terpaksa Jalani Pembedahan

Jihan Raja Lawak Dikejarkan ke Hospital, Terpaksa Jalani Pembedahan


Selebriti popular, Jihan Muse terpaksa menjalani pembedahan hari ini.

Jihan yang merupakan pengacara Gegar Vaganza telah dimasukkan ke hospital, dan disahkan terpaksa menjalani pembedahan membuang apendiks.


Selalunya pesakit appendicitis akan mengalami sakit yang teruk di bahagian abdomen sebelah kanan dan jika sudah terlalu sakit dan bengkak, disarankan jalani pembuangan appendectomy untuk elakkan kuman merebak kebahagian abdomen yang lain.

Berita pembedahan itu disampaikan oleh penolong penerbit untuk progran MeleTop, Muhamad Nor Hisyamuddin Sahak melalui laman media sosialnya.

Ini tulisnya:

"Masuk hospital operate appendix kesiannya akak Jihan Muse... Semoga cepat sembuh ya..."



Semoga Jihan Muse cepat sembuh selepas jalani pembedahan. InsyaAllah semunya baik-baik sahaja.

Ini serba sedikit tentang Appendicitis

Appendicitis is common surgical problems. When the appendix is infected, the condition is called appendicitis.

Appendectomy is a common emergency surgery to remove the infected appendix.

The symptoms of appendicitis are:

-Abdominal pain,dull pain near the navel or the upper abdomen that becomes sharp as it moves to the lower right abdomen.
-Loss of appetite.
-Nausea or vomiting soon after abdominal pain begins.
-Fever.

Most people with appendicitis recover easily after surgical treatment, but complications can occur if treatment is delayed or if peritonitis occurs. 

The possibility of peritonitis is the reason why acute appendicitis warrants speedy evaluation and treatment

Zizie Izette Umum Hamil Anak Kembar, Tayang Baby Bump

Zizie Izette Umum Hamil Anak Kembar, Tayang Baby Bump



Pelakon Hero Seorang Cinderella, Zizie Izette telah membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kembar.

Pengumuman khas itu dibuat oleh Zizie Izette di laman media sosial miliknya tengah hari tadi, Ahad (23/7/2017).

Ini tulisnya:

I want to announce my latest productions.

They will debut in Dec/Jan. We're having twins!!!

Please pray for a smooth and safe pregnancy healthy babies. .
We wanted to keep it a secret until we are safely into the second trimester. .


Unfortunately, we were denied the privilege to announce this big and special news to you personally and at our own time as some of you may have read in the papers today.

Well, it is done. I will continue this journey with a lot of gratitude positivity.


Tahniah diucapkan kepada Zizie Izette dan suami Dato Bung Mukhtar radin.

"Terlanjur Sejuk, Proses Buat Anak Bagus Ni" - Aliff Syukri Digelar Semakin Bangang Update Nak Buat Anak

"Terlanjur Sejuk, Proses Buat Anak Bagus Ni" - Aliff Syukri Digelar Semakin Bangang Update Nak Buat Anak


Jutawan dan ushawan popular Dato Aliff Syukri semakin dikenali ramai ekoran pelbagai isu yang melanda dirinya.

Memang tidak dinafikan apa sahaja yang dilakukan oleh Aliff Syukri sering menjadi viral dan trending.

Dari isu orang gaji, isu rumah banglonya sehinggalah isu jam rolex, nama Aliff Syukri sering menjadi bualan ramai.

Yang terbaru, Aliff Syukri ada memuatnaik gambar terkini bersama isteri tercinta ketika bercuti di Switzerland.

Gambar itu menjadi viral kerana caption yang ditulis oleh Aliff Syukri.

Ini tulisnya:

"Oppps terlanjur sejuk 
"Sejukkk yee musim salji tngah turun ni.. kalau proses buat anak bagus ni.. doakan kami berjaya kalau kami berjaya.. saya doakan awak gak


Walaupun hanya gurauan dari Aliff Syukri, namun ramai yang tidak dapat menerimanya.

Caption tersebut dikritik kerana orang ramai mengatakan aktiviti suami isteri seperti ini tidak patut diceritakan kepada public.

Ada juga yang perli mengatakan Aliff Syukri patut buat live "proses buat anak" tersebut.

Jom baca komen pedas para netizen yang mengecam Aliff Syukri:







(GADUH) Perempuan Pakai Tudung Labuh Tunjuk Penumbuk Ajak Gaduh Dengan Uqasha Senrose, Apa Kes?

(GADUH) Perempuan Pakai Tudung Labuh Tunjuk Penumbuk Ajak Gaduh Dengan Uqasha Senrose 



Menerusi blog hiburan popular Rotikaya, ada laporan mengatakan Uqasha Senrose telah membuat luahan kecewa tentang satu peristiwa yang berlaku kepada baru-baru ini.


Uqasha Senrose telah berkongsi video mengadu mengatakan dia diajak bergaduh oleh seorang pemandu wanita yang bertudung labuh.

Menerusi video itu, Uqasha menyatakan bahawa dia dalam perjalanan untuk balik ke kampungnya di Kelantan dan dalam perjalanan tersebut, Uqasha telah berhenti di sebuah stesen minyak.

Ini pendedahan Uqasha:

"Sha nak mengadu something kat korang. OTW balik Kelantan Sha berhenti kat Petronas. Dah habis Sha isi minyak, Sha slow slow nak keluar and there’s one car pancung depan Sha mengejut dan Sha brek mengejut. Bila kita brek mengejut, kita tengoklah kereta kat depan tu. So perempuan tu pakai tudung labuh, tunjuk penumbuk nak ajak gaduh”
 

"So Sha ni dengan niat yang baik turun kereta nak mintak maaf. Bila kita nak mintak maaf tu, dia ingat kita nak attack dia. So dia cepat cepat keluar handphone, kononnya nak viralkanlah, kononnya kita nak attack attack dia, padahal kita datang nak minta maaf” 

"Padahal pakai tudung tau. Tolonglah perempuan kat luar sana jangan tunjuk gangster. Kita kena respect each other and beradab."


Uqasha Senrose memohon agar wanita di luar sana saling hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sikap beradab.

Tidak lama selepas itu, Uqasha Senrose dilihat memadam video ini. Tidak tahu kenapa dia padam.

Sehingga kini masih belum ada lagi cerita dari pihak wanita "bertudung labuh" itu tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Sumber: Rotikaya

"Padahal Janna Memang Bodoh Pun, Meliuk Macam Terencat Akal" - Lelaki Hentam Janna Nick

"Padahal Janna Memang Bodoh Pun, Meliuk Macam Terencat Akal" - Lelaki Hentam Janna Nick


Ekoran kes pelakon popular Janna Nick menghentam filem Dunkirk, ada peminat filem yang mengkritik pelakon tersebut.

Janna Nick mengatakan filem Dunkirk tak best seperti 'kebodohan teruk" katanya dan tertidur ketika menonton filem berkenaan.

Janna turut tidak memberi sebarang "bintang" kepada filem ini dan mengatakan filem ini patut dielakkan dari ditonton.

Ini komen dari Janna Nick tentang filem ini (BACA SINI).

Memang teruk juga Janna dikecam orang ramai.

Seorang lelaki bernama Zailee turut menulis satu nukilan khas buat Janna Nick tentang filem Dunkirk.

Jom baca luahan lelaki ini kepada Janna:

Untuk Janna Nick, sini Abang Zailee (kembar Tom Hardy) nak tanya. Masa sekolah dulu dapat gred apa subjek Sejarah? Okey tak payah jawab. Abang Zailee tak suka nilai orang berdasarkan gred SPM. Abang Zailee nak nilai berdasarkan minat. Minat subjek Sejarah tak? Konfem la tak.
Sebab tu Janna kena belajar. Janna tak tahu apa signifikan peristiwa Dunkirk Evacuation kepada sejarah Perancis dan England. Janna tak kisah pun sebab ia hanyalah sejarah. Benda dah lepas.
Janna tahu tak jarak dari pantai Dunkirk di Perancis tu kurang 40 kilometer dari England? England dan Perancis hanya dipisahkan oleh Selat Dover. Dari Dunkirk tu boleh nampak tau tanah England. Memang boleh jadi gila la kalau nampak satu benda tapi tak boleh dimiliki.
Tahu tak Selat Dover tu sebahagian dari Selat Inggeris? Tak tahu kan? Tak kenal ke dengan Abdul Malik Mydin, seorang rakyat Malaysia yang pernah catat rekod berenang merentas selat tu? Mesti tak tahu jugak kan? Haa ini pula namanya pengetahuan am dan subjek Geografi. Janna buat apa masa kelas Geografi dulu? Gigit pemadam dekat hujung pensil?
Benda simple macam ni pun Janna tak tahu, memang la Janna rasa cerita Dunkirk tu boring. Bila orang cakap filem Nolan untuk orang yang pandai-pandai aje, Janna marah. Padahal Janna memang bodoh pun.
Janna tahu tak lepas Jerman takluk negara Poland, terus British dan Perancis isytiharkan perang? Lepas tu British hantar askar untuk tolong Perancis? Tapi depa kalah sebab Jerman ni power macam Abang Zailee.
Dari kekalahan tu, askar Perancis dan British (British Expeditionary Force) terpaksa berundur hingga ke pantai Dunkirk. Lepas tu British kena fikir macam mana nak bawa balik 400,000 askar tu ke England semula. Tengah-tengah laut tu Jerman tak berhenti menyerang. Di darat pulak askar Jerman sedap kepung. Semua terkandas.
Haa pikir la macam mana nak bawak balik 400,000 tu. Empat ratus ribu. Bukan 400. Kalau 400, baik buat filem Bukit Kepong je. Mesti tak boleh pikir kan? Dan Janna pun tak tahu kan macam mana 400,000 askar tu berjaya dibawa balik akhirnya sebab Janna tidur tengah-tengah cerita. Besar sangat tidur Janna tu. Sebab tu Janna jadi bongok. Berlakon pun serupa kelkatu. Meliuk liuk macam terencat akal.
Sini abang cakap. Peristiwa Dunkirk ni untuk tunjuk bahawa tentera dan masyarakat awam memerlukan antara satu sama lain. Ini sisi berbeza yang jarang ditunjukkan dalam filem perang.
Bayangkan macam ni. Patutnya askar yang tolong orang awam. Tapi dari peristiwa ni orang awam yang tolong askar. Power kan? Macam Abang Zailee sekarang la, seorang angkasawan NASA yang cuba bantu artis macam Janna agar jadi bijak.
Mungkin yang sebabkan Janna bosan ialah babak pertarungan yang macam tu aje, visual yang bosan, ada 2,3 warna aje, extreme wide shot technique (yang diguna Chiu Keng Guan aje kat Malaysia ni), dialog minimal, dan gaya penceritaan yang macam mengelirukan. Sebab memang Nolan macam tu. Itu namanya "show but don't tell." Itu bahasa filem paling tinggi.
Nolan tak perlu letak dua watak lepas tu suruh ucap dialog yang berbunyi, "Ahmad Rayyan Rayqal Daniel Fakhrul Bin Tan Sri Aziz. Mama tak nak Rayyan berkawan dengan gadis kampung tu lagi!" Bwerkkkk. Kembang tekak aku.
Banyak lagi Abang Zailee nak cakap ni. Tapi dalam review nanti ajelah Abang Zailee cakap. Post ni Abang Zailee buat sebab nak bagi Janna faham aje kenapa ramai orang cakap Janna bodoh serupa wombat.
Sepanjang tengok cerita tadi tak berhenti Abang Zailee zikir dalam hati "Janna bodoh Janna bodoh" tau. Tak puas hati betul Abang Zailee. Geram je nak pijak-pijak muka Janna tu serupa kereta kebal Rusia pijak kota Berlin.
Yela yela. Jangan marah Abang Zailee. Abang Zailee tau minat masing-masing dan citarasa masing-masing. Semua orang ada minat masing-masing, ada citarasa masing-masing.
Bezanya antara minat benda bijak dengan minat benda bodoh aje. Bezanya citarasa tinggi dengan citarasa rendah je. Macam tu.
Kbye.
Yang merejek makwe sepertimu,
Abang Zailee of Moscow
-Bukan Cikgu Sejarah-

Penulisan ini dibuat di FB milik Zailee. Sehingga kini telah hampir seribu share dan menjadi viral.

Lelaki berkenaan kemudian ada meminta maaf kepada Janna Nick kerana ada mengatakan penulisannya "membodohkan" Janna agak kasar.