"Penuh Sifat Dengki, Hati Mereka Hitam" - Rita Rudaini Buka Mulut Anak Jadi Mangsa

"Penuh Sifat Dengki, Hati Mereka Hitam" - Rita Rudaini Buka Mulut Apabila Anak Jadi Mangsa  


Pelakon Rita Rudaini buka mulut apabila anaknya menjadi mangsa kecaman dari netizen.

Rita ternyata berang apabila ada pihak yang menjadikan anaknya bahan kecaman.

~Baca kisah anaknya itu dikecam (DISINI)

Rita Rudaini menjelaskan mereka yang menjadikan anaknya bahan untuk dikritik dan kecaman sebagai iri hati dan mempunyai hati yang hitam.

Ini komen dari Rita Rudaini:

"Bagi saya, orang macam itu penuh dengan sifat dengki dan iri hati sesama manusia. Kalau dengan budak kecil pun mereka kecam, maknanya hati mereka hitam. Itu anak saya dan saya tidak menyusahkan netizen. Jadi, kenapa perlu melayangkan komen sedemikian.

"Saya akan jawab semua komen yang saya nampak sangat bermasalah. Kalau individu tersebut masih lagi melayangkan komen mengarut, saya akan menyekatnya. Apa yang boleh saya katakan, walaupun saya sudah lali dengan komen negatif, tetapi artis bukan dilahirkan untuk menjadi patung dan terima sahaja kecaman yang datang.



Sementara itu, Rita memberitahu anaknya semakin fokus dalam pelajaran.

Malah bagi Rita, kehidupannya kini tertumpu kepada kerja dan anak-anak.


Rita buat masa sekarang tiada teman istimewa.


Ini komennya:

"Alhamdulillah, dari segi pelajaran mereka sangat fokus. Pada masa sama, kalau mereka minat sesuatu, saya mahu mereka fokus dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Buat sesuatu kena ikhlas baru berkat dan berjaya,”
 

"Hidup saya cuma kerja, lepas itu balik rumah dan hantar anak ke sekolah. Jadi, apabila masanya saya akan berjumpa dan berkenalan dengan sesiapa. Saya okey hidup begini sebab apa yang lebih utama dalam hidup saya adalah anak-anak.
 

"Kalau kahwin, saya takut bolehkah lelaki itu menyayangi anak-anak saya seikhlas hati. Perkara itu sering bermain di fikiran hingga membuatkan saya tidak terfikir untuk berkahwin lagi,”


Semoga Rita Rudaini dan anak-anak bahagia selalu.


Sumber: Kosmo

0 comments:

Post a Comment