Aliff Aziz Ditahan Polis, Pukul Isteri Dalam Pantang

Aliff Aziz Ditahan Polis, Pukul Isteri Dalam Pantang 



Sumber: Utusan Malaysia

Penyanyi popular dari Singapura, Aliff Aziz telah ditahan polis kerana didakwa memukul isterinya, Bella Astillah.

Bella dikatakan masih dalam pantang anak pertamanya, baru 20 hari melahirkan bayi lelaki mereka.

Aliff Aziz dilaporkan memukul isterinya selepas berlaku pergelutan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Isteri Aliff Aziz itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras selepas cedera di bahagian muka dan lutut akibat dipukul Aliff.

Sebelum kejadian, Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain.

Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti.

Ini kenyataan pihak Polis:

“Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas telefon bimbit pengadu.

“Suami berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit pengadu,”

"Selepas kejadian, artis terbabit meninggalkan pusat hiburan berkenaan bersama wanita di bilik berkenaan dan meninggalkan isterinya sendirian yang menahan kesakitan. 

"Mangsa menerima rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tampil membuat laporan polis selepas itu,"

Sejurus selepas memadamkan semua bukti itu, Aliff didakwa telefon mencampak telefon bimbit tersebut ke muka isterinya yang mengakibatkan Bella mengalami luka di mulut dan di lutut.

Aliff telah ditahan awal pagi ini dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assiten Komisioner Rusdi Mohd. Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

0 comments:

Post a Comment