Pengulas Sukan, Akbar Sahari Nafi Berbaik Dengan Bekas Isteri, Rita Rudaini..Akan Saman!
Pengulas sukan Astro, Akbar Sahari merupakan bekas suami pertama pelakon popular Rita Rudaini.
Beberapa hari yang lepas, ada blog menyiarkan satu laporan yang mengatakan Akbar dan Rita Rudaini telah berbaik dan akan kembali bersama.
Ternyata laporan ini hanyalah palsu dan Akbar ternyata kurang senang dengan berita tersebut.
Akbar mengatakan laporan itu menyebabkan dirinya dan keluarga tertekan kerana perkara itu fitnah semata-mata.
Ini komen dari Akbar Sahari:
"Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah blog hiburan yang menggambarkan seolah-olah saya dan bekas isteri saya sudah berbaik dan kembali menjalinkan hubungan mesra.
"Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, namun tajuk artikel yang dimuat naik itu jelas mengelirukan dan berunsur fitnah,"
“Penulis juga tidak mendapatkan sebarang kenyataan daripada saya terlebih dahulu di samping menggunakan gambar-gambar yang diambil dari sumber yang tidak sah termasuklah memuat naik foto adik kembar saya bersama isteri”,
"Perkara ini telah menjejaskan maruah dan reputasi saya di mata masyarakat. Ia turut memberi kesan yang mendalam terhadap saya dan keluarga.
"Sehubungan itu, bagi mengelakkan nama saya dan keluarga terus tercemar, saya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada 10 Julai supaya pihak polis dapat membuat siasatan dan tindakan selanjutnya.
"Justeru, saya mendesak agar pemilik blog untuk menarik balik artikel ini dari disiarkan dalam masa 48 jam. Saya juga menuntut agar penulisnya menyiarkan permohonan maaf di blog atau FB mereka bagi mengelakkan kekeliruan pembaca mereka.
"Sekiranya gagal berbuat demikian, saya terpaksa mengambil tindakan saman malu terhadap pemilik blog berkenaan bagi memberi pengajaran terhadap perbuatannya yang tidak bertanggungjawab ini,”
Semoga Akbar dan keluarga bersabar dengan fitnah ini.
Sumber: mStar/Utusan
0 comments:
Post a Comment