Ada Peminat Tak Suka Elfira Loy Kahwini Sufian Suhaimi, Ini Reaksi Balas Elfira Loy

Peminat Tak Suka Elfira Loy Kahwini Sufian Suhaimi, Ini Reaksi Balas Elfira Loy



Elfira Loy kini berumur 23 tahun dan telahoun dirisik oleh kelaurga kekasihnya Sufian Suhaimi yang berumur 25 tahun.

Mungkin keraan dikatakan masih muda, ada peminat yang seperti mempersoalkan hubungan Elfira Loy dan juga Sufian Suhaimi.

Ternyata Elfira Loy tidak faham dengan tindakan segelintir peminat yang mempersoalkan keputusannya memilih penyanyi Sufian Suhaimi sebagai calon suami.

Ada juga dakwaan mengatakan mereka tidak serasi bersama sehingga ada mengatakan Elfira boleh dapat lelaki yang elbih baik. Hmm sampai macam tu sekali.

Elfira Loy akhirnya tampil buka mulut tentang isu ini.

Dia menyatakan, dia memilih Sufian atas banyak faktor walaupun baru mengenali penyanyi itu pada tahun ini.

Ini komen Elfira:

"Kenapa perlu lengahkan sesuatu perhubungan apabila kedua-dua pihak berasa selesa dan keluarga pun merestui? Saya rasa sudah tiba masanya untuk melanjutkan hubungan ini daripada bercinta lima hingga enam tahun dan apa-apa boleh berlaku ketika itu.

"Saya sudah bersedia dan sepatutnya semua wanita pun perlu berbuat demikian apabila tiba masanya,"

"Barang kali mereka melihat Sufian masih remaja tetapi dia sebenarnya sudah matang. Mereka belum bercakap dengannya dan mengetahui bagaimana corak pemikirannya,"


Elfira berkata, mereka berdua merancang untuk mengadakan majlis perniakahan pada tahun depan.

Untuk pengetahuan, keluarga Sufian merisik Elfira pada 1 Julai lalu selain menghadiahkannya sebentuk cincin sebagai simbolik majlis itu.

0 comments:

Post a Comment