Wan Sharmila Jalani Pembedahan, Doakan Yang Baik-Baik Kepadanya, Harap Cepat Sembuh

Doakan Yang Baik-Baik Buat Wan Sharmila, Harap Cepat Sembuh



Pelakon Wan Sharmila telah menjalani satu pembedahan semalam dan membuat pengumuman khas kepada peminatnya di laman Instagram.

Wan Sharmila memuatnaik gambar dirinya sebelum masuk ke dewan bedah utuk jalani pembedahan.

Walaupun sedang dalam keadaan ketawa dan membuat tanda 'peace', Wan Sharmila akui itu semua untuk cover rasa takutnya untuk jalani pembedahan.

Ini gambar dan caption dari Wan Sharmila:



"Nak ketawa ke menangis tu. Senyum lebar tu sebab nak cover rasa takut. Hehe. 

"Ni sebelum masuk OT room semalam. Yang penting disini nak cakap berjuta terima kasih untuk kawan-kawan dan family yg selalu ada temankan saya. 

"Teman dekat-dekat dan teman kat whatsapp , also yang mendoakan dari jauh. Korang tahu siapa korang . InsyaAllah saya ok!

Wan Sharmila membuat pembedahan di belakang (bawah pinggangnya) dan pelakon ini berharap tiada apa yang serius berlaku terhadapnya.

Dia tidak mahu memberi kenyataan lanjut tentang penyakit yang dialaminya.

0 comments:

Post a Comment