Gambar Seram, Kelibat 'Lembaga Hitam' Yang Misteri Di Sebelah Aaisyah Dhia Rana Jadi Tanda Tanya

Gambar Kelibat 'Lembaga Hitam' Di Sebelah Aaisyah Dhia Rana Jadi Tanda Tanya



Ketika ini, keluarga Rozita Che Wan atau Che Ta sedang bercuti di The Shorea bersama adik beradik  Che Ta yang lain.

Di laman IG, Che Ta telah berkongsi gambar percutiannya khas buat para peminat.

Kesemua ahli keluarga di lihat ada bersama termasuk Zain Saidin, anak-anak lelakinya Ammar dan Aniq dan juga sudah tentu Aaisyah Dhia Rana.

Memang amat meriah percutian Che ta kali ini kerana turut disertai adik beradiknya yang lain termasuk Ayu Raudhah.

Namun ada satu gambar yang menajdi tumpuan para follower Che Ta.

Gambar itu menunjukkan Che sekeluarga bergambar bersama dan Zain Saidin sedang mendukung Aaisyah.

Namun yang menjadi tanda tanya ialaha kelihatan seperti ada satu kelibat lembaga hitam di sebelah Aaisyah Dhia Rana.

Jika dilihat dengan teliti lembaga itu turut mempunyai tangan kecil.

Ramai peminat yang bertanya apakah "benda hitam" yang kelihatan di sebelah puteri kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin itu.

Ini gambarnya.


Jika diteliti, berdasarkan rancangan Little Princess, Aaisyah Dhia Rana mempunyai anak patung orang. Mungkin anak patung itu dipakaikan dengan baju berwarna hitam.

Oleh itu kelihatan seperti lembaga hitam di sebelah Aaisyah. Walhal itu mungkin hanya anak patung sahaja.

Walaupun banyak yang bertanya, sehingga kini Rozita Che Wan tiada memberi jawapan tentang hal ini.

0 comments:

Post a Comment