Thursday, July 13, 2017

Memang Tak Sangka!! Neelofa Disahkan Berjaya Atasi Nora Danish, Kini Ambil Alih Teraju

Neelofa Disahkan Berjaya Atasi Nora Danish, Kini Ambil Alih Teraju



Selebriti popular yang pernah memenangi anugerah bintang popular pada tahun lalu iaitu Neelofa kini berjaya atasi Nora Danish dan mengambil alih teraju sebagai selebriti paling ramai follower di Instagram.

Neelofa berjaya atasi dan memecah rekod yang dipegang oleh pelakon sensasi Nora Danish yang sebelum ini merupakan 'queen of instagram".

Follower terbaru Neelofa ialah seramai 4.9 juta yang mengatasi Nora Danish yang kini mempunyai 4.8 juta pengikut.

Neelofa telah mengumumkan kisah gembira itu di laman twitternya.

Ini tulis Neelofa:

"4.9 juta! Kita semua bersama dalam satu tempoh masa yang agak lama dan terima kasih kerana terus setia bersama saya. Agar kita dapat lebih masa kegembiraan di IG"

Follower Neelofa bertambah mendadak sejak fenomena drama Suri Hati Mr Pilot.

Malah kisah "Lofattah" juga banyak menyumbang kepada populariti Neelofa terutama di laman Instagram.

Ini gambar terkini follower instagram Neelofa dan juga Nora Danish.




Nora Danish menjadi selebriti paling popular di Instagram sejak tahun 2014 dan ini kali pertama ada artis lain yang mempunyai follower lagi banyak darinya sejak 3 tahun.

Tahniah buat Neelofa dan para peminatnya. tahniah juga buat Nora Danish yang menajdi queen of IG sejak 3 tahun yang lalu.

Memang padu kedua dua artis ni.

Sememangnya ini satu persaingan yang sengit dan sihat!

0 comments:

Post a Comment