Berdesing Telinga Dengar Teguran Chef Wan, Ini Respon Seorang Pakar Jaga Kanak-Kanak

Berdesing Telinga Dengar Teguran Chef Wan, Ini Respon Seorang Pakar Jaga Kanak-Kanak



Sebelum ini ramai yang terkesan apabila selebriti chef, Chef Wan ada menegur sikap tetamunya yang dikatakan tiada adap ketika datang beraya.

Boleh baca komen panas dari Chef Wan itu (DI SINI).

Ada pihak yang terasa dengan teguran dari Chef Wan itu kerana dikatakan seperti tidak menerima tetamu. 

Namun, teguran dari Chef Wan yang pedas itu membuatkan seorang ilmuan dan juga pakar parenting tampil memberi respon balas.

Melalui satu entry berjudul "Berdesing Telinga Dengar Teguran Chef Wan" pakar penjagaan kanak-kanak iatu Ibu Rose menulis satu entry yang amat bagus untuk dibaca oleh orang ramai.

Ibu Rose mengatakan sememangnya teguran Chef Wan itu betul sepenuhnya dan sebagai tetamu memang ada adap yang perlu dijaga.

Tanggapan segelintir ibu bapa yang mengatakan "alah kanak-kanak biasalah aktif, nakal, buas" juga sebenarnya adalah salah.

Ada cara untuk menegur kanak-kanak jika mereka nakal di rumah orang dan bukannya hanya membiarkan sahaja.

Ini antara respon dari Ibu Rose:

Dimana salahnya teguran Chef Wan itu?

Bagi Ibu tiada salahnya teguran Chef Wan tu. Kata-kata beliau juga tidaklah keterlaluan. Cuma memanglah karekter beliau suka membebel. Tapi penulisannya, bagi Ibu tidaklah kasar dan tidaklah membebel. Beliau tidak pula mengatakan ibu bapa itu bodoh, atau celaka atau semua yang sewaktu dengannya.


Chef Wan BUKAN….
 

-Beliau bukan mengatakan semua orang atau semua ibu bapa, tetapi segelintir!
-Beliau bukan marah kepada ibu bapa yang telah berusaha mengawal anak-anak, beliau menegur ibu bapa yang buat tidak kisah.
-Beliau bukan mengatakan semua orang tidak menjaga kebersihan tandas, dia menegur segelintir yang tiada civic mindedness.
-Beliau bukan marah makan banyak-banyak makanan yang dihidang (yalah masakan Chef Wan kan, sapa tak nak makan banyak-banyak. Ibu pun nak!) Beliau hanya sedih orang ambil banyak-banyak tetapi tak makan habis dan buang sedangkan ada tetamu yang belum makan lagi.

So di mana salahnya teguran beliau?

Ibu tak tahulah jika ada entry beliau yang Ibu tak tahu. Tapi jika yang di Instagram itu, Ibu tidaklah nampak teguran beliau itu keterlaluan. Namun, itu pendapat Ibu lah. Nak setuju atau tidak tiada paksaan . I still love you!

Seperkara lagi beliau menggunakan perkataan segelintir. Kalau kita tidak tergolong dalam segelintir itu, tidak perlulah kita hendak terasa hati.

Jika kita termasuk di dalam segelintir itu, cara yang terbaik ialah membetulkan diri dan menjadi lebih baik.

Jadi lebih peka dan lebih prihatin. Kita mampu sebenarnya.

You know what? Kita layak dihormati dan dikagumi.

Namun, semua itu akan datang kepada kita bila kita  hayati akhlak terpuji.

Ibu doakan agar Allah memudahkannya untuk kita semua senantiasa mencermin diri dan berusaha Upgrade diri kita supaya kita mampu menjadi ibu atau bapa yang terbaik untuk anak-anak kita. Itu hak anak-anak terhadap kita.


Semoga tetamu semua dapat menjaga adap ketika beraya rumah orang. Jangam takde adap!

Sumber: Iburose.com

0 comments:

Post a Comment