Setelah Lebih Setahun, Ini Status Terkini Pertunangan Tauke Raja Lawak Yang Ramai Tak Tahu

Ini Status Terkini Ikatan Pertunangan Tauke Raja Lawak Yang Ramai Tak Tahu


Umum mengetahui, pelawak Tauke dari kumpulan Jambu, telah bertunang dengan seorang gadis bernama Nadia pada Disember 2015.

Setelah lebih setahun bertunang, ramai yangtertanya-tanya apakah statusnya? Adakah masih bertunang atau sebalinya?

Tauke Raja lawak tampil memberi penjelasan tentang status pertunangannya dengan gadis tersebut, katanya hbungan tersebut masih utuh.

Tauke akui banyak faktor dalaman menyebabkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga tertangguh, namun beliau tetap berharap dapat mengakhiri zaman dudanya sebelum tahun 2018.

Ini komen Tauke: (BH)

"Ikatan pertunangan kami masih lagi terjalin dengan baik, jadi berita mengatakan kami sudah putus adalah tidak benar. 

"Saya ada juga mendengar gosip ini tapi saya tidak mahu ambil pusing. Cukuplah saya katakan kami masih bersama cuma kebelakangan ini masing-masing sibuk dengan urusan peribadi

 "Kalau boleh, semestinya saya ingin semua urusan dipercepat dan dipermudahkan, namun kita hanya mampu merancang.

"Perkahwinan bukanlah perkara remeh kerana ia membabitkan banyak perkara dan juga keluarga. Semuanya harus diselesaikan dengan baik kerana pelbagai pihak turut terbabit, jadi doakan semuanya berjalan dengan lancar.

"Saya sendiri berharap dapat berkahwin dalam tahun ini juga kerana tidak mahu hasrat itu tertangguh lagi,"


Tauke Raja Lawak, 41 tahun bertunang dengan seorang gadis bernama Nadia yang kini berumur 28 tahun di Terengganu pada Disember 2015.

Semoga segala perancangan dan urusan perkahwinan berjalan lancar hendaknya.

0 comments:

Post a Comment