Monday, July 10, 2017

Setelah 2 Bulan Berlalu, Akhirnya Punca Sebenar Kematian Adik Thaqif Terjawab!! Bukan Sebab Dirotan Tetapi..

Setelah 2 Bulan Berlalu, Akhirnya Punca Sebenar Kematian Adik Thaqif Terjawab!! Bukan Sebab Dirotan Tetapi..



Pada April yang lalu, Mohamad Thaqif seorang murid dari madrasah tahfiz Al-Jauhar telah meninggal dunia dan iksahnya mendapat tumpuan umum.

Ini kerana sebelum meninggal dunia, adik Thaqif telah dirotan oleh salah seorang pembantu warden di sekolahnya.

Hasil siasatan yang dilakukan pegawai perubatan dan kimia, akhirnya punca kematian Arwah diketahui dan telah disahkan.

Puncanya daripada penyakit kencing tikus dan bukannya akibat cedera dirotan pembantu warden.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penyebab kematian kanak-kanak itu adalah kencing tikus atau lebih dikenali sebagai Leptospirosis.

Kementerian Kesihatan merujuk laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu di mana  satu proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian telah dilakukan.

Beberapa sampel tisu dan darah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan anilisis.

Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas telah terlibat dalam siasatan kes kematian arwah adik Thaqif ini.

Sementara itu, pihak siasatan jenayah negeri Johor akan mengemaskini kertas siasatan.

Sumber: Metro

0 comments:

Post a Comment