Wednesday, March 16, 2016

Chef Realiti TV Kebanyakkan Tak Berkualiti - Chef Wan


Chef Realiti TV Kebanyakkan Tak Berkualiti - Chef Wan


Datuk Chef Wan berpendapat kemunculan chef baru menerusi program realiti televisyen tidak banyak membantu melahirkan seorang selebriti chef yang berkualiti kerana kebanyakkan mereka kurang pengalaman dan masih mentah untuk berada di skrin televisyen.

Bagi Chef Wan seorang individu yang ingin menjadi chef selebriti perlu mempunyai beberapa kriteria. Antaranya ialah:

-Mempunyai personaliti yang baik
-Pengetahuan yang luas tentang makanan
-Latihan yang cukup dalam bidang tersebut.
-Individu itu juga perlu mempunyai karisma
-Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi.

Kerana kekurangan kriteria yang disebutkan tadi membuatkan kebanyakan chef selebriti baru yang muncul tidak mampu bertahan lama.

Ini komennya:

"Saya tidak rasa program realiti yang diperkenalkan untuk melahirkan chef ini membantu mencari seorang chef yang berkualiti untuk berada dan berkomunikasi dengan baik di televisyen.

"Apa yang saya lihat ialah mereka kurang berpengalaman, masih mentah dan tidak cukup terlatih lagi. Jadi, chef selebriti ini tidak semudah yang mereka sangka," 


"Banyak kretaria yang penting untuk menjadi seorang chef selebriti, bukan sekadar pandai masak beberapa jenis masakan atau memenangi program realiti untuk melayakkan seseorang mendapat gelaran itu,"

"Saya memang sudah dikenali seorang yang suka bercakap secara terbuka dan saya tidak takut jika dikritik oleh orang lain.

"Prinsip saya senang sahaja, jika anda tidak suka dengan pandangan saya, itu bukan masalah saya kerana ia adalah masalah anda sendiri,"

0 comments:

Post a Comment