Tuesday, March 22, 2016

Ini Komen Jihan Apabila Ditanya Tentang Anak


Ini Komen Jihan Apabila Ditanya Tentang Anak


Jihan Raja Lawak baru sahaja bernikah dengan suaminya, Ungku Hariz dan majlis perkahwinan mereka berdua berlangsung dengan meriah.

Pasaangan ini semenangnya sudah kenal hati budi masing-masing apatah lagi telah bercinta selama hampir 9 tahun. Memang satu jangka masa yang agak lama.

Ini komen Jihan tentang perbezaan hubungan mereka berdua sebelum dan selepas kahwin:

Saya tidak mahu ambil ringan tentang perkara itu dan nasib baik juga sepanjang sembilan tahun kami bercinta ini dia sudah melatih saya untuk sentisa beritahu apa yang saya lakukan.

Bagi saya yang penting ialah komunikasi walaupun kami masing-masing sibuk dengan kerjaya. Namun saya tidak menafikan kata orang kehidupan berkahwin berbeza daripada bercinta dan saya harap kami dapat laluinya dengan baik.


Ini pula komen Jihan apabila ditanya tentang perancangan untuk mendapat anak:

Saya tidak ada rancangan untuk anak, tapi kalau boleh saya ingin cepat sebab umur saya bukan muda lagi.

Semoga berbahagia selalu Jihan dan Ungku Hariz. Pasangan yang sweet.


0 comments:

Post a Comment