Thursday, December 15, 2016

Seorang Lagi Penyanyi Tanggal Tudung Di Anugerah Melodi, Tampil Imej Rock

Seorang Lagi Penyanyi Tanggal Tudung Di Anugerah Melodi, Tampil Imej Rock



Penyanyi veteran, Shara Yaacob kembali menajdi perhatian apabila dilihat membuka tudungnya untuk persembahan di Anugerah Melodi baru-baru ini.

Ternyata dia tampil ranggi dengan gaya rock pada malam itu.

Ini temubual pihak RAP (Harian Metro) dengan Sahara tentang hal berkenaan:

RAP: Banyak pihak terkejut dengan penampilan anda tanpa bertudung ketika persembahan di Anugerah Melodi itu. Apa komen anda?

SAHARA: Saya memang suka membuat kejutan. Malam itu adalah malam persembahan. Jadi saya adalah ‘show girl’. Justeru, saya perlu kelihatan seperti ‘show girl’.

RAP: Adakah anda akan kekal dengan imej sebegitu?

SAHARA: Allah saja yang tahu sama ada itu penampilan kekal saya atau tidak. Saya tak tahu nak cakap apa. Lagipun sepanjang malam itu ramai yang bertanya mengenai penampilan saya itu. Apatah lagi saya sudah dua tahun bertudung. Dalam tempoh itu, saya menunggu ustaz atau sesiapa masuk meminang, tapi tak ada seorang pun. Bukan apa, manalah tahu ada yang sudi menjadi suami keenam saya.

RAP: Nampaknya anda memang bersedia untuk kembali berumah tangga?

SAHARA: Saya pun tak boleh nak kata bersedia atau tak untuk berkahwin lagi. Saya menyerahkan perkara itu kepada jodoh dan aturan Allah. Cuma buat masa sekarang tak ada sesiapa masuk meminang lagi. Itu sebab saya nak menyanyi semula.

RAP: Bagaimana jika anda terus mendapat kecaman dan kritikan masyarakat?

SAHARA: Saya percaya keimanan itu dalam hati. Bukan dari segi luaran. Itu saya punya pemahaman. Kalau orang nak terus mencaci dan mengata, saya tak boleh nak menutup mulut orang. Kadang-kadang orang yang sudah meninggal dunia pun masih mendapat cacian daripada masyarakat. Berkenaan persembahan pada malam itu, saya sudah bersedia dari awal lagi untuk menerima kritikan. Ia bukan masalah besar buat saya.

RAP: Apa yang anda boleh katakan mengenai persepsi segelintir masyarakat terutama pengguna laman sosial?

SAHARA: Bagi saya kehidupan perlu diteruskan. Saya hanya menjadi diri sendiri. Apa yang penting adalah hati. Hanya Allah saja yang mengetahui. Kita sebagai manusia tak ada hak untuk menghakimi atau menjatuhkan hukum kepada orang lain. Lagi satu, mereka juga bukan membayar bil dan keperluan harian saya.


0 comments:

Post a Comment