Monday, December 19, 2016

(Video & Gambar) Aksi Elly Mazlein "Menari Bergelek" Bersama Anak Dikecam Orang Ramai

(Video & Gambar) Aksi Elly Mazlein "Menari Bergelek" Bersama Anak Dikecam Orang Ramai



Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein menjadi tumpuan ramai ketika sambutan hari lahirnya baru-baru ini.

Elly berkongsi video menari bersama anaknya Putri Sara Sefhia di atas pentas mendapat perhatian pengguna laman sosial.

Seperti yang dilihat di video tersebut, Elly bertanding dengan seorang lelaki menggayakan aksi tarian bergelek masing - masing.

Namun begitu, aksi yang dikatakan mencuit dan menghiburkan peminat itu dikecam oleh sesetengah pengikut IG kerana menari sambil mendukung anak kecilnya Sefhia.

Aksi tersebut dirakam dan dimuatnaik pada sambutan hari jadinya yang ke 36 anjuran peminat Elly Mazlein sendiri.

Walaubagaimanapun, peminat setia Elly mengatakan aksi berikut tiada apa yang perlu dikecam.

Bagi penonton yang hadir dimana mereka merasakan tindakan Elly sangat comel dan merupakan perkara biasa untuk menghibur dan memeriahkan majlis tersebut.

0 comments:

Post a Comment