Kes Sebenar Wanita Mengamuk


Kes Sebenar Wanita Mengamuk


Satu video menjadi viral baru-baru ini memperlihatkan seorang wanita yang didakwa berpakaian tidak senonoh di Stesen Komuter KTMB Bandar Tasik Selatan.

Aksi melampau wanita berkenaan yang mengamuk kira-kira jam 8 pagi, Jumaat lalu telah dirakam orang awam hingga viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Asisten Komisioner Chong Kok Sin (Ketua Polis Daerah Cheras) berkata, pengadu adalah pembantu trafik KTMB yang mendakwa terdengar kekecohan di Platform 2 (menghala ke Kuala Lumpur) sebelum bergegas untuk melihat keadaan yang berlaku.

Menurutnya, pengadu bertindak mengambil beg sandang milik suspek dan meletakkannya di luar bertujuan untuk menghalau wanita itu sebelum mengarahkan pemandu komuter meneruskan perjalanan.

Ini komen polis:

BUAT KECOH, TENGKING PENUMPANG LAIN

“Pengadu melihat suspek mula menengking penumpang lain di platform itu sebelum kereta api tiba.

“Suspek terus masuk ke dalam kereta api dan membuat kecoh sambil membuka baju dalamnya di depan orang awam,” 

“Pengadu kemudian beredar ke kaunter pemeriksaan tempatnya bertugas sebelum suspek tiba-tiba datang ke arahnya sambil memaki-hamun.

“Suspek membaling kerusi plastik berhampiran pengadu dan terus memaki-hamun serta cuba menendang pengadu beberapa kali sebelum beredar keluar dari stesen berkenaan,” 

Katanya, polis juga ada menerima panggilan daripada seorang wanita yang mengaku kakak kepada suspek selepas satu video rakaman kelakuan adiknya itu viral di media sosial.

PENAGIH

“Wanita itu memaklumkan suspek tidak bekerja dan penagih syabu.

“Polis menahan suspek Sabtu lalu dan dia direman hingga Rabu ini untuk membantu siasatan,”

Sumber: HMetro

0 comments:

Post a Comment