‘Hafidz Perlu Belajar Hormati Pelakon Lebih Lama’ – Uqasha Senrose


‘Hafidz Perlu Belajar Hormati Pelakon Lebih Lama’ – Uqasha Senrose


Uqasha Senrose mengatakan tindakan pelakon baru Hafidz Roshdi membuat kenyataan kepada media bahawa tunang aktor itu cemburu sedikit sebanyak memberi persepsi negatif kepada masyarakat terhadap dirinya.

Itu menyebabkan dia menegur pelakon lelaki itu di laman sosial agar lebih berhati-hati dan tidak mengaitkan nama orang lain dalam sebarang kenyataan yang dikeluarkan kepada media.


Uqasha juga kecewa pelakon lelaki tersebut membesarkan perkara itu dengan memuat naik beberapa foto di laman Instagram dengan kapsyen ugutan. 


Ini komennya:

Marah

"Saya marah sebab dia beritahu media bahawa tunangnya cemburu dan memetik nama saya pula, ia seperti memalukan tunang dia sendiri dan saya juga dikaitkannya.

"Apa yang ingin di cemburu sedangkan ia hanya lakonan dan drama itu pun sudah habis siarannya," 

"Saya muat naik status teguran itu sekali tetapi dia balas tiga kali dan muat naik foto di Instagram yang mengugut untuk jatuhkan saya.

"Namun selepas itu dia padam pula foto itu. Jika betul mahu jatuhkan saya silakan,"

Dah Hubung Tapi Gagal

"Saya sudah cuba hubungi dia banyak kali tapi dia tidak endahkan. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini jadi panjang lagi," 

Uqasha Senrose berharap Hafidz Roshdi lebih matang dan belajar daripada kesilapan yang dilakukan serta perlu belajar untuk menghormati pelakon-pelakon yang lebih lama berada dalam industri hiburan tanah air.

0 comments:

Post a Comment