Ini Respon Che Ta Isu Aaisyah Pakai Baju Gambar Anjing
Rozita Che Wan menyifatkan isu anaknya memakai baju panas dengan gambar anjing seperti mana yang tersebar di laman sosial hanya perkara kecil dan tidak perlu diperbesarkan.
Menurut selebriti yang mesra di sapa Che Ta ini, dia tidak sedar gambar anjing pada baju itu dan membelinya kerana cantik dan kainnya yang berkualiti.
Gambar yang dimuat naik di laman Instagram Che Ta itu mendapat kritikan sebahagian netizen yang menyifatkan Che Ta perlu lebih peka dalam memilih pakaian untuk anaknya.
Che Ta berkata dia tidak kisah dengan komen netizen. Malah, dia tidak mempunyai masa untuk membaca setiap komen dalam akaun Instagram miliknya.
TAK PERASAN
"Saya tak perasan gambar itu berupa anjing. Ini kerana setiap kali membeli belah, saya akan membeli pakaian dalam jumlah banyak. Jadi, tak sempat hendak membelek setiap satu.
GET A LIFE
"Budak kecil memakai kemeja-T seperti itu tidak bermaksud apa-apapun. Saya hanya menganggap gambar anjing itu seperti kartun pada baju berkenaan. Come on... Get a life, take it easy! Ia hanya sehelai kemeja-T,"
KOMEN NEGATIF
"Saya tak ada masa nak baca komen-komen itu. Macam dah tak ada kerja hendak membelek komen pada laman Instagram setiap masa... Biarkan mereka,"
Sumber: BH
0 comments:
Post a Comment