Ia Mungkin Dugaan - Hanis Zalikha


Ia Mungkin Dugaan - Hanis Zalikha


Hanis Zalikha kini sedang sarat mengandung 8 bulan. Koleksi gambar terkini baby bump Hanis Zalikha bolehlah anda di lihat DI SINI.

Hanis memberitahu pengalaman membawa kandungan sejak dari awal kehamilan bukanlah perkara yang mudah baginya. Memang terlalu mencabar!

Ini komennya:

“Kebiasaannya wanita lain akan mengalami alahan teruk pada trimester kedua tetapi saya sehingga kini masih muntah-muntah dan ia agak mencabar bagi saya.

“Cuak juga, tetapi saya menganggap ini merupakan salah satu ujian yang diberikan Allah kepada saya. Saya pernah bertanya kepada ibu saya tetapi dia hanya melalui alahan seperti ini pada trimester pertama.

“Saya juga menanyakan perkara yang sama kepada ibu mertua tetapi dia sudah lupa pengalaman ini kerana melahirkan anak yang terakhir 28 tahun lalu,” 

Tambahnya, ia mungkin dugaan yang Allah berikan buatnya sekarang dan berharap dipermudahkan urusan ketika mahu bersalin kelak.

Harap isteri kepada Hairul Azreen ini terus bertabah dan bersabar hadapai dugaan ini, sikit je lagi tu untuk bergelar ibu.

2 comments:

  1. saya alami muntah2 dr awal hingga 9 bulan utk anak pertama hingga harus dimasukkan ke hospital kerana dehydration. ..

    ReplyDelete
  2. saya alami muntah2 dr awal hingga 9 bulan utk anak pertama hingga harus dimasukkan ke hospital kerana dehydration. ..

    ReplyDelete