Respon Fizo Omar Apabila Tudung Fareeda Teruk Dikecam
Fizo Omar suami kepada Mawar (owner tudung Fareeda) memberitahu pihaknya akan memberi penjelasan tentang video yang menjadi viral baru baru ini.
Video itu menunjukkan pelanggan lelaki dan perempuan berebut untuk membeli tudung Fareeda dan telah dikecam teruk orang ramai.
Fizo dan isterinya akan berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ulasan lanjut berhubung insiden tersebut.
Ini respon Fizo: (BH Online)
AKAN BUAT KENYATAAN BALAS
"Saya akan memberikan kenyataan balas berkaitan isu ini apabila balik ke Malaysia. Apapun ia membabitkan pihak Fareeda dan isteri saya sendiri, jadi kami kena berbincang dulu.
"Setakat ini saya belum mengeluarkan sebarang kenyataan, termasuk di laman sosial.
ADA PIHAK MASUK CAMPUR
"Insya-Allah, saya rasa ada jalan penyelesaian untuk perkara berbangkit ini. Mungkin ia terus menjadi viral kerana ada pihak yang pantas masuk campur sekalipun tak tahu perkara sebenar yang terjadi,"
ADAT
"Biasalah, itu adat. Semua orang pernah buat silap dan berhak berkata-kata. Tetapi lebih baik berkata-kata apabila faham atau jelas dengan keadaan sebenar,"
Fizo yang kini berada di Shanghai, China berkata dia melihat isu dikecam dan dikritik dalam dunia perniagaan adalah lumrah.
Fizo juga dijangka akan pulang ke tanah air esok.
Baca Juga:
~ Saya TAK IZINKAN Anak, Isteri Pakai Tudung Fareeda" - Ustaz (BACA SINI)
Baca Juga:
~ Saya TAK IZINKAN Anak, Isteri Pakai Tudung Fareeda" - Ustaz (BACA SINI)
0 comments:
Post a Comment