Rozita Che Wan Hamil?
Melalui sekeping gambar Aaisyah Dhia Rana dengan caption " Its The Freeking Weekend, So Mummy Daddy Give Me another Sibling..." Che Ta dikatakan sedang hamil anak kedua dengan Zain Saidin.
Ruangan komen milik Rozita Che Wan dihujani dengan ucapan tahniah oleh para peminatnya yang menyangka pelakon jelita itu hamil sekali lagi.
Namun, Che Ta menafikan desas-desus berkenaan dan menjelaskan bahawa kepsyen itu sekadar suka-suka sahaja.
Ini komennya:
“Tidaklah, mana ada saya hamil. Kapsyen yang ditulis di akaun Instagram sekadar suka-suka sahaja. Tidak tahu pula orang lain ambil serius,”
Che Ta masih tiada rancangan untuk menambah bilangan anggota keluarga memandangkan usianya yang semakin meningkat.
Malah untuk mengandung pada usia sebegitu, risiko yang perlu dihadapi oleh wanita agak tinggi juga.
0 comments:
Post a Comment