Teguran Uqasha Kepada Pelakon Baru, Hafidz Roshdi


Uqasha Senrose Sindir Hafidz Roshdi Takutkan Tunang



Pelakon baru Hafidz Roshdi kini menjadi perhatian setelah dikatakan tunangnya cemburu dengan Uqasha Senrose kerana kemesraan sebagai hero dan her0in dalam sebuah drama ebrsiri.

Apabila kisah tunangnya dikatakan cemburu, Uqasha dilihat meluahkan perasaannya berhubung perkara berkenaan di Twitter.

Menurut Uqasha di Twitter,kes cemburu tersebut tidak patut dihebohkan kepada pihak media malah kerana ianya adalah sekadar lakonan.

Luahan Uqasha mendapat perhatian peminat yang membuatkan pelakon wanita ini turut menyatakan bahawa perkara tersebut sudah lama disimpan namun akhirnya ia semakin menjadi-jadi.

Hafidz didakwa telah memuatnaik gambar di Instagram menafikan kenyataan yang dikeluarkannya itu namun kemudiannya telah dipadam.

Sebelum ini Hafidz pernah beberapa kali ditegur wartawan daripada media arus perdana kerana tidak menghormati masa dan sering lewat ke lokasi penggambaran.

Ini komen panas dari Uqasha:


0 comments:

Post a Comment