Zahiril Adzim Dan Shera Ayob Cemas Anak Diserang Sawan
Anak kepada pasangan pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob beberapa kali diserang demam sawan yang mencemaskan mereka berdua.
Shera memberitahu serangan sawan ketika demam kepada anaknya iaitu Nadi Anaqi menyebabkannya bimbang untuk meninggalkan kanak-kanak itu bawah jagaan pengasuh.
Ini menjadi salah satu punca dia mengambil keputusan untuk mengundur diri buat semantara waktu daripada bidang lakonan bagi memberi perhatian penuh kepada anaknya.
Ini komen Shera Ayob:
PANIK
"Setiap kali anak demam saya akan bimbang kerana dia mudah untuk terkena sawan atau febrile fit, ketika pertama kali dia kena sawan itu saya dan suami panik tidak tahu nak buat bagaimana selain berkejar ke hospital dengan segera.
"Masa itu hanya Allah tahu perasaan saya dan suami, bayangkan anak kami sudah tidak beri respons dan terkulai dalam dukungan saya.
"Nasib baik ketika perkara itu berlaku saya dan Zahiril ada bersamanya, sebab itu juga kalau boleh saya mahu dia sentiasa berada di hadapan saya dan kami tidak mahu menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain,"
BELAJAR TENTANG SAWAN DEMAM
"Ia merupakan penyakit yang mudah terjadi kepada kanak-kanak jika mengalami demam panas dan jika kita tidak bertindak segera ia akan berbahaya kepada kanak-kanak itu.
"Selepas kejadian pertama itu, dia ada terkena beberapa kali lagi, saya dan suami banyak mencari maklumat tentang penyakit tersebut dan belajar cara-cara untuk menghadapinya agar tidak panik,"
TIDAK MAHU SUSAHKAN ZAHIRIL
"Kalau ia tidak terlalu teruk dan saya boleh kendalikan sendiri saya tidak akan ganggu Zahiril yang sedang bekerja.
"Dia seorang yang cepat susah hati dan tidak boleh fokus dengan lakonan jika diganggu terutama berkaitan anak,"
Shera berkahwin dengan pelakon Zahiril Adzim pada 20 November 2011 dan dikurniakan cahaya mata, Nadi Anaqi, 3 tahun.
0 comments:
Post a Comment