"Korang ni merepek je, tuduh orang sembah syaitan" - Yuna


Korang ni merepek je, tuduh orang sembah syaitan - Yuna 


Yuna kini sedang popular dengan lagu "crush" duet bersama Usher di Amerika Syarikat dan memang dikagumi ramai.

Namun tindakannya yang memuat naik sekeping gambar di Twitter yang dilihat seperti dirinya sedang membuat gaya Iluminati telah dihentam para haters dan juga netizen.

Ramai memberikan pelbagai komen serta persepsi negatif berikutan gaya yang dilakukannya. paling teruk, ada yang menuduh Yuna menyembah syaitan.

Yuna tampil mempertahankan diri dengan menulis beberapa tweet membidas kembali pendapat orang ramai yang sewenangnya menilai beliau.

Jom baca komen Yuna:



Jabatan Agama Seru Boikot Rancangan Realiti TV


Jabatan Agama Seru Boikot Rancangan Realiti TV


Menerusi platform khutbah Jumaat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau JAWI telah menyeru supaya umat Islam di Malaysia memboikot program berbentuk realiti televisyen yang disiarkan stesen TV tempatan kerana isinya tidak bertepatan dengan kehendak agama dan boleh melalaikan.

Teks khutbah bertajuk "Jihad Menentang Kebatilan" dari JAWI menegaskan yang kebanyakkan program realiti TV ketika ini menggalakkan sifat cintakan dunia dan memesongkan akidah para remaja khasnya yang menjadi sebahagian besar penonton rancangan sebegitu.

Ini isi kandungannya:

“Selain itu, realiti TV sering juga mengeluarkan unsur-unsur negatif seperti membuat jenaka lucah, mendedahkan aurat, lelaki berpakaian seperti wanita dan sebagainya. 

Penting untuk kita mengawal anak-anak dari hiburan mengganggu dan membentuk mereka untuk berminat dalam hiburan yang berdasarkan undang-undang Islam”

“Marilah kita memboikot rancangan seperti itu,” 

Tahniah JAWI !!

Pemain Gitar Meninggal Dunia Di Atas Pentas


Pemain Gitar Meninggal Dunia Di Atas Pentas


Pemain gitar kumpulan Crosstown meninggal dunia sebaik sahaja kumpulan itu selesai mengiringi persembahan penyanyi Awie semalam.

Izharuddin Shariff merupakan pemain gitar yang membuat persembahan bersama Awie di malam majlis penutup Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (Penbex) 2016.

Izharuddin yang lebih mesra disapa Ajan berumur 55 tahun dan telah disahkan meninggal akibat serangan jantung dalam kejadian kira-kira 11 malam itu.

Allahyarham dilaporkan tiba-tiba rebah diatas pentas ketika kumpulan itu mahu bergambar bersama penyanyi, Awie.

Abangnya yang juga ahli kumpulan itu, Mohamed Izzamudin berkata, selepas arwah rebah beberapa rakan cuba membantu Izharuddin yang masih bernafas ketika itu.

Ini komennya:

"Keadaan agak kelam kabut kerana ramai peminat masih berkumpul ketika kami dan Awie cuba membantu mengangkat adik saya. 

"Ajan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB)," 

Untuk pengetahuan, Kumpulan Crosstown ditubuhkan pada 1986 di Pulau Pinang dan terkenal dengan lagu "Pulau Pinang Kita" pda sekitar tahun 90-an.

Mahu Search Mohon Maaf, Tuntut Ganti Rugi RM1.5 Juta


Mahu Search Mohon Maaf, Tuntut Ganti Rugi RM1.5 Juta


Afjets Sdn Bhd telah tampil mengejutkan ramai dengan menuntut kos ganti rugi sebanyak RM1.5 juta dari kumpulan Search.

Penganjur Konsert Search 35 Tahun ini juga memberikan tempoh selama 14 hari untuk mereka membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan dakwaan yang dikeluarkan mereka terdahulu yang dianggap sebagai satu fitnah bagi pihaknya.


Selain itu, Search juga didakwa melanggar memorandum persefahaman (MOU) apabila menamatkan kerjasama secara tidak sah, sekaligus menafikan segala tuduhan yang dibuat kumpulan itu.


Ini komen dari wakil Afjets:

“Kami menafikan segala tuduhan dibuat Search ketika mereka mengumumkan penamatan kerjasama dengan kami, baru-baru ini. Kami juga sudah menuntut Search memohon maaf secara terbuka dan menarik semua tuduhan dibuat mereka terhadap Afjets menerusi notis yang dihantar wakil peguam kami, semalam,” 

Untuk pengetahuan, sebelum ini Search pernah membuat satu sidang media serta mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka ingin menamatkan kerjasama dengan penganjur. (BACA SINI)

Search mengatakan Afjets sebagai tidak profesional dan gagal mematuhi perjanjian MOU.

Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Selamat Terima Cahaya Mata


Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Selamat Terima Cahaya Mata


Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kerana telah selamat menimang anak pertama pada 3 Jun pukul 8.15 malam.

Hal ini telah dikongsikan sendiri oleh Hairul Azreen di Instagram miliknya dengan gambarnya memegang bayi pertama mereka itu.


Ini komen Hairul:

“Alhamdulillah. Jumaat. Isteri saya selamat melahirkan zuriat kami yang pertama. Syukur ke hadrat Ilahi,” 


Nama bayi lelaki itu ialah Yusuf Iskandar yang dilahirkan dengan sihat seberat 3.85 kilogram.

Tahniah diucapkan kepada Hairul dan juga Hanis. Selamat menjadi ibu bapa. Semoga bahagia bersama anak. Memang pengalaman yang amat manis.


Pak Nil Akhirnya Pecah Rahsia Yang Mengejutkan Ramai


Pak Nil Akhirnya Pecah Rahsia Kecantikkan


Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi kini sudahpun menjangkau usia 54 tahun namun wajahnya ternyata masih dilihat seperti awet muda.

Pak Nil menepis dakwaan kononnya dia telah melakukan suntikan botoks pada wajahnya supaya kelihatan kekal muda dan cantik walaupun sudah berusia.

Ini komennya:

BUKAN BOTOX

"Orang kata saya pakai botoks pada wajah, tapi cuba tengok betul-betul wajah saya ada kedutan dan mempunyai reaksi. Jika saya guna botoks, muka akan jadi tegang dan tidak boleh memberi reaksi sedih atau gembira.

RAHSIA SEBENAR

"Saya akui membuat beberapa rawatan wajah seperti dermatologi, oksigen dan mengambil vitamin yang boleh dikira berjumlah  RM4,000 sebulan," 

Aznil berkata demikian ketika majlis pelancaran produk kosmetik Anell by Aznil Nawawi yang diadakan di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Nampaknya Pak Nil sudah mempunyai produk kosmetik sendiri, harga produk Pak Nil pun mampu milik iaitu serendah RM199 yang didatangkan khas dengan empat produk kecantikan. Boleh digunakan untuk semua jantina.


Motor Johan Raja Lawak Dicuri, Seorang Lelaki Ditahan


Motor Johan Raja Lawak Dicuri, Seorang Lelaki Ditahan


Pelawak popular, Johan Raja Lawak telah kehilangan motorsikal miliknya disyaki dicuri pada waktu malam Selasa yang lalu.

Hari ini, pihak Polis telah menahan seorang lelaki dipercayai telah membeli motosikal milik pelawak berkenaan.

Lelaki yang berusia 30 tahun itu telah ditahan di hadapan sebuah restoran di Desa Melawati, Wangsa Maju kira-kira jam 3.15 pagi.

Hasil semakan, pihak polis mendapati motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna hitam bersama suspek mempunyai rekod hilang di daerah Wangsa Maju.

Ini komen polis:

“Kita telah buat semakan dan dapati lelaki tersebut tidak mempunyai rekod lampau selain negatif dadah.

“Lelaki ini direman selama tiga sehingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan,”

Pada Selasa lalu, Johan dilaporkan telah meletak motosikal yang telah dikunci berhampiran Padang Bola Sepak Akademi Kuala Lumpur.

Apabila hendak pulang kira-kira jam 11 malam, Johan mendapati motosikalnya itu tiada dan telah berusaha mencari di kawasan sekitar gagal, Johan membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang keesokan harinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Baju Tak Cukup Kain Nora Danish Dikritik

Baju Tak Cukup Kain Nora Danish Dikritik


Nora Danish sekali lagi mencuri perhatian apabila memuatnaik gambar yang agak "kurang kain" di laman sosial instagram miliknya.

Nora Danish memakai baju biru dan menampakkan lututnya ketika mempromosikan sebuah kedai kereta di instagram.

Para netizen mengatakan pakaian Nora Danish itu agak 'seksa' kerana selain pakaian yang singkat, baju itu juga menampakkan anggota badan.

Gitulah adat seorang artis, habis teruk dikritik.

Namum, ada juga peminat yang mempertahankan bahawa baju Nora Danish itu biasa-biasa sahaja, tidaklah keterlaluan mana.

Jom lihat komen-komen dan juga gambar.








Siti Nurhaliza Balas Kenyataan Seorang Pereka Fesyen


Siti Nurhaliza Balas Kenyataan Seorang Pereka Fesyen


Seorang pereka fesyen dilihat kurang senang dengan lambakan artis ayng membuat baju sendiri dan sekaligus mengecilkan skop para pereka fesyen.

Siti Nurhaliza kini tampil membalas komen tersebut memandangkan Siti juga ada mengeluarkan fesyen baju sendiri baru-baru ini.

Ini komen Siti:

“Saya anggap itu rezeki masing-masing dan rasanya tidak salah untuk kita berkongsi rezeki,”

“Namun saya hormati pandangannya (pepreka fesyen itu) kerana setiap orang ada pandangan masing-masing,”

“Namun pada masa sama saya turut menyumbangkan idea untuk menambah baik beberapa ruang contohnya warna, potongan dan beberapa aksesori dalam rekaan,”

Ini Respon Ibu Hazama Apabila Anaknya Ingin Berkahwin Dengan Genervie


Ini Respon Ibu Hazama Apabila Anaknya Ingin Berkahwin Dengan Genervie


Umum mengetahui Hazama kini sedang bercinta dengan pemuzik hebat, Genervie. Kini dengan rasminya Hazama membuka cerita ingin berkahwin dengan wanita berbangsa Cina itu.

Dalam satu temubual dengan wartawan mStar, ibu Hazama memberi respon tentang anaknya.

Ini komennya:

"Makcik restu hubungan Hazama dengan Genervie. Alhamdulillah, dia (Genervie) seorang yang berbudi bahasa dan ramah orangnya.

"Makcik tidak halang untuk Hazama dan Gevervie kahwin," 

“Dia macam orang Melayu. Kadang-kadang lebih Melayu berbanding orang Melayu sendiri. Bayangkanlah tempoyak pun dia suka makan dan juga ikan patin.

“Ada sesetengah orang Melayu pun tidak suka tempoyak,”

"Makcik serahkan segala-galanya kepada Hazama untuk buat pilihan mengenai calon isteri dia. Sebagai orang tua, makcik doakan yang terbaik buat mereka," 

Semoga selamat bernikah ye Hazama dan juga Genervie.

Ibu Merungut Dengan Pelakon Janna Nick


Ibu Merungut Dengan Pelakon Janna Nick


Pelakon yang semakin popular Janna Nick akui ibunya mula merungut tentang kelakuannya yang sering tiada di rumah walaupun Janna kini masih tinggal dengan ibunya.

Ini kerana jadual seninya semakin padat kerana namanya kini semakin popular sekaligus menyebabkan Janna  banyak habiskan masanya di lokasi penggambaran.

Ini komennya:

IBU MERUNGUT

"Ibu ada merungut kerana saya sering tiada masa sehingga bersama kami kadang-kadang tidak bertembung sesama sendiri walaupun duduk serumah.

"Dia juga ada mesej saya memberitahu dia berasa bosan dan sunyi tetapi kesibukan di lokasi penggambaran membuatkan saya jarang dapat habiskan masa bersamanya.

"Tetapi saya tahu dia faham dan bangga dengan pencapaian saya," 

RESPON IBU TENTANG KONTROVERSI

"Satu perkara tentang ibu saya, dia sering meletakkan kepercayaan penuh terhadap semua tindak tanduk anak-anaknya dan tidak mengongkong kami.

"Apabila nama saya terpalit dengan kontroversi, ibu tidak bertanya kerana dia tahu siapa diri anaknya dan ia sudah memadai.

"Tetapi itu bukan bererti saya boleh sewenang-wenangnya melanggar batasan berkenaan dan kepercayaan itu sentiasa menjadi pegangan saya,"

Dalam pada itu, Janna berkata, kedatangan bulan Ramadan ini dia mengehadkan aktiviti seninya kerana ingin menghabiskan masa bersama lebih kerap dengan keluarga.

Berat Uqasha Senrose Kini 42kg, Kerana Tekanan


Berat Uqasha Senrose Kini 42kg, Kerana Tekanan


Uqasha Senrose sering terlibat dengan kontroversi dan kini dikatakan mungkin tertekan sehingga badannya dilihat kurus kering.

Pernah sekali mendedahkan lebih ramai yang membenci pelakon ini daripada meminatinya, Uqasha seakan pasrah dengan serangan tanpa henti pihak luar kerana dia sendiri sedar itu semua adalah di atas kejahilannya sendiri.

Memang jelas kelihatan berat badannya semakin susut sehingga seperti orang sakit gayanya. Malah, dia sendiri mengakui kurang gemar dengan susuk tubuhnya ketika ini.

Ini komennya:

Kenapa makin kurus

“Saya makan seperti biasa, tiada istilah diet pun. Tapi itulah, berat tak naik-naik juga, sebaliknya semakin kurus pula. Saya pun tak tahu nak buat apa lagi, mungkin kerana kerja yang tidak berhenti kot?

“Sejujurnya saya terlalu kurus sekarang. Turun hampir 10 kilogram daripada 52 kilogram sebelum ini. Tapi kalau dalam gambar atau kaca televisyen, nampak seperti biasa sahaja, kan?” 

Tekanan dan Teater Antara punca tekanan

“Bukan tidak mahu berlakon teater lagi, cuma mungkin bukan untuk watak-watak yang besar seperti Izzah atau Suri. Biarlah saya melakonkan watak yang kecil-kecil sahaja, kurang sedikit tekanan,

“Siapa sahaja tidak risau untuk dikritik. Walaupun mulut kata tidak kisah dengan kata-kata negatif pihak luar, namun jauh di sudut hati saya, pasti akan terasa dengan lemparan ayat nista yang sakitnya Tuhan sahaja tahu,”

Hubungan Hafidz Roshdi dan Pelakon Lelaki

“Saya tidak faham sebenarnya sebab tiada masalah pun antara kami. Kalau ada tawaran berlakon sama, saya terima sahaja. Kenapa sebab dia, saya perlu tolak semua tawaran berlakon?

“Berlakon dengan mana-mana pelakon lelaki pun tidak memberi masalah dengan saya. Malah, untuk drama terbaharu, Remy sering memberi tunjuk ajar dan tidak pernah pula dia mengeluh berlakon dengan saya,” 

Bisnes tudung gulung tikar

“Rupanya, saya telah ditipu. Modal saya bukan kecil jadi bila ditipu, saya rasa sangat sedih. Nak buat laporan polis pun, dia sahabat saya. Jadi saya teruskan langkah dan membatalkan kerjasama,” 

“Mungkin saya terlalu sibuk dengan kerjaya seni sampai tidak punya masa untuk terlibat secara langsung dengan perniagaan tudung sebelum itu. Mungkin sebab itu, saya lebih mudah ditipu.

“Lagipun, saya mana reti bab-bab meniaga ini. Berlakon bolehlah. Lepas ini, saya kena belajar bagaimana menguruskan perniagaan. Nanti tidaklah ditipu lagi,” 

Sumber: Utusan


Gambar Fasha Sandha Yang "Kurang Kain" Jadi Perhatian

Gambar Fasha Sandha Yang "Kurang Kain" Jadi Perhatian


Fasha Sandha sekali lagi menjadi perhatian orang ramai (netizen) apabila memuatnaik gambar bersama model yang juga pelakon baru Idris Khan.

Gambar itu memperlihatkan Fasha Sandha mengenakan kain yang agak pendek sehingga menampakkan kakinya.

Pelbagai komen bercampu baur seperti memuji Fasha semakin cantik dan juga ada komen mengecam tindakan Fasha itu kerana tak cukup kain.

Jom lihat gambar dan juga komen orang ramai: