Pemain Gitar Meninggal Dunia Di Atas Pentas


Pemain Gitar Meninggal Dunia Di Atas Pentas


Pemain gitar kumpulan Crosstown meninggal dunia sebaik sahaja kumpulan itu selesai mengiringi persembahan penyanyi Awie semalam.

Izharuddin Shariff merupakan pemain gitar yang membuat persembahan bersama Awie di malam majlis penutup Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (Penbex) 2016.

Izharuddin yang lebih mesra disapa Ajan berumur 55 tahun dan telah disahkan meninggal akibat serangan jantung dalam kejadian kira-kira 11 malam itu.

Allahyarham dilaporkan tiba-tiba rebah diatas pentas ketika kumpulan itu mahu bergambar bersama penyanyi, Awie.

Abangnya yang juga ahli kumpulan itu, Mohamed Izzamudin berkata, selepas arwah rebah beberapa rakan cuba membantu Izharuddin yang masih bernafas ketika itu.

Ini komennya:

"Keadaan agak kelam kabut kerana ramai peminat masih berkumpul ketika kami dan Awie cuba membantu mengangkat adik saya. 

"Ajan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB)," 

Untuk pengetahuan, Kumpulan Crosstown ditubuhkan pada 1986 di Pulau Pinang dan terkenal dengan lagu "Pulau Pinang Kita" pda sekitar tahun 90-an.

0 comments:

Post a Comment