Awie Bertunang Dengan Ladyana


Awie Bertunang Dengan Ladyana


Dunia hiburan dikejutkan pula dengan berita pertunangan Awie bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Syarifah Ladyana.

Ini ekoran beberapa keping gambar majlis pertunangan Awie dan Sharifah Ladyana yang diadakan secara tertutup telah tersebar.

Gambar Ladyana diapit oleh kedua anak Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam sebuah majlis pertunangan bagaikan menjawab persoalan yang timbul.

Dikatakan majlis pertunangan secara tertutup itu dikatakan telah diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang, Bukit Jambut pada 3 Jun lalu.

Majlis yang berlangsung itu juga dimaklumkan hanya dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak termasuk ahli anggota kumpulan Wings sahaja.

Ada dakwaan mengatakan bahawa Awie dan Ladyana bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Buat masa ini, Awie masih belum memberikan sebarang komen balas mengenai perkara ini.



0 comments:

Post a Comment